BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Monday, November 16, 2009

ZAMBRY : AZMIN SAMAN VIGNESWARAN

Azmin Saman Vigneswaran

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pagi Isnin mengesahkan bahawa beliau telah memulakan prosiding undang-undang ke atas bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran kerana memfitnahnya.

Minggu lalu, Vigneswaran mendakwa beliau telah menerima satu dokumen yang ditinggalkan di kediamannya di Kota Kemuning yang mengandungi butiran-butiran mengenai pembelian saham-saham oleh Azmin serta isteri dan adik iparnya bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990an.

Vigneswaran kemudiannya telah memanggil satu sidang akhbar untuk mendedahkan butiran-butiran tersebut dan meminta Azmin menjelaskan bagaimanakah beliau memperolehi wang untuk membeli saham-saham tersebut.

Ini kerana pada waktu itu, Azmin masih berkhidmat dengan kerajaan sebagai setiausaha sulit kepada menteri kewangan.

“Rabu ini satu notis akan dikemukakan ke atas Vigneswaran kerana membuat dakwaan palsu ke atas saya yang merupakan satu fitnah dan pembohongan,” kata Azmin.

Azmin berkata, Vigneswaran gagal mendapatkan menjelasan berhubung kesahihan dokumen tersebut sebaik sahaja menerimanya.

“Sesiapa sahaja wajar memahami bahawa tindakan Vigneswaran itu adalah satu tindakan yang terdesak untuk menghidupkan semula nyawa politiknya tetapi malangnya beliau terlalu terdesak sehingga sanggup meletakkan dirinya di bawah sekali bagi mencari publisiti murahan,” kata Azmin ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Selangor.

dari M Star

Photobucket

NIZAR / ANWAE : PAHANG MOHON RM280 JUTA

Pahang mohon RM280 juta ganti kawasan tadahan air

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Nov 16 — Dalam pembentangan Bajet 2010 negeri lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan negeri ada memohon daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan pengisytiharan kawasan tadahan air di negeri ini.

Setakat ini jelas Adnan, kerajaan persekutuan belum bersedia mempertimbangkannya tetapi beliau akan cuba mengusulkannya lagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Beliau amat berharap kesanggupan kerajaan negeri mengorbankan sejumlah kawasan yang luas untuk diisytiharkan sebagai kawasan tadahan air dapat diambil pehatian serius oleh kepimpinan Najib.
Kerajaan Pahang setakat ini telah mewartakan 972,839 hektar kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

Adnan menambah, jika seluruh kawasan ini dihapuskan, bukan sahaja Pahang yang bakal terjejas bekalan airnya, malah ia turut membabitkan Selangor, Negri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negeri-negeri tersebut berpunca dari kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

Kenyataan Adnan ini sebahagiannya adalah untuk menghapuskan persepsi bahawa Pahang adalah negeri dengan aset tanah yang luas.

Adnan mendedahkan seluas 3.6 juta hektar tanah di Pahang telah diisytiharkan sebagai tanah rizab, selain untuk kawasan tadahan air juga untuk rizab Taman Negara, hidupan liar dan laut serta sungai.

Dalam pembentangan Bajet 2010 sempena persidangan ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 itu juga, Adnan mengumumkan strategi bajet kali ini adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Bajet 2010 Pahang adalah belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut, dengan jumlah defisitnya sebanyak RM92.48 juta, ia menurun berbanding RM98.61 untuk tahun ini.

The Malaysian Insider

Photobucket

Sunday, November 15, 2009

NIZAR / ZAMBRY : RAKYAT TETAP SOKONG TOK GURU

Rakyat tetap sokong Tok Guru

SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.

Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.

“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.

“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.

“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian berkata, kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Abdul Aziz di taja, disambut baik oleh Mursyidul Am Pas berkenaan.

“Kalau pemimpin lain, sudah tentu takut dan sogok macam-macam pada SPRM tetapi tidak pada beliau, inilah menyebabkan imej dan kredibiliti Nik Abdul Aziz terus bersih,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku pada Nik Abdul Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.

“Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru, saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok Guru ini, beliau mampu mengendalikan semuanya dengan baik,” :katanya.

Sinar Harian

Photobucket

Saturday, November 14, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : PAHANG BENTANG BAJET DEFISIT 12 TAHUN BERTURUT-TURUT

Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.

Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.

”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.

Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.

Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.

Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.

:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.

“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

dari Laman Sidang Online

diambil dari Sidang Online

Photobucket

NIZAR / NAJIB : PAS SABAH PERSOAL KREADIBILITI SUK

PAS PERSOAL KREDIBILITI SKN

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

KETUA Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu mempersoalkan kredibiliti Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman apabila melantik pegawai Skil hakiki S 44 sebagai Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri, sedangkan kelayakan pegawai tersebut diragui.

“Adalah keterlaluan jika Kerajaan Negeri melantik pegawai rendah sebagai Ketua Jabatan, seolah-olah tidak ada pegawai yang berkelayakan. Bayangkan pegawai ini hanya berskel S44 tetapi memangku jawatan S48 dan menanggung kerja Skel S54,” tegas Lahirul yang merahsiakan nama dan Ketua Jabatan berkenaan.

Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman mungkin terlepas pandang atau terdapat campurtangan politik sehingga pegawai junior dilantik memangku dan menanggung kerja jawatan kanan sedangkan ramai yang berkelayakan di jabatan berkenaan.

Kecenderungan Kerajaan Negeri Sabah melantik pegawai junior ini sebagai Ketua Jabatan memberikan impak yang begitu ketara kepada operasi dan sistem penyampaian jabatan yang amat penting ini sehingga Jabatan yang sering dikaitkan dengan rasuah ini terus dibelenggu masalah yang serupa.

“Kita kesal kerana Ketua jabatan tersebut gemar mengadakan lawatan ke luar daerah, namun tidak ke pejabat jabatan di daerah berkenaan, sebaliknya banyak menghabiskan masa di rumah urut atau melakukan kegiatan maksiat secara terbuka,” ujar Lahirul yang mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuntutan TNT yang dikemukakan Ketua Jabatan berkenaan kerana dipercayai sebagai tuntutan palsu.

Photobucket