BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Wednesday, November 18, 2009

NIZAR NEWS : RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

INILAH RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

Bahagian Pertama (Siri Pertama)

Adapun syari`at ertinya kenyataan ya`ani barang yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala daripada segala hukum amar dan nahi dan lainnya , maka ta`alok ia pada anggota .

Adapun Thariqat , ertinya jalan, ya`ani jalan yang menyempurnakan syari`at seperti taubat dan zuhud dan tawakkal dan sabar dan redha dan sidik dan muhibbah dan zikrulmaut dan lainnya daripada segala perangai yang terpuji, maka ia ta`alok pada hati dan nyata pada anggota.

Adapun Haqiqat, ertinya, `iktiqad yang sebenarnya yang wajib dipercayakan sama ada uluhiat atau nubuwiyat atau sam`iyat iaitu taa`lok pada perbutan hati.
Adapun Ma`arifat, ertinya pengenalan yang sempurna kepada Allah Ta`ala iaitu ta`alok pada sirr hati , maka ertinya mengnal itu – iaitu mengenal wahdaniah Allah Ta`ala pada af`al dan pada asmak dan pada sifat dan pada zat dengan `itiqad yang yakin sekira-kira tetap pada `itiqadnya, tiada yang memperbuat sekelian ka-inat melainkankan Allah Ta`ala . Dan tiada yang maujud didalam ka-inat hanya Allah Ta`ala.

Adapun segala perbuatan mukmin dan asmaknya dan sifatnya dan wujudnya tiada mempunyai wujud haqiqi yang sebenarnya.

Syahdan, bermula kaifiat mengesakan Allah Ta`ala pada af`al , iaitu bahawa enkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan `itiqad yang putus bahawasanya sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam, sama ada perbuatan yang baik ,seperti iman, dan ta`at atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan ma`asiat dan samaada dirinya atau perbuatan lainnya dan sama ada perbuatan mubasyiroh atau perbuatan tuwallid, maka erti perbuatan mubasyiroh itu iaitu yang beserta dengan usaha hamba, seperti gerak kalam pada tangan orang yang menyurat , dan erti perbuata tuwallid itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyiroh , seperti jadi huruf yang disurat oleh yang menyurat.

Maka apabila tetap pada pemandangan mata hatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam ini semuanya perbuatan Allah Ta`ala dengan hakkul yakin baharulah engkau mendapat ma`arifat wahdaniat af`al dan fana sekelian af`al makhlok, maka ketika itu lepaslah engkau daripada syirik khafi dan `ujub dan riyak dan sam`ah dan lainnya , dan jadi engkau daripada ahli tauhid yang sebenar lagi maufakat ma`arifat engkau dengan Quran dan hadis dan ijma`a `ulamak, seperti firman Allah Ta`ala :
Ertinya : Bermula Allah Ta`ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. (Assaaffaat ayat 96)

Dan lagi firman Allah Ta`ala :

Ertinya: Katakan olehMu hai Muhammad ,segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala maka betapakah bagi mereka itu kaum tiada hampir faham mereka itu akan perkataan.
( Annisak: 78).
Sabda Nabi s.a.w.

لا تتحرك ذرة إلا بإ ذ ن الله

Ertinya : Tiada bergerak di dalam `alam ini suatu zarrah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta`ala.

Dan lagi kata Saidi `Umar ibnul Fariddh r.a.:

ولو خطرت لى فى سواك إرادة على خاطر سهوا قضيت برد تى

Ertinya: Jikalau terlintas dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu murtad. Maka nyatalah dengan yang tersebut itu bahawasanya ma`arrifat Ahli Sunnah wal jama`ah , makhlok ini tiada sekali-kali mempunyai perbuatan , barang perbuatan ada ia hanya yang berlaku dalam `alam ini semuanya af`al Allah Ta`ala maka ketika itu tetaplah Allah Ta`ala wahdaniat pada af`al , mustahil padaNya ( كم متصل ) Kam muttasil pada af`al dan ( كم منفصل ) kam munfasil pada af`al melainkan yang ada pada makhlok ini usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya dan keduanya itulah ta`alok hukum syarak. Maka barangsiapa mengusahakan amar Allah Ta`aala maka dibalas dengan syurga dan barangsiapa mengusahakan nahi Allah Ta`ala maka dibalas dengan neraka. Maka jangan sekali-kali engkau melampaui syari`at Muhammadiah, jikalau engkau melampaui akan yang demikian itu jadi kafir zindik engkau, seperti kata Sultan aulia Abdul Kadir Jailani:

كل حقيقة لا تؤيد ها الشريعة فهى زنديق

Ertinya: Tiap-tiap hakikat yangn tiada meneguhi akan dia oleh syari`at maka iaitu zindik.
Dan seperti kata Sayyidi Al Thaa-ifah al Saufiah Imam Junid al Baghdadi:

من تفقه بغير تصوف فقد تفسق ومن تصوف بغير تفقه فقد تزندق ومن جمع بينهما فقد تحقق.

Ertinya: Barang siapa mengetahui `ilmu feqah (syari`at) dengan tiada mengetahui `ilmu tasauf (hakikat) maka sesungguhnya orang itu faasiq, dan barangsiapa mengetahui `ilmu tasauf dengan tiada mengetahui `ilmu feqah maka sesungguhnya orang itu zindiq dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya (fiqah dab tasauf) maka sesungguhnya orang itu tahqiq yang sebenarnya. Dan seperti kata `ulamak tasauf:

الشريعة بلا حقيقة عا طلة والحقيقة بلا شريعة باطلة.

Ertinya: Bermula syari`at dengan tiada haqiqat itu hampa dan haqiqat dengan tiada syari`at itu batal.

Maka hendaklah engkau berpegang dengan adab yang sempurna serta ma`arifat dan haqiqat yang tersebut itu, maka jangan engkau sandarkan segala kejahatan itu kepada Allah Ta`ala atau menghinakan Allah Ta`ala seperti dikata Allah Ta`ala jua yang menjadikan zina atau Dia yang menjadikan anjing dan babi. Maka iaitu haram dan terkadang membawa kepada kufur jikalau ada terkandung di dalamnya meringan-ringankan syari`at. Maka wajib atasmu meng`amalkan adab yang dimafhum daripada firman Allah Ta`ala:

Ertinya: Dan barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan maka iaitu daripada Allah Ta`ala dan barang yang mengenai akan dikau daripada kejahatan maka iaitu daripada usaha dirimu. (Annisak:79)

Maka nyatalah daripada yang demikian itu tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala melainkan pada maqam ta`allim (تعلم) jua. Dan lagi wajib atasmu memeliharakan diri daripada tergelicir pada kaum yang sesat pada mengiktiqadkan perbuatan hamba seperti Kaum Qadariah dan Kaun Jabariah dan lainnya.

Maka Kaum Qadariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba jadi daripada kudrat hamba yang baharu dan memberi bekas padanya. Dan Kaum Jabariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala sendirinya dan hamba tiada sekali-kali masuk usaha ikhtiar padanya, hanya adalah hamba seperti bulu yang di terbangkan oleh angin. Dan wajib atasmu berpegang dengan Mazhab Ahlissunnah wal jama`ah, iaitu mengiktiqadkan sekelian perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala seperti yang telah lalu serta bagi hamba usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya. Dan yang di atasnya Mazhab Ahli Kasyaf iaitu orang yang dianugerahi Allah Ta`ala terbuka dinding ka inat, maka memandang mereka itu akan fa`il haqiqi yang sebenarnya dengan pandangan ma`arifat dan zuq wijdan (وجدا ).
bersambung.......................

Photobucket

Tuesday, November 17, 2009

NIZAR NEWS : INILAH RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Bahagian Pertama

Pengenalan

الحمد لله رب العا لمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا

محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Alhamdu lillaahi Rabbil `Aalamin, wassolaatu wassalaamu `alaa asyrafil mursaliin Saiyidina Muhammad wa `alaa aalihii wasohbihi ajma`iin.

Adapun kemudian daripada itu maka berkata hamba yang daif lagi amat hina iaitu Abdul Rahman Sidik Banjari:

Manakala hamba bersangatan puas dan jemu melihat dan mendengar didalam berpuluh-puluh tahun keadaan ghalib manusia di Tanah Jawi kita ini masing-masing menuntut ilmu penghabisan dan ilmu kesempurnaan diri dan ilmu perpegangan ketika sakaratal maut yang sehabis tinggi, manakala ditakrirkan oleh `ULAMA` YANG HAK ahli sunnah wal jama`ah akan jalan makrifat ahli tasauf yang sebenarnya yang berasal daripada Al Quran dan Hadis dan ijma` `ulama` maka tiba-tiba jadi ringan kepada mereka itu.

Sesetengah mereka itu berkata belum lagi sampai kepada ilmu yang sebenarnya dan masih kulit, belum isinya dan setengah mereka itu mendakwa `ulamak menyembunyikan ilmu yang sebenar, dan yang diajarkan `ulamak itu emas muda bukannya emas perada, hingga berbagai-bagai perkataan mereka itu dan mereka itu pun sentiasa beredar dikeliling segala negeri kita ini mencari-cari i`ilmu yang sebenarnya, hingga bertemu mereka dengan”DLALLA MUDLILLI” ( ضل مضل ) ertinya : orang-orang yang sesat lagi menyesatkan orang. Pada hal ia mengaku mempunyai ilmu yang sebenar, yang tidak ada pada `ulamak lain dan ia merupakan dirinya `ulamak yang hak.

Maka menuntutlah mereka itu kepadanya `ilmu rahsia yang halus-halus dengan segala syarat bagi mendapatkan ilmu itu. Sesetengahnya dengan syarat kain putih dan tikar putih dan dengan katan dan ayam dan wang yang tertentu dan barang sebagainya.. Maka diajarkannya oleh guru-guru palsu itu. Sesetengahnya Allah Ta`ala ada didalam diri kita dan sesetengahnya dengan satu dua kalimah seperti “THAQQULLAAH”(طقواالله) yang apabila mendengar bengkarung atau cicak nescaya masuk syurga. Dan sesetengahnya pula apabila hampir sakaratilmaut datang kepadanya malaikat yang empat dan Nabi Muhammad dan Allah Ta`ala dan ada nur yang terdiri kelangit yang diperpegangi , dan sesetengahnya pula apabila memakai ilmunya sampai ke mertabat “TAWASSU`” (توسع) ertinya: keluasan dan kelapangan, sembahyang jadi, tak sembahyang jadi, dan tak wajib menuntut ilmu agama yang lainnya daripada “Amar” (suruh) dan :Naahi: (tegah) dan ikalau mahu sembahyang pun tiada wajib qasad, t`aradl t`aayin, hanya musyahadah wujud Allah T`a`ala atau fana di dalam Nur Muhammad hingga beberapa bagai yang amat banyak yang didapati daripada pengajaran guru-guru yang palsu yang DLALLA MUDLILLI dan ia Khalifah Dajjal bagi menyesatkan orang yang Islam sekeliannya.
اللهم احفظ وارحم أمة محمد صلى الله عليه وسام من تلك البدع المنكرة المكرة Hai! Tuhanku, peliharakan dan kasihankan olehMu umat Nabi Muhammad s.a.w. daripada beberapa bid`ah yang mungkar lagi yang mengkafirkan itu.

Syahdan maka dengan beberapa sebab yang tersebut itu terlintas pada hati memperbuat RISALAH INI pada menyatakan ma`arifat Ahlullah yang sebenarnya yang mempunyai asal daripada Quran dan hadis dan ijma` ulamak. Maka setengahnya daripada tertibnya , bermula ma`arifat `ulamak mengikut ma`arifat Imam-imam yang empat dan mereka itu mengikut m`arifat aulia dan mereka itu mengikut sahabat Nabi s.a.w. dan mereka itu mengikut ma`arifat Nabi Muhammad s.a.w.maka ma`arifat Nabi kita bersamaan dengan ma`arifat anbia dan mursalin yang dahulu-dahulu dan bersamaan dengan ma`arifat ahli langit hingga ke atas. Tetapi hamba dahulukan pada risalah ini pada menyatakan Syari`at dan Thariqat dan Haqiqat yang simpan, kemudian daripada itu baharulah hamba menyatakan amal ma`arifat dengan ikhtisar jua yang hamba dapat mafhum daripada kitab tasauf. Wassalam.

Bahagian Pertaman

Siri Pertama akan menyusul esok.............
Photobucket

ERA NAJIB ALTANTUYA : BERSIH DIBAWAH NAJIB UMPAMA MIMPI

Keinginan melihat 'bersih' dibawah Najib umpama mimpi

Membaca blog YB Wee Choo Keong yang dalam perbahasan belanjawan di Parlimen secara jelas membangkitkan nama setiausaha politik, Perdana Menteri Malaysia.

Nama ini dikaitkan dalam ucapan Wee sebagai MR Political Toll yang dikatakan mengutip keuntungan dengan menggunakan kedudukan sebagai setiausaha politik Menteri Kewangan.

Beliau dikaitakan dengan agihan projek dan tender DBKL juga. Ucapan Wee ini perlu diberikan perhatian khusus.

Dalam rang undang - undang kewujudan SPRM tidak memerlukan laporan rasmi, jika SPRM masih bernyawa sudah tentu pembongkaran seserius ini perlu diambil perhatian. Namun cheGuBard yakin SPRM telah lama mati menjadi bangkai.Nama setiausaha Najib ini bukan kali pertama terkait dengan rasuah. sila klik sini

Berikut ialah contoh aduan mengenai rasuah politik yang melibatkan setiausaha Najib ini. Siasatan dijalankan dan berdasarkan beberapa maklumat dalaman sah memang boleh disabitkan, namun mungkin oleh kerana dia setiausaha Najib maka ia 'kebal'.....Nampaknya untuk melihat 'bersih' dibawah Najib ia umpama mimpi yang tidak akan kunjung tiba....

Che Gu Bard

Photobucket

NIZAR : TARIK MINAT PENGUNDI MUDA - AMK

AMK Selangor Kemuka Cadangan Tarik Minat Pengundi Muda

Angkatan Muda Keadilan( AMK) Selangor mengemukakan cadangan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi memperkasakan lagi kedudukan parti itu di Selangor.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut dalam Konvensyen PKR Selangor semalam berkata penekanan perlu diberikan kepada generasi muda sebagai golongan yang memainkan peranan penting dalam PRU12 lalu.

Ini berikutan statistik menunjukkan kuasa politik generasi muda ini menunjukkan peningkatan dengan jumlah yang sangat signifikan.

Menurutnya, mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat,cekap, telus dan bebas rasuah serta penyelewengan dapat membantu menarik minat generasi muda ini untuk terus menyokong dan mengundi parti ini dalam pilihanraya akan datang (PRU13).

"Kerajaan perlu mengurangkan karenah biokrasi yang tidak perlu dalam pentadbiran dan keduanya pihak berkuasa tempatan perlu efektif dan pantas menyelesaikan sebarang isu dan permasalahan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Menggilap Harapan Rakyat dari Perspektif Anak Muda sempena Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Selangor di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, menurutnya memperkasa kualiti hidup rakyat juga perlu dengan memberi tumpuan lebih kepada isu pekerja.

Dalam pembentangan itu juga, Mohd Ezli turut menekankan beberapa faktor yang menjadi asas perubahan generasi muda menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lalu.

Faktor tersebut menurutnya ialah berkaitan isu rasuah, ketelusan, karenah birokrasi dan institusi-institusi penting kerajaan yang menjadi perkakas politik dan berat sebelah.

"Faktor keperibadian dan imej pemimpin serta politik UMNO/Barisan Nasional yang bersifat angkuh kepada rakyat, terlibat dengan pelbagai skandal salahlaku dan penyelewangan wang rakyat,tidak mendengar suara rintihan rakyat dan menganggap bahawa kerajaan UMNO /Barisan Nasional sentiasa betul dan pandangan rakyat sentiasa ditolak dan tidak didengar dengan penuh empati",katanya.

Katanya imej ini telah membentuk perspektif negatif rakyat terhadap Barisan Nasional.
Pembentangan itu turut menekankan halatuju dan gerak kerja parti ini untuk PRU-13 dan misi menawan Putrajaya.

"Strategi politik untuk PRU-13 perlu dipelbagaikan dengan menggunakan segala kekuatan maksimum yang ada dan tidak menggunakan gaya dan strategi politik PRU-12 yang mungkin mudah dipatahkan oleh pihak lawan",katanya.

TV Selangor

Photobucket

Monday, November 16, 2009

NIZAR | ZAMBRY : 19 TAHUN PAS LULUS KPI DGN CEMERLANG - LIM KIT SIANG

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang

Oleh Md Zuharman

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Harakah Daily

Photobucket