BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Friday, October 30, 2009

NIZAR NEWS : BAPA NAFI KOLEJ AMBIL BERAT ANAKNYA SAKIT

Bapa nafi kolej ambil berat anaknya sakit

TEMERLOH: Bapa pelajar sebuah kolej jururawat yang menderita lumpuh dan cacat penglihatan akibat barah otak, Abdul Aziz Ismail, 55, menafikan dakwaan kolej berkenaan yang mengambil berat tentang penderitaan anaknya sebagaimana tersiar dalam sebuah akhbar.

Katanya, sudah tiga kali anaknya, Nurul Nadia Abdul Aziz, 21, terlantar di wad hospital namun tidak ada pegawai atau wakil dari Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung (KKSM), Perak itu datang menjenguk.

“Ketika kali pertama anak saya dimasukkan ke wad di Hospital Batu Gajah, Perak tidak ada bantuan diberikan. Selepas itu ketika terlantar di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 50 hari Julai lalu pihak kolej janji nak hantar pegawai tetapi tidak ada seorang pun menjenguk”.

“Sekarang Nadia sudah 10 hari terlantar di Hospital Temerloh, mereka juga janji nak datang tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung,” luahnya kepada SidangOnline ketika ditemui berhampiran Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh baru-baru ini.

Abdul Aziz menafikan kenyataan daripada seorang pegawai kolej berkenaan seperti tersiar dalam akhbar Kosmo! 21 Oktober lalu yang mengatakan kononnya kolej berkenaan tidak berlepas tangan dengan nasib Nadia.

SidangOnline sebelum ini turut menyiarkan berita tentang kekecewaan Abdul Aziz kolej tempat Nadia belajar tidak menghiraukan nasib anaknya yang sakit.

Segalanya bermula pada cuti semester Mei lalu apabila Nadia pulang ke kampung dan mengadu mata sebelah kanannya kabur dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Selepas habis cuti semester, Nadia pulang ke kolej dan beberapa minggu kemudian kedua-dua matanya pula tidak dapat melihat dan dia terpaksa meminta bantuan rakan-rakan untuk ke mana-mana.

Nadia kemudiannya memberitahu pensyarah mengenai masalah yang dihadapinya, namun pensyarah berkenaan mengatakan Nadia sengaja buat-buat begitu kerana terlalu manja.

Penderitaan Nadia yang semakin teruk dan bapanya membuat keputusan membawanya pulang. Beliau seterusnya dihantar ke hospital Temerloh dan kemudiannya diarahkan untuk merujuk ke Unit Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.

Menurutnya, Nadia yang merupakan anak keenam daripada 8 beradik, terpaksa menjalani pembedahan kepala pada Julai lalu dan selama menjalani rawatan di HKL, pihak pengurusan kolej langsung tidak datang menjenguk walaupun sudah dimaklumkan.

Keadaan tersebut menyebabkan Aziz sangat kecewa dengan sikap acuh tak acuh mereka sedangkan Nadia merupakan pelajar kolej yang dibiayai menerusi PTPTN.

Menurut Aziz, Nadia sebelum ini merupakan anak gadis yang sangat periang dan lincah sepatutnya mendapat diploma jururawat tahun depan tetapi kini tidak lagi dapat melihat, malah ingatan dan pertuturannya juga sudah mula hilang serta hanya mampu terbaring di katil.

“Kami redha dengan ketentuan takdir namun sangat kecewa dan sedih dengan sikap pihak pengurusan kolej terbabit yang lepas tangan. Sudah itu tidak ada bantuan pula… bayangkan dalam masa lima bulan ini saya sudah menghabiskan hampir RM20,000, tapi apa nak buat ini kesakitan anak kami,” luahnya sayu.

Aziz yang merupakan pengusaha bas sekolah turut hairan bagaimana pelajar kolej seperti Nadia yang juga peminjam PTPTN tidak dilindungi insurans sedangkan peminjam tabung usahawan kecil seperti Tekun pun ada perlindungan insurans.

“Saya harap Menteri Pengajian Tinggi jenguk-jenguklah sikit kolej-kolej swasta tu… jangan dibiarkan mereka sekadar tahu mengaut untung daripada pinjaman yang dikeluarkan kerajaan tetapi tak pandai nak jaga kebajikan pelajar”.

dari Laman Sidang Online

Photobucket