BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Wednesday, November 18, 2009

NIZAR NEWS : RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

INILAH RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

Bahagian Pertama (Siri Pertama)

Adapun syari`at ertinya kenyataan ya`ani barang yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala daripada segala hukum amar dan nahi dan lainnya , maka ta`alok ia pada anggota .

Adapun Thariqat , ertinya jalan, ya`ani jalan yang menyempurnakan syari`at seperti taubat dan zuhud dan tawakkal dan sabar dan redha dan sidik dan muhibbah dan zikrulmaut dan lainnya daripada segala perangai yang terpuji, maka ia ta`alok pada hati dan nyata pada anggota.

Adapun Haqiqat, ertinya, `iktiqad yang sebenarnya yang wajib dipercayakan sama ada uluhiat atau nubuwiyat atau sam`iyat iaitu taa`lok pada perbutan hati.
Adapun Ma`arifat, ertinya pengenalan yang sempurna kepada Allah Ta`ala iaitu ta`alok pada sirr hati , maka ertinya mengnal itu – iaitu mengenal wahdaniah Allah Ta`ala pada af`al dan pada asmak dan pada sifat dan pada zat dengan `itiqad yang yakin sekira-kira tetap pada `itiqadnya, tiada yang memperbuat sekelian ka-inat melainkankan Allah Ta`ala . Dan tiada yang maujud didalam ka-inat hanya Allah Ta`ala.

Adapun segala perbuatan mukmin dan asmaknya dan sifatnya dan wujudnya tiada mempunyai wujud haqiqi yang sebenarnya.

Syahdan, bermula kaifiat mengesakan Allah Ta`ala pada af`al , iaitu bahawa enkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan `itiqad yang putus bahawasanya sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam, sama ada perbuatan yang baik ,seperti iman, dan ta`at atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan ma`asiat dan samaada dirinya atau perbuatan lainnya dan sama ada perbuatan mubasyiroh atau perbuatan tuwallid, maka erti perbuatan mubasyiroh itu iaitu yang beserta dengan usaha hamba, seperti gerak kalam pada tangan orang yang menyurat , dan erti perbuata tuwallid itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyiroh , seperti jadi huruf yang disurat oleh yang menyurat.

Maka apabila tetap pada pemandangan mata hatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam ini semuanya perbuatan Allah Ta`ala dengan hakkul yakin baharulah engkau mendapat ma`arifat wahdaniat af`al dan fana sekelian af`al makhlok, maka ketika itu lepaslah engkau daripada syirik khafi dan `ujub dan riyak dan sam`ah dan lainnya , dan jadi engkau daripada ahli tauhid yang sebenar lagi maufakat ma`arifat engkau dengan Quran dan hadis dan ijma`a `ulamak, seperti firman Allah Ta`ala :
Ertinya : Bermula Allah Ta`ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. (Assaaffaat ayat 96)

Dan lagi firman Allah Ta`ala :

Ertinya: Katakan olehMu hai Muhammad ,segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala maka betapakah bagi mereka itu kaum tiada hampir faham mereka itu akan perkataan.
( Annisak: 78).
Sabda Nabi s.a.w.

لا تتحرك ذرة إلا بإ ذ ن الله

Ertinya : Tiada bergerak di dalam `alam ini suatu zarrah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta`ala.

Dan lagi kata Saidi `Umar ibnul Fariddh r.a.:

ولو خطرت لى فى سواك إرادة على خاطر سهوا قضيت برد تى

Ertinya: Jikalau terlintas dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu murtad. Maka nyatalah dengan yang tersebut itu bahawasanya ma`arrifat Ahli Sunnah wal jama`ah , makhlok ini tiada sekali-kali mempunyai perbuatan , barang perbuatan ada ia hanya yang berlaku dalam `alam ini semuanya af`al Allah Ta`ala maka ketika itu tetaplah Allah Ta`ala wahdaniat pada af`al , mustahil padaNya ( كم متصل ) Kam muttasil pada af`al dan ( كم منفصل ) kam munfasil pada af`al melainkan yang ada pada makhlok ini usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya dan keduanya itulah ta`alok hukum syarak. Maka barangsiapa mengusahakan amar Allah Ta`aala maka dibalas dengan syurga dan barangsiapa mengusahakan nahi Allah Ta`ala maka dibalas dengan neraka. Maka jangan sekali-kali engkau melampaui syari`at Muhammadiah, jikalau engkau melampaui akan yang demikian itu jadi kafir zindik engkau, seperti kata Sultan aulia Abdul Kadir Jailani:

كل حقيقة لا تؤيد ها الشريعة فهى زنديق

Ertinya: Tiap-tiap hakikat yangn tiada meneguhi akan dia oleh syari`at maka iaitu zindik.
Dan seperti kata Sayyidi Al Thaa-ifah al Saufiah Imam Junid al Baghdadi:

من تفقه بغير تصوف فقد تفسق ومن تصوف بغير تفقه فقد تزندق ومن جمع بينهما فقد تحقق.

Ertinya: Barang siapa mengetahui `ilmu feqah (syari`at) dengan tiada mengetahui `ilmu tasauf (hakikat) maka sesungguhnya orang itu faasiq, dan barangsiapa mengetahui `ilmu tasauf dengan tiada mengetahui `ilmu feqah maka sesungguhnya orang itu zindiq dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya (fiqah dab tasauf) maka sesungguhnya orang itu tahqiq yang sebenarnya. Dan seperti kata `ulamak tasauf:

الشريعة بلا حقيقة عا طلة والحقيقة بلا شريعة باطلة.

Ertinya: Bermula syari`at dengan tiada haqiqat itu hampa dan haqiqat dengan tiada syari`at itu batal.

Maka hendaklah engkau berpegang dengan adab yang sempurna serta ma`arifat dan haqiqat yang tersebut itu, maka jangan engkau sandarkan segala kejahatan itu kepada Allah Ta`ala atau menghinakan Allah Ta`ala seperti dikata Allah Ta`ala jua yang menjadikan zina atau Dia yang menjadikan anjing dan babi. Maka iaitu haram dan terkadang membawa kepada kufur jikalau ada terkandung di dalamnya meringan-ringankan syari`at. Maka wajib atasmu meng`amalkan adab yang dimafhum daripada firman Allah Ta`ala:

Ertinya: Dan barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan maka iaitu daripada Allah Ta`ala dan barang yang mengenai akan dikau daripada kejahatan maka iaitu daripada usaha dirimu. (Annisak:79)

Maka nyatalah daripada yang demikian itu tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala melainkan pada maqam ta`allim (تعلم) jua. Dan lagi wajib atasmu memeliharakan diri daripada tergelicir pada kaum yang sesat pada mengiktiqadkan perbuatan hamba seperti Kaum Qadariah dan Kaun Jabariah dan lainnya.

Maka Kaum Qadariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba jadi daripada kudrat hamba yang baharu dan memberi bekas padanya. Dan Kaum Jabariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala sendirinya dan hamba tiada sekali-kali masuk usaha ikhtiar padanya, hanya adalah hamba seperti bulu yang di terbangkan oleh angin. Dan wajib atasmu berpegang dengan Mazhab Ahlissunnah wal jama`ah, iaitu mengiktiqadkan sekelian perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala seperti yang telah lalu serta bagi hamba usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya. Dan yang di atasnya Mazhab Ahli Kasyaf iaitu orang yang dianugerahi Allah Ta`ala terbuka dinding ka inat, maka memandang mereka itu akan fa`il haqiqi yang sebenarnya dengan pandangan ma`arifat dan zuq wijdan (وجدا ).
bersambung.......................

Photobucket