BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Saturday, October 31, 2009

NIZAR : KETUA BAHAGIAN KOTA BHARU DAH PENING

Lebih Ramai Golongan Muda Di Kelantan Beri Sokongan Kepada UMNO - Mohd Fatmi

KOTA BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Golongan pemuda di Kelantan di bawah kerajaan pimpinan PAS kini mula beralih sokongan kepada UMNO berikutan parti pembangkang di negeri itu dianggap ketinggalan zaman dalam perjuangan generasi baru.

[Rasanya Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu ni dah mula sasau dan dah tak reti nak beza kerajaan dengan pembangkang.Kalau tak silap saya PAS dah masuk 20 tahun memerintah Kelantan.Mungkin sebab terlalu lama maka Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu ni dah lupa siapa kerajaan dan siapa pembangkang]

Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata sambutan golongan muda terhadap UMNO amat menggalakkan setiap tahun berdasarkan peningkatan golongan itu dalam program politik anjuran mereka.

Misalnya, katanya, sejak sayap Puteri UMNO ditubuhkan lapan tahun lepas, penyertaan golongan muda adalah dingin sekali tetapi hari ini terdapat 400 wanita muda menyertai program motivasi sehari Puteri UMNO.

[Program motivasi tuh anjuran Puteri ke?ooooo anjuran puteri rupanya,pastu peserta tuh punggah kat mana?kat sekolah ke?macam tuh ke kata sambutan pada puteri hangat?Kalau camtuh memang hangat ler sambutan pada UMNO,jangan kata 400,2000 sehari pun boleh,lagi-lagi kalau lebarkan pada sekolah rendah.Sudah-sudah la nak kelentong nih,rakyat dah muak dengan kelentong cam nih]

"Ini adalah suatu pencapaian. Terdapat perubahan paradigma di kalangan pemuda Kelantan masa kini. Keadaan semakin berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi dan kepimpinan Puteri UMNO di sini pada Sabtu.

[Kata 400 sehari hadiri program motivasi puteri,apa kena mengena pulak dengan pemuda?Berapa ramai pulak pemuda yang hadiri program motivasi puteri UMNO?]

Berikutan perubahan positif itu, Mohd Fatmi meminta Puetri UMNO Kelantan meningkatkan kempen maklumat dan kesedaran khususnya di kawasan Parlimen Kota Baharu bagi meraih sokongan golongan muda.

Katanya setiap ahli juga digesa mendapatkan dua ahli baru setiap bulan untuk menyertai Puteri UMNO.

dari BERNAMA

[Memang dah parah ler tuh,begitulah kalau orang yang tak berdaya dan dah tak mampu,mulalah meroyan macam-macam,nak rampas tak mampu,teruskanlah meroyan]



Photobucket

ERA NAJIB ALTANTUYA : AMARAN AZAB ALLAH

Amaran azab akhirat agar henti perkara yang ditegah Allah

KULIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SEBAHAGIAN tanggungjawab bersahabat ialah saling mengajar dan menasihati, kerana keperluan kepada ilmu tidak kurang keperluannya dibanding pada harta. Justeru apabila berkawan bertujuan untuk mendapat pertolongan harta benda, itu bukanlah berkawan cara yang dikehendaki Islam.

Seandainya seseorang itu kaya ilmu yang dikurniakan Allah SWT, sayogia timbangrasa terhadap sahabatnya sekiranya jiwanya lapar dan dahaga ilmu. Berilah santapan jiwanya dengan ilmu, sebagaimana bantunya memberi makanan ketika perutnya lapar.Pimpinlah dia menuju kepada kebaikan di dunia lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat. Justeru itu timbulnya sistem ‘usrah’ dengan berberapa orang yang diketuai seorang ‘naqib’ (penyelaras). Usrah dipimpin seorang naqib. Ketua usrah tidak dipanggil sebagai tok guru, kerana menyebabkan ada orang merasa dirinya sebagai murid sentiasa jahil.

Justeru tiada peluang untuk bertukar fikiran merasa tidak perlu, kerana sudah ada tok guru di majlis tersebut. Usrah adalah majlis bentuk keluarga, perlu ada tegur menegur dan memberi pandangan. Jika pendapat peserta tidak sejajar dengan keperluan usrah, menjadi tugas naqib sebagai ketua penyelaras, memberi pandangan dari sudut pengalaman dan pengetahuannya.

Dengan cara itu bakat sebagai penasihat dapat dicungkil dalam usrah, jika tidak penasihat hanya berlaku sebelah pihak. Sedangkan ta'lim ialah nasihat kedua pihak sebagai ukhuwah.Sekiranya diajar dan dipimpin tetapi tidak mahu turut dengan kehendak ilmu, maka menjadi kewajiban naqib dan anggota usrah yang lain menasihatinya.

Sebahagian asam garam nasihat ialah peringatkan kembali mengenai peristiwa dahsyat di alam akhirat. Manusia akan berdepan dengan azab api neraka, jika melampaui peraturan Allah SWT.Tujuan diperingatkan sengsara akhirat, supaya dia hentikan segala perkara yang ditegah ugama. Gerakkan jiwanya supaya sedar dia sedang bergelumang dengan keaiban. Seperkara yang mesti diketahui ialah bahawa memberi nasihat dan teguran, hendaklah dilakukan dalam sulit rahsia.

Ajak dia ke suatu sudut dan nasihatinya secara empat mata, supaya orang lain tidak mengetahuinya. Ini kerana orang yang dinasihati tidak terasa dirinya dalam salah. Telah jadi tabiat manusia yang dalam keadaan salah, dia tidak suka kesilapannya diketahui orang lain.

Justeru jika mendedahkan suatu perilaku yang negatif, jangan disebut nama pelakunya. Nabi Muhammad s.a.w. apabila terlihat kelakuan yang tidak baik oleh seorang sahabatnya, lalu dijadikan tajuk ucapan nasihatnya tanpa menyebut siapa pelakunya. Nabi s.a.w. menasihati secara umum, mana yang wajar dan mana yang tidak.

Seorang alim dan juga sebagai wali bernama Dzunnun Al-Masri berkata: "Kamu berkawan dengan Tuhan hendaklah dengan menyetujui semuanya, tidak berkawan dengan makhluk kecuali ada tegur menegur (nasihat menasihati), jangan berkawan dengan nafsu sendiri kecuali kamu berbalah dengannya.

"Menurut Dzunnun bahawa hidup di dunia ini mesti berkawan dengan tiga pihak, lantaran tiga pihak itu berbeza maka cara berkawan pun berbeza juga. Wajib bersama Allah SWT "Wahua ma'akum ainama kuntum," bahawa Allah SWT bersama denganmu di mana saja kamu berada.

Manusia sentiasa berangkai dengan kekuasaan-Nya, setiap masa dan ketika.Berkawan dengan Tuhan secara turut dan patuhi segala suruhan dan larangan-Nya, itulah cara dan kaedahnya manusia Muslim berkawan dengan Tuhan. Sebab itu jangan ada sesaat pun hati terlalai dengan-Nya, kerana lalai itulah punca utama manusia menuju kepada ingkar dan kesalahan.Manusia adalah mahluk.

Justeru dia mesti bermasyarakat dan berkawan sesama makhluk, dengan cara saling tegur menegur nasihat menasihati. Sesiapa melakukan kesilapan jangan malu menerima tegur nasihat kawannya.

Ketiga, manusia terpaksa berkawan dengan nafsu, kerana nafsu itu kurniaan Allah SWT bersama kejadian dirinya. Tetapi kejadian nafsu seperti yang dijelaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kekufuran dan ketakwaannya." (Surah Asy-Syams ayat 7 dan 8)Apabila manusia sedar bahawa nafsu sentiasa bersamanya, mereka terpaksa berkawan dengannya. Oleh kerana nafsu diilhamkan Allah SWT jalan berlaku fujur (kufur) dan takwa (taat) kepada Tuhan, maka cara berkawan sentiasa berlawan dan waspada.

Nafsu seperti yang ditegaskan oleh al-Quran menerbitkan dua perkara yang bertentangan, elok (takwa) dan hodoh (fujur). Kedua-duanya sama sama berasal dari nafsu. Sebahagian ulama menafsirnya bahawa yang cenderung kepada fujur (ingkar) ialah nafsu yang rendah, sementara yang cenderung kepada takwa ialah nafsu jenis akal.

Sesuai dengan akal dari minda yang terletak pada tempat tinggi.Apabila bersahabat dengan seseorang mesti wujud nasihat menasihati, kerana nasihat itu menggerakkan hatinya yang lalai, hingga mengetahui apa yang dia tidak tahu sebelumnya.

Yang demikian adalah bukti kamu betul betul kasihan belas dengannya, sebagai sahabat sejati.

Photobucket

Friday, October 30, 2009

NIZAR NEWS : BAPA NAFI KOLEJ AMBIL BERAT ANAKNYA SAKIT

Bapa nafi kolej ambil berat anaknya sakit

TEMERLOH: Bapa pelajar sebuah kolej jururawat yang menderita lumpuh dan cacat penglihatan akibat barah otak, Abdul Aziz Ismail, 55, menafikan dakwaan kolej berkenaan yang mengambil berat tentang penderitaan anaknya sebagaimana tersiar dalam sebuah akhbar.

Katanya, sudah tiga kali anaknya, Nurul Nadia Abdul Aziz, 21, terlantar di wad hospital namun tidak ada pegawai atau wakil dari Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung (KKSM), Perak itu datang menjenguk.

“Ketika kali pertama anak saya dimasukkan ke wad di Hospital Batu Gajah, Perak tidak ada bantuan diberikan. Selepas itu ketika terlantar di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 50 hari Julai lalu pihak kolej janji nak hantar pegawai tetapi tidak ada seorang pun menjenguk”.

“Sekarang Nadia sudah 10 hari terlantar di Hospital Temerloh, mereka juga janji nak datang tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung,” luahnya kepada SidangOnline ketika ditemui berhampiran Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh baru-baru ini.

Abdul Aziz menafikan kenyataan daripada seorang pegawai kolej berkenaan seperti tersiar dalam akhbar Kosmo! 21 Oktober lalu yang mengatakan kononnya kolej berkenaan tidak berlepas tangan dengan nasib Nadia.

SidangOnline sebelum ini turut menyiarkan berita tentang kekecewaan Abdul Aziz kolej tempat Nadia belajar tidak menghiraukan nasib anaknya yang sakit.

Segalanya bermula pada cuti semester Mei lalu apabila Nadia pulang ke kampung dan mengadu mata sebelah kanannya kabur dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Selepas habis cuti semester, Nadia pulang ke kolej dan beberapa minggu kemudian kedua-dua matanya pula tidak dapat melihat dan dia terpaksa meminta bantuan rakan-rakan untuk ke mana-mana.

Nadia kemudiannya memberitahu pensyarah mengenai masalah yang dihadapinya, namun pensyarah berkenaan mengatakan Nadia sengaja buat-buat begitu kerana terlalu manja.

Penderitaan Nadia yang semakin teruk dan bapanya membuat keputusan membawanya pulang. Beliau seterusnya dihantar ke hospital Temerloh dan kemudiannya diarahkan untuk merujuk ke Unit Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.

Menurutnya, Nadia yang merupakan anak keenam daripada 8 beradik, terpaksa menjalani pembedahan kepala pada Julai lalu dan selama menjalani rawatan di HKL, pihak pengurusan kolej langsung tidak datang menjenguk walaupun sudah dimaklumkan.

Keadaan tersebut menyebabkan Aziz sangat kecewa dengan sikap acuh tak acuh mereka sedangkan Nadia merupakan pelajar kolej yang dibiayai menerusi PTPTN.

Menurut Aziz, Nadia sebelum ini merupakan anak gadis yang sangat periang dan lincah sepatutnya mendapat diploma jururawat tahun depan tetapi kini tidak lagi dapat melihat, malah ingatan dan pertuturannya juga sudah mula hilang serta hanya mampu terbaring di katil.

“Kami redha dengan ketentuan takdir namun sangat kecewa dan sedih dengan sikap pihak pengurusan kolej terbabit yang lepas tangan. Sudah itu tidak ada bantuan pula… bayangkan dalam masa lima bulan ini saya sudah menghabiskan hampir RM20,000, tapi apa nak buat ini kesakitan anak kami,” luahnya sayu.

Aziz yang merupakan pengusaha bas sekolah turut hairan bagaimana pelajar kolej seperti Nadia yang juga peminjam PTPTN tidak dilindungi insurans sedangkan peminjam tabung usahawan kecil seperti Tekun pun ada perlindungan insurans.

“Saya harap Menteri Pengajian Tinggi jenguk-jenguklah sikit kolej-kolej swasta tu… jangan dibiarkan mereka sekadar tahu mengaut untung daripada pinjaman yang dikeluarkan kerajaan tetapi tak pandai nak jaga kebajikan pelajar”.

dari Laman Sidang Online

Photobucket

NIZAR | ZAMBRY : BERSIH TUMPU HAPUS UNDI POS

KEMAMAN – Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) Haji Mohamad Sabu berkata gabungan NGO tersebut akan terus bergerak dan menumpukan usaha dalam menghapuskan undi pos menjelang pilihanraya akan datang.

”Kita akan terus bersama NGO, akan terus berbincang diantaranya (terutama) masalah undi pos, ia (undi pos) jadi talian hayat kepada parti pemerintah, undi pos patut dihapuskan,”katanya ketika ditemui selepas ceramah sempena permulaan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) disini semalam.

Menurutnya dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, sepatutnya undi pos hanyalah untuk anggota tentera yang bertugas di luar, bukan kepada isteri-isteri merka yang tinggal di dalam kem.

Beliau berkata dari awal lagi PAS telah kalah dari segi 'saikologi' di Bagan Pinang kerana terdapat lebih empat ribu.Katanya, eksploitasi terhadap undi pos kini telah menyelamatkan 25 kerusi parlimen Barisan Naional (BN) dan rancangan Menteri Pertahanan mahu mengujudkan satu kem tentera disetiap DUN bakal menjadikan pilihanraya semakin 'teruk'.

"Sekarang ini undi pos menyelamat 25 kerusi parlimen Barisan Nasional, sepatutnya, ketiadaan undi pos kita (Pakatan Rakyat) bertambah lagi (kerusi parlimen) 80 tambah 25, sudah hampir boleh memerintah,"Ya (menambahkan satu kem dalam satu DUN) akan menambahkan teruk lagi, dia mahu memperbanyakkan lagi undi pos, kita terus menentang!,"tegasnya

Katanya, samada BERSIH akan turun atau tidak ke jalan raya, berdemonstrasi bagi menuntut Suruhanjaya Pilihanraya menghapuskan undi pos, adalah bergantung kepada keputusan perbincangan dengan semua NGO yang bergabung.

Mengenai bukti menunjukkan daftar pemilih SPR masih tidak bersih dengan penemuan 200 nama yang bertindih, beliau berkata BERSIH akan membawa perkara tersebut kepada pihak antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, PAS juga akan menjalankan segala usaha bagi menjadikan pilihanraya di negara sebagai satu pilihanraya yang bnar-benar bersih dan adil.

"(BERSIH) akan terus membawa ke peringkat antarabangsa, (PAS) akan membawa perkara tersebut diperingkat pemuda, semua pihak, supaya kita betul-betul jadikan pilihanraya kita benar-benar bersih, barulah (nanti) siapa yang menang pun tidak ada rungutan,"jelasnya.

Beliau menjangkakan pertentangan dan pertelingkahan antara pihak pemerintah dengan parti-parti pembangkang dalam usaha menuntut pilihanraya yang bersih dan adil ini akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.

dari Buletin Online lihat video

Photobucket

Thursday, October 29, 2009

NIZAR NEWS : JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG - SALAHUDDIN

PAS jangan jadi jaguh kampung – Salahuddin

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan pemimpin parti itu tidak sepatutnya hanya berlagak sebagai jaguh kampung iaitu hebat di gelanggang sendiri sebaliknya mesti mampu bertarung di gelanggang orang lain jika mahu parti itu terus relevan.

Berucap dalam program Wacana Memperkasakan Parti Peringkat Negeri Pahang di sini 25 Oktober lalu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Memperkasakan Parti PAS Pusat berkata, untuk itu pemimpin PAS mesti konsisten menambah ilmu, berani berubah dan berjiwa kental bagi mendepani sebarang cabaran.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS mesti serius untuk dilihat mampu memimpin Pakatan Rakyat kerana gabungan tersebut sudah menjadi menjadi cabaran kepada kerajaan yang ada berdasarkan aliran pengundian sejak pilihan raya umum 2008 yang lalu.

“Pemimpin PAS jangan jadi jaguh kampung, cuma hebat di gelanggang sendiri tetapi juga mampu bertarung di gelanggang orang lain. Untuk itu proses penambahan ilmu mesti berlangsung sepanjang hayat”.

“PAS mesti serius untuk dilihat mampu memimpin Pakatan. Untuk itu parti mesti diperkasakan dan biarlah PAS menjadi pilihan. Jadi hasrat saya biarlah pemimpin bersemangat, berjiwa kental kita dan berilmu, ada nilai tambah dan boleh mendepani zaman,” katanya di hadapan kira-kira 150 orang pemimpin PAS dari segenap peringkat negeri ini dalam program separuh hari itu.
Mengenai sedikit keributan yang berlaku dalam PAS akhir-akhir ini, Salahuddin memberi kiasan PAS merupakan bahtera yang sudah belayar jauh dan sudah tentu sekali-sekali akan dipukul gelombang”.

“Namun dalam menghadapi situasi begini apa yang perlu ialah nakhoda jangan panik dan kecewa sementara anak kapal pula jangan panik dan terus terjun ke laut,” katanya.

Katanya lagi, PAS tidak pernah berubah matlamatnya tetapi menganjalkan strategi supaya kekal relevan mengikut zaman. Rahsia inilah membuatkan PAS mampu untuk terus hidup selama ini kerana berjaya membaca perubahan semasa.

Sedangkan katanya, parti perkauman sempit Umno pula makin terus tidak relevan kerana pendekatan ekstrimnya yang tidak berubah sepanjang zaman sehingga bila terasa terhimpit pemimpinnya akan menggunakan isu perkauman seperti mencabut keris dan seolah-olah cuba menghalau orang Cina balik negeri.

Masalah rasuah yang mendarah mendaging dan berakar umbi dalam parti itu juga membuatkannya punah dan menghadapi kemusnahan walaupun cuba dipulihkan dengan pelbagai pindaan.

Mengenai lajnah yang dipimpinnya, Salahuddin memberikan fokus untuk meningkatkan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang bersedia menjadi parti pemerintah melalui proses pengukuhan imej dan jenama (branding) yang terancang dengan melalui peningkatan amalan perhubungan awam yang lebih baik.

“Kita juga akan memfokuskan pengukuhan organisasi parti dengan mengawal dan mengurus konflik organisasi serta mewujudkan sistem pengurusan konflik yang berkesan”.

“Selain itu lajnah juga berusaha meningkatkan keupayaan kepimpinan melalui program latihan kepimpinan yang menekankan antara lain kemahiran kepimpinan politik, kemahiran pengurusan serta pengukuhan integriti dan sakhsiah kepimpinan,” ujarnya.

Bagi memperkukuhkan sokongan kepada PAS, Salahuddin berkata, ia akan di dijana melalui kempen “Jom sokong PAS” yang dilancarkan sebelum ini bagi mensasarkan keahlian 1.5 juta ahli menjelang 2013.

dari Sidang Online

Photobucket

Tuesday, October 27, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : IBU MERTUA BEKAS ADUN GUIAI MENINGGAL

Ibu mertua Mejar Aziz meninggal

TEMERLOH: Ibu mertua bekas Adun Guai Mejar (B) Hj Abdul Aziz Yaakob, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi kerana sakit tua di rumah beliau di Kampung Tengah.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Buntut Pulau, selepas Solat jenazah selepas zohor tengahari ini.

Mejar Aziz ialah bekas Setiausaha Perhubungan PAS Pahang bekas YDP PAS Temerloh, YDP Bera, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengarah JPN PAS Pahang.

dari Sidang Online

Photobucket

Monday, October 26, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : SIASAT PENYELEWENGAN PETROL

PAS Pahang desak selidik laporan seleweng petrol

TEMERLOH, 26 Okt: PAS Pahang memandang serius Laporan Ketua Audit Negara berkaitan keraguan penggunaan minyak petrol oleh kenderaan kerajaan negeri dibawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di pejabatnya semalam mahukan kerajaan Umno BN Pahang melakukan siasatan terbuka dan telus bagi mendedahkan penyelewengan yang berlaku.
"Kerajaan Pahang perlu mendedahkan penyelewengan dan membersihkan kerajaan dalam kenyataan yang mengaibkan oleh laporan tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS menuntut kerajaan Pahang tidak melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak dalam usaha menjaga harta rakyat.
"Kerajaan seharusnya tidak cuba melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak bagi kebaikan dan penjagaaan harta rakyat.

PAS mengesa agar pendakwaan dibuat sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan sebagaimana yang dilapor.

"Tindakan lima buah kenderaan rasmi sebagaimana yang didakwa mendedahkan kepada tanggapan umum bahawa pihak kerajaan melindungi pihak yang melakukan penyelewengan.
"PAS Pahang melihat teguran yang dibuat Ketua Audit Negara seolah-olah tidak diambil tindakan oleh kerajaan sebagaimana teguran-teguran sebelumnya.

"Akibatnya rakyat menanggung kerugian akibat daripada penyelewengan. Begitu juga dengan unsur penyelewengan pembinaan Hospital Pekan yang bernilai RM 81.59 juta memerlukan siasatan secara telus dan tindakan mesti diambil kepada pihak yang terlibat,"katanya.

Photobucket

Sunday, October 25, 2009

NIZAR | ZAMBRY : MUKTAMAR KHAS - AHLI DIMINTA BERTENANG

Buletin Online

Saranan Muktamar Khas Mursyidul Am; Semua Pihak Diminta Bertenang

KEMAMAN – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.

”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan, ”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’, ”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.



Photobucket

Saturday, October 24, 2009

NIZAR NEWS : KELAB BLOGGER PAHANG AKAN DILANCAR

PAS akan lancar kelab blogger Pahang

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS Pahang akan melancarkan kelab blogger Pahang dalam masa terdekat ini sesuai dengan medium berkenaan yang kini sudah diiktiraf sebagai media baru yang berpengaruh.

Beliau juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, negeri-negeri lain seperti Perak dan Selangor sudah mempunyai kelab blogger sehingga berjaya meletakkan Pakatan Rakyat di hadapan.
“Kita akan lancar kelab blogger alternatif peringkat negeri pahang dalam masa terdekat sebagaimana ianya sudah ada di Perak dan Selangor dan ternyata berkesan”.

“Penyatuan itu juga penting kerana bagi menjadikan maklumat dan berita lebih selaras dan saheh,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Kursus Blogger anjuran Jabatan Penerangan PAS Pahang di Dewan Seminar BPPNP, Temerloh hari ini.

Kira-kira 40 orang peserta dari seluruh Pahang menyertai kursus tersebut dan Tuan Ibrahim sendiri diberi penghormatan menyampaikan sijil penyertaan.

Kursus dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal.

Dua orang blogger iaitu Shukrie Jamaluddin dari Pahangdaily dan Taufeeq Abdul Rahman dari Sidangonline masing-masing membentangkan satu kertas kerja.

Sementara itu Shukrie ketika diminta berdapatnya bersetuju dengan candangan pelancaran kelab blogger Pahang kerana Umno sendiri sudah bergerak ke arah itu dan sudah pun pernah mengumpulkan 200 blogger di rumah Menteri Besar Pahang.

“Jadi saya sangat bersetuju ke arah penubuhan kelab blogger Pahang kerana selama ini saya sudah 11 tahun berjalan secara solo.

Ini sudah tentu akan merancakkan lagi dunia perang siber”.

“Bajet yang dibentangkan perdana menteri baru-baru ini telah memperuntukkan RM11 bilion untuk up-grade keupayaan kawasan liputan dan kita kena ambil kesempatan”.

dari Laman Sidang Online

Photobucket

Friday, October 23, 2009

NIZAR NEWS : POLIS BERTINDAK MELULU

TEMERLOH: Akibat pihak berkuasa polis yang bertindak tidak teliti, seorang pengusaha kolam memancing di Kampung Bolok Hulu, Lanchang di sini mendakwa beliau terpaksa menanggung malu dan sekali gus terjejas pendapatannya.

Khaidir Manan, 43, mendakwa sepasukan 8 orang anggota polis dari cawangan Anti Narkotik telah menyerbu kolam yang diusahakannya itu sehingga menimbulkan salah faham masyarakat setempat yang memberi imej buruk kepada beliau.

Lebih membuatkan anggota Sukarelawan Rakyat (Rela) itu terkilan ialah tidak ada sepatah pun permohonan maaf daripada pihak polis meskipun mereka tahu tindakan tersebut tersasar dan surat aduan telah dihantar kepada Ketua Balai Polis Temerloh, Ketua Polis Pahang, Ketua Polis Negara dan Adun Lanchang.

Dalam pertemuan dengan SidangOnline, Khaidir memberitahu pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 2 petang sekumpulan anggota polis dari cawangan Anti Narkotik berpakaian awam dengan berkenderaan motorsikal ‘scrambler’ dan sebuah kereta telah datang menyerbu rumah dan kolam memancing yang diusahakan di Danau Warisan Kampung Bolok Hulu, Lanchang.

Menurutnya, tujuan serbuan itu dilakukan ialah untuk membuat tangkapan terhadap suspek yang digelar mereka sebagai “Jiji” yang dipercayai berada di rumah beliau. Seorang anggota telah mengetuk pintu tanpa memperkenalkan diri dan terus bertanyakan suspek kepada isterinya.

“Dalam keadaan tergamam isteri saya menyatakan tiada ahli keluarga saya seperti nama itu. Saya yang sedang berurusan dengan pemancing di tepi kolam bergegas balik ke rumah dan diminta memberi maklumat”.

“Apabila terlihat kepada salah seorang anggota polis dari Pondok Polis Mempateh yang saya kenali dan bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Anggota berkenaan polis tidak menjawap. Barulah saya tahu pasukan polis berkenaan telah bertindak berdasarkan maklumat salah,” katanya.

Menurut Khaidir oleh kerana ketidaktelitian anggota terbabit mendapatkan maklumat dan menyerbu ke premisnya dengan gaya ala samseng telah menyebabkan ramai pelanggannya merasa terganggu dan tidak selesa dengan cara mereka menjalankan tugas. Akibat daripada itu telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya.

“Kesannya juga secara langsung telah menjejaskan perniagaan kolam memancing saya. Ini kerana selepas insiden tersebut pemancing yang datang amat berkurangan. Purata pendapatan saya merosot secara mendadak daripada RM350 hanya ke bawah RM100 sehari”.
Kolam memancing Danau Warisan yang diusahakan Khaidir meliputi kawasan paya seluas kira-kira tiga ekar yang dinaiktaraf daripada kolam ternakan ikan kepada kolam memancing sejak Mac tahun ini.

Kolam yang dipenuhi pelbagai ikan air tawar itu terletak di pertengahan jalan ke pusat ternakan gajah Kuala Gandah yang menjadi tumpuan popular pelancong sehingga pemancing yang bertandang ke situ datang dari serata pelosok termasuk ibu negara dan luar negeri.

“Apa yang amat saya kesali ialah dengan cara cara ala samseng dan tiada budi bahasa anggota terbabit amat jauh daripada slogan rasmi polis iaitu mesra, tepat dan betul. Setelah menyedari bahawa saya betul-betul tidak tahu dan tidak terlibat dan anggota terbabit tersalah maklumat tiada sepatah maaf pun daripada anggota mahupun pegawai berkenaan”.

“Saya rasa sebagai rakyat malaysia saya ada hak mempertikaikan cara siasatan dan prosedur polis yang bertindak tanpa maklumat lengkap dan berbudi bahasa. Mungkin pada pasukan polis masalah ini dipandang remeh dan sudah nasib saya begitu. Cuma saya mengharapkan agar tragedi yang sama tidak akan berulang menimpa orang lain pula”.

“Kita tidak mahu usaha penduduk tempatan berusaha memajukan perniagaan terbantut hanya gara-gara ketidakcekapan pihak berkuasa bertindak. Dan institusi polis sendiri akhirnya akan dipandang serong oleh masyarakat”.

dari Laman Sidang Online

Photobucket

Wednesday, October 21, 2009

NIZAR NEWS : PAS PAHANG ANJUR KURSUS BINA BLOG

Penerangan anjur kursus bina blog

TEMERLOH: PAS Pahang akan mengadakan kursus maya khusus bagi membina blog bagi memperluaskan lagi kegiatan penyaluran maklumat dan penguasaan teknologi pengurusan media baru bagi memantapkan lagi penyaluran mesej perjuangan PAS.

Seminar yang dikelolakan Lajnah Penerangan PAS Pahang akan diadakan pada 24 Oktober ini, di Dewan Dato’ Abu Samah yang akan dirasmikan Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal al Ahmadi.

Menurut Ketua Lajnah Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim, dijangka seramai 70 peserta seluruh Pahang akan terlibat dalam kursus selama sehari yang akan menerima kursus kearah penerbitan dan penguasaan media baru itu.

“Kami berharap peserta-peserta yang terlibat datang awal kerana kursus akan bermula jam 9 pagi. Bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta sebanyak RM30 bagi tujuan makan tengahari, minum pagi dan petang selain dokumentasi. Peserta juga diminta membawa peralatan sendiri termasuk komputer atau lap top,” katanya.

Terdapat tiga kertas kerja yang akan dibentangkan iaitu “Bagaimana membina blog dan mengisi asesori” oleh web master SidangOnline, “Penulisan blog dan bagaimana untuk mempopularkan blog anda” oleh web master terkenal dari Pahangdaily dan “Etika penulisan blog” oleh pemimpin PAS Pahang.

Sementara itu bagi siapa yang berminat segera menghubungi talian 09 2965143 segera bagi mengesahkan kehadiran kerana tempat adalah terhad.

Sidang Online

Photobucket

Tuesday, October 20, 2009

NIZAR NEWS : DOUBLE STANDARD SUKARKAN PERPADUAN

KUANTAN, 20 Okt: Kerajaan Umno BN mesti melaksanakan peruntukan-peruntukan perlembagaan dalam semangat federalisma yang betul sebelum berkira-kira mahu mewujudkan perpaduan nasional.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya berpendapat perpaduan nasional tidak dapat direalisasikan hanya dengan melaungkan slogan 1 Malaysia, sedangkan realitiunya masih banyak tindakan yang bersifat 'double standard'.

"Bila menyebut soal perpaduan ia mestilah dalam konteks yang menyeluruh bukan bersifat perpaduan nasional untuk Barisan Nasional sahaja, tetapi mestilah diasaskan kepentingan rakyat dan negara keseluruhan," katanya.

Beliau juga memberitahu perpaduan tidak boleh wujud atas asas perkauman yang sempit sebagaimana yang diamalkana oleh parti-parti perkauman dalam BN.

"Bila bercakap soal perpaduan bukan dilihat pada ucapannya sahaja tetapi perlu dibuktikan pada kesungguhan dalam amalan.

"Masih banyak amalan yang dilakukan pemerintah Umno BN yang tidak menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mewujudkan perpaduan," katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu orang ramai membantu membincangkan soal perpaduan, Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu membebaskan dahulu sekatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebelum menyeru rakyat berbuat demikian.

"Kita lihat bagaimana penyaluaran bantuan dan peruntukan kerajaan persekutuan tidak dibuat berasaskan semangat federalisma. Mereka salurkan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kepada pegawai persekutuan. Ini yang berlaku di Kelantan dan dilain-lain negeri sejak sekian lama.

Beberapa tindakan kerajaan pusat yang didakwa 'double standard' masih berlaku dan amalan itu katanya adalah pengganggu utama hasarat mewujudkan perpaduan nasional.

"Kita mahu semua pihak menghormati satu sama lain. Pemerintah menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan mereka.

"Begitu juga dalam aspek pentadbiran, hentikan sekatan yang amat tidak bermoral seperti yang pernah dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar, Julai lalu yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat," katanya.

Harakah Daily

Photobucket

Friday, October 16, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KENYATAAN NAINA MERICAN DIBIDAS

Oleh caucau

Telahan dan cabaran Naina Merican dlm AGM umno yang lalu supaya ulama mengambil tindakan terhadap TGNA menteri Besar Kelantan kerana mengatakan UNDI UMNO MASUK NERAKA .

Ingin saya perjelaskan disini kepada Naina yang buta Iman dan Islam, apatah lagi akidah, bahawa apa yang disampaikan oleh TGNA adalah kelangsungan dari dakwah Rasulllah yang diperturunkan kepada ahlinya,sahabat,tabiin tabiin ,ulama setrusnya hingga kehari ini.Iaitu pembalasan oleh allah diakhirat samada syurga atau neraka.

Ketetapan ini ditetapkan olih Allah dengan SYARAT.

dengan SYARAT dalam kaedah ugama disebut SEBAB DAN MUSABAB.
dalam kaedah Nahu disebut HURUF SYARAT DAN JAWAB SYARAT.
natijahnya ialah hukuman.

Hukuman ini pula berkadar terus bukannya berkadar songsang seumpama
kenderaan makin ditekan minyak makin laju ,bukannya makin ditekan minyak makin perlahan.
Seterusnya jika diperhatikan terdapat 313 kali Allah menyebut perkataan
neraka..196 kali syurga.

Jika diamati sebelum Allah menyebut neraka atau syurga Allah akan menyebut SEBAB ? DAN GOLONGAN? BERAPA LAMA? dalam neraka.
Sila buka mana mana kitab tafsir.

Jelas ianya bukan fatwa TGNA ..beliau hanya medium pendakwahan hukum Allah.
Perbandingannya samalah seperti undang2 Malaysia..yang digubal di parlimen..katakan hukum mencuri 3 tahun penjara. Adakah pencuri kan berbahas dengan pihak penguasa ..hukuman ini hangpa yang fatwa ,bukannya dari kerajaan UMNO/BN. BOleh?
Pihak penguasa polis, hakim,penjara adalah ejen medium pendakwahan hukuman Malaysia.
Berbalik kepada berkadar terus ..hukuman Allah tidak cerewet "salah "..neraka itu sahaja. Dan sebaliknya syurga.
TETAPI apa yang NAINA MERICAN mungkin mahu

Rasuah....Syurga
Kezaliman ISA...syurga
Kezaliman Memali...Syurga
Penyelewengan Kuasa...Syurga
Tipu rakyat...syurga

Kalau begitu Naina cuba jangan minum air yang diturunkan olih Allah.
Baru adil. Kerana kita manusia ciptaan Allah. Wajib ikut hukmnya.
Umpamanya TV Sony,didalamnya disediakan buku panduan Sony.
Kalau apa masalah rujuklah buku Sony kerana ianya keluaran Sony.

Kalau manusia buku rujukannya AlQuran lah. Mudahkan !

Justeru perhatikanlah kerja-buat Umno,perangai dan tingkah laku,undang-undang,dan segala sistem kehidupan di Malysia ini adakah menjadi syarat atau tidak untuk adil Allah menyumbat kita keneraka.

Katakanlah kepada Allah ...hai Allah RASUAH ini ..duit lahhhhhh
Cabarlah Allah....Arak ini punca ekonomi lahhhhhhh
Riba..ni...untunglah ..wahai Allah
Bom orang ni...kami punya kerjalah Allah
Rogol gadis 13 tahun...sedaplah..katakan pada Allah

Jangan marah TGNA..tetapi marah dan lawanlah Allah.
Kami dipihak PAS hanya menjalankan kerja nasihat dan dakwah.Umpamanya menyelamatkan orang dalam rumah terbakar.

Saya juga mencabar Naina mendakwa penceramah penceramah radio dan TV seluruh Malaysia dan pengacara musabaqah yang sering menyebut masalah syurga dan neraka serta ahlinya sama seperti yang disebut TGNA.

Kesimpulannya UNDI UMNO MASUK NERAKA adalah BENAR. berbetulan dengan keterangan ayat al-quran yang menegah kita bersama dengan orang zalim.
Malah pengakuan PM Najib bahawa umno parti politik wang,rasuah,kroni,penyelewengan,memperkayakan diri sendiri,menzalimi rakyat dan sebagainya .Apakah hukuman yang sesuai dikenakan kepada UMNO ikut undang undang Malaysia ? dan apa pula yang sesuai dengan hukum Quran ?
Jawablah ...sendiri.Wallahhuaklam

Diambil dari Utara Online


Photobucket

NIZAR | ZAMBRY : PINDAAN DEDAHKAN KEPALSUAN UMNO

Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno!

Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Harakah Daily


Photobucket

ERA NAJIB ALTANTUYA : PENYELEWENGAN UNDI POS DIDEDAAH

OLEH WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang 11 Oktober lalu, namun terdapat faktor yang menyebabkan PAS kalah besar yang mana ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos menjadi puncanya.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat mendedahkan, PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDEF.

"Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan).

"Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikal. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi," katanya.

Persoalannya jika mereka tidak mengundi, bagaimana PAS dapat 0 undi dan BN dapat 881 undi, apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS, soalnya.

Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28 September lalu di hadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof..

Jika dilihat daripada tiga pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009).

Persoalannya bagaimana keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini, katanya.

Antara usaha-usaha PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, lima kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos, katanya.

Jawapannya adalah mudah, manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF, dakwanya.

Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos, dan tidak mustahil peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF, katanya.
Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator, maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang, katanya.

Semasa proses pengundian pada 8, 9, dan 10 Oktober, pihak kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR, terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh kem

Antaranya daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR dan daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos, katanya.

Selai itu, daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos, dan daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi, bilangan keseluruhan pengundi pos, bilangan sebenar pengundi yang hadir dan tidak hadir, selain tidak dapat mengesahkan pengundi pos yang meragukan.


"Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981," katanya.

Dalam peraturan 14A menyebut "Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini, jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya, katanya.

Sementara pada 7 Oktober lalu PAS telah bertemu dengan SPR bagi membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai dua nama dalam daftar pemilih (Double vote) kerana perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958, katanya.

Dalam Seksyen 10 menyebut “Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan 'prima facie' untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen, katanya.

Dari Detik Daily

Photobucket

NIZAR | ZAMBRY : BN KINI BERADA DIPERSIMPANGAN

Walaupun Umno masih menyambut kemenangan ‘ajaib’nya di Bagan Pinang beberapa hari lalu, namun kejayaan itu tidak dikongsi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, walaupun dikatakan menang dengan bergaya.

Ketika pemimpin parti itu ‘mendabik dada’ membawa hadiah kemenangan itu ke dalam perhimpunan agung Umno yang bermula kelmarin, ada dikalangan ahli parti itu yang kurang bersemangat.

Ia adalah kerana mereka masih merasai semangat anti-Umno masih kuat dikalangan rakyat negera ini.Kemenangan di Bagan Pinang telah menghentikan ’badi sial’ kekalahan memanjang yang menyelubungi Umno.

Selepas kalah tujuh dari lapan pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum lalu, calonnya Tan Sri Isa Samad meraih kemenangan besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kemenangan itu memberi harapan pemulihan kepada parti Umno sebagaimana ungkapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Ia dilihat rakyat kembali yakin dan percaya kepada BN,”.

Namun sebaliknya, kejayaan tersebut ’diwarnai’ dengan imej Isa yang tercemar; beliau telah digantung keahliannya selama tiga tahun kerana membeli undi dalam pemilihan parti itu, pada tahun 2004.

”Sekiranya Umno ghairah tentang kemenangan di satu tempat, manakala kalah di tempat-tempat lain.... jika kita hilang rasa bertanggungjawab, saya percaya kita tidak akan mencapai kemenangan atau mungkin tidak menang dalam pilihanraya akan datang,”kata bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Ahli politik Gerakan Hsu Dar Ren berkata perasaan ‘anti-establihment’ masih kuat. Beliau percaya fakta Umno meletakkan calon tercemar akan digunakan menentangnya pada masa depan.

Apa perubahan kesan dari pilihanraya kecil ialah ’gaya’ (dynamics) dikalangan perkongsian kuasa BN kerana Umno memenangi pilihanraya kecil tersebut tanpa banyak pertolongan dari MCA.

Isa dikatakan meraih sokongan dari kaum India yang sebaliknya menolak MIC, manakala MCA sedang bergelut mengatasi kemelut dalaman selepas perwakilan menolak dua pemimpin tertingginya.

Kemenangan Isa dikatakan meletakkan Umno pada kedudukan yang kuat mengatasi parti-parti lain dalam gabungan BN.Beberapa tokoh Umno percaya kemenangan Umno bukan kerjasama diantaranya dengan parti-parti bukan Melayu dalam BN, lalu mencadangkan BN menghadkan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh calon-calon bukan Islam pada pilihanraya akan datang.

Putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, turut menggesa Menteri cabinet dari MCA meletakkan jawatan selepas perwakilan MCA hilang keprcayaan kepada pemimpinya.Gesaan sedemikian meningkatkan tekanan kepada Najib untuk bertindak sendirian, sekiranya diperlukan.Najib telah pun mula menjalin hubungan dengan kumpulan minoriti, dengan mengiktiraf ’Makhal Sakti’.

Mengambil kaedah demikian akan menimbulkan risiko, tindakan Najib menganjurkan kerja bersama kaum India didorong kerana kaum tersebut tidak mampu berdiri sendiri dalam soal ekonomi.Kaum Cina, sebaliknya, masih skeptikal, dan mungkin sukar untuk didekati.

Kajian terbaru Merdeka Centre menujukkan 68% kaum India mengiktiraf kepimpinan Najib bagaimana pun jumlah yang sama menolak MIC.

Namun kaun Cina memberikan nilaian yang terendah kepada Najib, yang akan membawa Malaysia lebih ’berbilang-bilang’, kata penganalisi politik, Rita Sim.

Dari Buletin Online

Photobucket

Friday, October 9, 2009

APAKAH TG AGAS AKAN JADI PKFZ KEDUA?

PAS bimbang Tanjung Agas jadi PKFZ kedua

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, 9 Okt — Projek Taman Industri Minyak, Gas Dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, Pahang telah dirasmikan melalui upacara pecah tanah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada bulan Jun yang lepas.

Projek yang bernilai RM2 bilion ini turut melibatkan kerajaan di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Diberitakan bahawa kerajaan turut mempertimbangkan untuk memberi status zon perdagangan bebas kepada Tanjung Agas.

Dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Pahang di sini semalam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Yusof Embong melahirkan kebimbangannya akan nasib Tanjung Agas bakal berkesudahan sama dengan PKFZ yang juga sebuah zon perdagangan bebas, yang sama seperti Tanjung Agas, sebuah projek usahasama antara kerajaan negeri dan syarikat luar, melibatkan ribuan ekar tanah rizab Melayu di Selangor.

Kebimbangan PAS ini ada asasnya terutama dalam konteks Negeri Pahang. Yusof mendedahkan bahawa sudah banyak kegagalan projek-projek pembangunan besar yang melibatkan kerajaan negeri di sini, antaranya projek MEC City, Pahang Cement Bukit Sagu dan Highway Bricks. Kesemua projek ini telah berakhir dengan kegagalan atau terbengkalai.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Pahang, Leong Ngah Ngah, ADUN Triang dan Roslan Zainal, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang ini, Yusof memberi amaran kepada kerajaan negeri supaya memastikan nasib Pelabuhan Tanjung Agas tidak akan semalang PKFZ, apalagi bila mengenangkan orang yang terpaksa menanggung beban kerugiannya adalah rakyat negeri ini.

Sementara itu, Leong dalam ulasannya turut mendedahkan bahawa walaupun projek tersebut melibatkan sebahagiannya dana anak syarikat kerajaan negeri tetapi tidak pernah dibentangkan perbelanjaan dan kewangannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Pemaju induk projek ini ialah Tanjung Agas Supply Base & Maritime Services Sdn Bhd (TASBMS) yang dipunyai 30 peratus saham anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan usaha sama tujuh syarikat multinasional dalam dan luar negara, melibatkan kawasan seluas 1,658 hektar.

Projek berimpak tinggi itu merupakan pusat sehenti dan pengkalan mencari gali dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli. Apabila siap nanti ia dipertimbangkan untuk diberi status zon perdagangan bebas dengan menempatkan limbungan kapal, limbungan fabrikasi, pangkalan bekalan dan kemudahan perkhidmatan dan terminal petroleum, kawasan kediaman serta perdagangan dan perindustrian.

Sidang media PAS ini diadakan sempena Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Pahang bersama media dan veteran PAS negeri.

Dipetik dari Malaysian Insider

Photobucket

Thursday, October 8, 2009

NIZAR | ZAMBRY : KULIAH UST TARMIZI YAHYA

























Wednesday, October 7, 2009

NIZAR | ZAMBRY : MASALAH YG WUJUD DALAM UNDI POS

Sebanyak 13,664 orang pengundi di Bagan Pinang, daripada jumlah itu, 33.7% ataupun 4,604 orang merupakan pengundi pos.

Keputusan pilihan raya tidak akan dipengaruhi oleh undi pos sekiranya sistem undi pos itu dijalankan secara telus dan profesional,

Walaupun sebanyak mana bilangan pengundi pos yang diwartakan, tetapi sekiranya sistem pengundi pos ini diuruskan secara tidak telus dan tidak profesional, maka ia akan menjejaskan pilihan pengundi pos seterusnya mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Pegawai "Malaysians for Free and Fair Elections" (Mafrel) iaitu Saudara Ong Boon Keong telah mempertikaikan wujudnya masalah dalam sistem undi pos di Malaysia.

"Salah satu masalah yang wujud dalam sistem pengundi pos di malaysia ialah masa untuk berdaftar menjadi pengundi pos adalah kurang.

Hal ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia yang bekerja di rantau asing tidak dapat berdaftar sebagai pengundi pos. Senario ini menjadikan pos undi di Malaysia kini didominasikan oleh Polis dan Tentera.

"Ong Boon Keong juga mempertikaikan kenapa pihak tentera dan polis mengundi di kem mereka masing-masing (bukan seperti orang ramai) sedangkan mereka tidak meninggalkan Malaysia?

"Kini tiada peperangan atau situasi yang tegang berlaku di Malaysia, maka pihak polis dan tentera seharusnya mengundi bersama dengan orang ramai kecuali mereka mempunyai tugas untuk dilaksanakan."

Kebiasaannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai dua cara untuk menjalankan proses pengundian pos, pertama, pos undi akan dikirimkan kepada mereka yang berkenaan dan mereka akan mengirim balik undi tersebut kepada SPR, kedua ialah pengundi pos akan mengundi di kem tentera dan polis yang ditetapkan oleh SPR.

Akta Pilihan Raya 2003 (Undi Pos) menyatakan pengundi pos adalah mereka yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada hari pilihanraya, pegawai SPR atau pegawai kerajaan atau polis atau tentera yang menjalankan tugas atau berada di luar negara.

Ong Boon Keong juga mencadangkan senarai pengundi pos untuk tentera dan polis tidak harus dirujukkan kepada nombor tentera atau polis mereka tetapi sebaliknya harus berdasarkan nombor kad pengenalan mereka (MyKad) supaya tidak wujud kekeliruan disitu.

Mafrel akan menghantar pegawai mereka di Bagan Pinang dan mendirikan 8 pondok operasi disana.

"Di Bagan Pinang, terdapat 8 pusat mengundi maka setiap pusat mengundi kita akan menempatkan 2 orang pegawai untuk memastikan proses mengundi adalah lancar, beberapa pegawai akan ditugaskan diluar pusat mengundi.

"Petugas politik yang mengkaji proses pengundian di Malaysia, Saudara Ong Chin Huat (yang ditahan dan dilepaskan kerana insiden memakai baju hitam) telah memuji pihak SPR membenarkan wakil calon untuk mengikuti proses mengundi tetapi Ong berpendapat, transperansi masih harus ditingkatkan kerana wakil calon tidak dapat mengikuti seluruh proses pengundian disebabkan faktor masa dan sumber calon.

Calon tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian keatas pos undi disebabkan faktor kekurangan sumber, kecuali undi pos yang terlibat adalah merupakan sebahagian besar daripada bilangan undi yang akan dibuang.Selain itu, isu borang 2 juga merupakan salah satu daripada masalah undi pos.

Menurut Akta Pilihan Raya 2003, pengundi pos harus mengisi borang 2 dan borang tersebut hendaklah dikembalikan bersama dengan undi pos mereka. Maklumat yang harus diisikan dalam borang 2 ini adalah nama penuh pengundi, nombor kad pengenalan pengundi, nombor siri undi, ini bermakna, maklumat pengundi pos itu mudah diketahui pihak lain.

Akta Pilihan Raya 1954 melarang kesemua pegawai, setiausaha dan penterjemah untuk mendapatkan atau mengemukakan maklumat pengundi seperti nombor kad pengenalan pengundi dan nombor siri undi kepada pengundi lain.

Selain itu, SPR juga membuat pindaan Akta Pilihan Raya 1981 (prosedur pilihan raya) pada 2006 iaitu menghapuskan nombor siri undi untuk melindungi identiti pengundi.

Maka dapat dirumuskan prosedur undi pos telah melanggar Akta tersebut dimana Akta itu menyatakan identiti pengundi tidak boleh dikemukakan.

Diambil dari blog GoMalaysia

Photobucket

Monday, October 5, 2009

NIZAR | ZAMBRY : PAS PEKAN BUAT LAPORAN TERHADAP NGO BIADAP

Yang DiPertua PAS Pekan bersama beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan telah membuat laporan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) terhadap kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh beberapa NGO berhubung dengan dengan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi.
Kenyataan biadap oleh NGO-NGO tersebut telah secara jelas dan sengaja mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang.Sebelum ini iaitu pada 2hb Oktober PAS Pekan telah membuat satu laporan polis melibatkan perkara yang sama di Ibupejabat Polis Daerah Pekan.

PAS Kawasan Pekan juga mendesak supaya pihak penguatkuasaan JAIP mengambil tindakan tegas terhadap NGO-NGO terlibat kerana telah secara jelas dan sengaja menghina Pihak Berkuasa Agama Negeri Pahang dan Mahkamah Syariah Pahang serta hukum Islam.

Salinan kertas laporan diBahagian Penguatkuasaan JAIP (seperti dikemukakan oleh PAS Pekan)



Photobucket

Friday, October 2, 2009

JAG DAN SIS WAJAR DIBOIKOT

Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.

"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Kuantan.

Baru-baru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.

Amidi yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

"Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Kartika Sari Dewi dan keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakanitu," katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga diminta bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

"Kita juga telah membuat satu laporan polis terhadap JAG dan SIS berhubung kenyataan yang menghina Islam itu di balai polis daerah Kuantan hari ini," katanya.14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Dalam perkembangan berkaitan, Amidi berkata pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober depan."Kita juga akan mengendalikan demonstrasi hukuman itu, butiran lengkap berkenaan seminar masih diperhalusi," katanya. -

Berita dari Bernama

Photobucket

AIR GAU PUNYA PASAL : mEnTaLiTy PPN Pahang macam budak belum mumaizz.

Harakah Daily:

Thu | Oct 01, 09 | 5:11:04 pm MYT

JENGKA, 1 Okt: Kerana menghidangkan Air Gau kepada para VIP di kejohanan olahraga peringkat negeri Pahang, ia telah menimbulkan kemarahan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.

Insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 March lalu.

Air Gau dalam botol itu dihidang kepada para tetamu untuk merehatkan diri sementara menunggu majlis lain berjalan.

Malangnya, ia gagal menyejukkan tetamu sebaliknya mengundang kemarahannya.

Melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya, Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Latif itu menyinga dan memarahi pihak urusetia.

Pengetua sekolah yang menjadi urusetia juga 'tumpang sekaki' dengan memarahi guru terlibat .

Diantara kata-kata Pegarah kepada guru berkenaan ialah "Hey! Ada unsur-unsur politik ke ni?" dengan nada yang marah.

Oleh kerana perasaan marahnya sedang membara menguasai dirinya, maka upacara perasmian yang diadakan telah ditiadakan acara doa seperti mana lazimnya.

Air Gau adalah antara air yang popular di sekitar Jengka hinggalah ke Jerantut, Temerloh dan lain-lain kawasan di Pahang hatta keluar dari negeri itu.

Ia mula dipopularkan oleh PAS Pahang dan dijual ke merata-rata tempat memandangkan khasiat air tersebut.

Namun, kata-kata Pengarah Pendidikan Pahang yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar.

Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan manirelnya yang tinggi berbanding dengan air minuman lain dipasaran.

Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasaraya dan juga di stesen minyak Petronas. Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera.

Difahamkan guru yang memilih air Gau sebagai air minuman pada majlis tersebut tidak pernah menduga sama sekali insiden sedemikian boleh berlaku dan dia tidak pernah terfikir akan terjadi demikian.

Mungkin jika guru berkenaan tahu demikian jadinya dia tentu lebih rela membeli air jenama lain yang lebih murah harganya iaitu air paip yang disuling atau air dari sisa kumbuhan najis (Ne Water) yang diimpot dari Singapura atau air minuman berlambang dacing untuk dihidangkan kepada Tuan Pengarahnya. Asalkan bukannya Air Gau yang menjadi punca kemarahan Tuan Pengarah.

Di kalangan para guru, kemarahan Pengarah Pendidikan bererti mala petaka bagi mereka, maklumlah beliau ada kuasa besar untuk menghukum guru-guru mengikut kehendak hatinya.

P/S : PPN kenala tengok dulu label air tuh..kandungan mineral air tu dah diperakui lebih baik dari kebanyakan jenama hok ade dipasaran. Kalo tok sir tak pe Lain kali aku bagi mu 'air kumbah' cap dacing (nak sangat).


Thursday, October 1, 2009

NIZAR | ZAMBRY : ISA CALON KORUP,WAJAR DITOLAK PENGUNDI

Oleh : Pembela

Kenyataan Tan Sri Isa Samad selaku calon Bn di PRK Bagan Pinang jelas menunjukkan sikapnya yang sombong dan tidak pernah rasa bersalah dalam amalan politik wang apabila dia berkata, “beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah”.

Baginya, mungkin juga sebahagian pemimpin-pemimpin Umno bahawa amalan politik wang bukan suatu kesalahan jenayah, apalagi kalau kita nak bercakap tentang moral seorang yang berstatus pemimpin. Sebaliknya ia hanya suatu kesalahan di dalam kod etika pemilihan Umno semata-mata.

Pada hal seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa Isa adalah di antara pengamal politik wang dari Umno yang merupakan parti Bumiputera berfahaman kebangsaan tersebut berada di dalam suasana yang cukup tenat dan menanti rebah ke bumi.Isa begitu bangga apabila menyatakan bahawa amalan politik wang yang melibatkan dirinya sudah selesai (tidak berbangkit) semata-mata kerana telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Isa fakir dengan menjalani hukuman tersebut ia telah menjadi insan yang bersih dalam kerjaya politiknya serta rakyat di Bagan Pinang akan memilihnya di hari pembuangan undi kelak.

Jika ini yang diyakini oleh Isa maupun parti Umno, saya rasa mereka telah membuat perhitungan yang silap.Umno perlu sedar ialah rakyat kini samada di Bagan Pinang maupun di mana-mana lokaliti pengundi khususnya di Semenanjung sudah semakin muak dan mengerti tentang pelbagai kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kecurangan yang telah mereka lakukan setelah di beri mandat (kuasa) oleh rakyat pada setiap kali pilihan raya.Keputusan Umno meletakkan Isa sebagai calon di situ adalah gambaran jelas bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tersepit dan menjadi parti desperado.

Ia secara juga bukan sahaja tidak menghormati pandangan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammed yang mereka kagumi selama ini yang mahu parti tersebut meletakkan calon yang tidak terlibat dengan amalan rasuah. Pencalonan Isa di Bagan Pinang juga menyerlahkan kepada rakyat bahawa Umno juga tidak lagi mampu untuk menampil calon mereka yang benar-benar bersih samada dari segi rasuah, skandal, moral dan kewibawaan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat.

Laungan pemimpin Umno untuk memerangi amalan politik wang hanyalah retorik semat-mata untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli di peringkat umbi supaya mereka terus setia bersama Umno.Ringkasnya, Isa adalah wajah sebenar pemimpin Umno. Isa juga merupakan gambaran sikap pemimpin Umno yang pandai berlakon. Isa pula adalah laibiliti Umno yang menanggung biawak hidup hidup di atas belakang rakyat.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh para pengundi dalam PRK Bagan Pinang mengambil peluang keemasan ini menolak calon Umno, bukan sekadar memprotes calon yang terpalit dengan isu rasuah, sebaliknya untuk menghukumnya kerana menjadi pelaku rasuah. Rasuah atas nama politik wang adalah sama dengan amalan rasuah kotemporari yang diletakkan sebagai musuh nombor 1 di negara ini. Dari segi hukum agama ia tetap berdosa besar kerana ia adalah amalan yang haram.

Photobucket