BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Friday, February 19, 2010

JOM ! Meh , Pakat Bantu Jamaah Pas Jaya Gading

7:49 PM | Author: mentobulat

Oleh: ustnik

"Allah berfirman , maksudnya: ‘Hendaklah ada satu kelompok dari satu kumpulan manusia yang mendalami ilmu agama, dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila kembali, mudah-mudahan mereka beringat.’Ilmu mengenal Allah, yang mendekatkan diri kepadaNya, tahu hukum-hakam, halal haram, suruhan dan tegahan, patuh Nabi adalah ilmu tafaqquh fiddin paling tinggi. Ilmu bukan bermakna hanya memiliki PhD Syariah, Dakwah atau Hadis. Ilmu mesti dimanfaatkan untuk diri sendiri, kemudian diberikan peringatan kepada orang lain.
Allah berfirman maksudnya: ‘Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang hampir.’ Di antara papantanda paling banyak di jalanraya ialah perkataan AWAS. Konsep perkataan AWAS itulah yang telah dilakukan oleh Nabi SAW dalam misi dakwah Baginda, dan itulah jalan yang mesti dituruti.

Ilmu juga untuk diamal. Ada yang dapat diamal dengan mudah seperti solat. Ada yang tidak dapat diamalkan melainkan mesti ada sebuah negara atau sistem yang menaunginya. Benarlah perkataan Saidina Osman bin Affan, mafhumnya: ‘Sesungguhnya Allah menjaga agama melalui kekuasaan, apa yang tidak dijaga oleh al-Quran‘.

Judi haram, rasuah haram, zina haram. Keadilan mesti ditegakkan. Al-Quran dan hadis menyebutkan demikian. Tetapi Tok Guru, ulama atau pensyarah IPT hanya dapat menyebut dan memberitahu, tidak dapat melaksanakan tuntutannya. Kuasa diperlukan untuk memartabatkan hukum al-Quran dan Hadis itu. Tok Guru, ulama dan Dr bersandar kepada tiang masjid dan kerusi, tetapi Nabi mengajarkan ia mesti bersandar kepada kuasa yang dapat melaksanakannya. Justru, hijrah berlaku.
Malang bagi mereka yang mendalami agama, belajar puluhan dan ratusan kitab ulama muktabar tetapi akhirnya gagal memahami tuntutan menegakkan Islam dalam bentuk dan sistem bernegaranya. Alhamdulillah, di Malaysia, PAS adalah gerakan Islam yang konsisten dengan matlamat dan tujuan ini. Ia perlu dibantu, terutama oleh mereka yang punya ilmu agama. Jika dirasakan ada kekurangan dan kesilapan, ia perlu ditegur melalui adab dan saluran yang betul. Meruntuh lebih mudah dari membina.
Saya mengajak graduan lulusan Akademi Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam- dalam dan luarnegeri, mereka yang berada di pondok pengajian tradisional, pensyarah IPT dan lain-lain untuk bersama memartabatkan Islam dalam bentuk bernegara dengan bersama kami dalam PAS. Berikan sumbangan semampu mungkin.

‘Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu, dan menetapkan pendirian kaki kamu.’ Daripada Abu Hurairah ra katanya, Nabi SAW bersabda: ‘Tidak akan masuk Neraka seorang yang menangis kerana takutkan Allah sehingga susu kembali ke tempatnya dan tidak berhimpun debu hasil dari perjuangan di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.’

P/S : Nih aku ajok seme Bijok pandai, ustak-ustak, ahli umno, atah pagar, dan seme kali penduduk qoriah tak lupo warih-warih aku . Hok PENCEN tuh ni-la masa, takut takdan nyesa k'mudian x guno weh. "Hah! apa..?(takuk) tako gapo? kan bebas dah kan.