BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Friday, November 13, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KELANTAN NAK ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Kelantan mahu royalti, bukan wang ihsan

KUALA LUMPUR – Isu minyak di Kelantan terus menjadi hangat apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), terutama Pas, terus mendesak Kerajaan Pusat menyerahkan royalti, bukannya wang ihsan kepada negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Pusat mesti patuh kepada undang-undang negara dan mendakwa Akta Petroleum Negara 1974 jelas menyebut negeri-negeri akan menerima lima peratus royalti hasil daripada segala aktiviti petroleum di negeri-negeri tersebut.

Menurutnya, keengganan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mematuhi undang-undang dalam perkara itu jelas membuktikan tujuannya menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kita akan membangkitkan isu minyak ini pada sesi pembentangan bajet nanti. Sikap sesetengah pemimpin BN yang mahu membawa perkara ini ke mahkamah membuktikan mereka besar kepala," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ditanya apakah tindakan Pas jika Kerajaan Pusat terus enggan membayar royalti kepada Kelantan, Salahuddin berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu. Kita akan ikut prosedur dan akan terus cuba berunding dengan Kerajaan Pusat. Tindakan mahkamah adalah jalan terakhir,” katanya.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa Kerajaan Pusat bersikap berat sebelah dalam isu royalti minyak di negeri Terengganu pada tahun 1999.

“Bagaimanapun, apabila Terengganu ditawan semula oleh BN pada Pilihan Raya Umum 2004, wang ihsan ditukar semula kepada wang royalti. Ini bukti betapa tidak adilnya Kerajaan Pusat,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, keengganan Kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan jelas melanggar peraturan negara.

“Kerajaan yang sombong dan tidak adil serta melanggar undang-undang adalah amat tidak baik kepada pelabur asing. Mereka akan berfikir (dua kali) sebelum melabur dalam negara ini,” katanya.

Dewan Pemuda Pas Kelantan juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengenai isu pembayaran royalti.

Ia membuat tiga tuntutan daripada Perdana Menteri, iaitu menarik balik pengumuman Kerajaan Pusat membayar wang ihsan kepada Kelantan, membuat pengumuman akan membayar wang royalti dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas penafian hak terhadap wang royalti selama ini.

Isu minyak Kelantan timbul apabila negeri yang diperintah Pas sejak 1990 itu menuntut wang royalti daripada aktiviti petroleum di Blok Cakerawala yang bermula sejak 2005.

Pada akhir 2007, dianggarkan 8.5 trilion kaki padu petroleum dan gas daripada 22 kawasan telah dijumpai di kawasan perairan Kelantan yang terletak dalam Teluk Thailand.

Dalam laporan Jabatan Statistik 2009, negeri Kelantan disenaraikan antara empat negeri yang mempunyai aktiviti petroleum. Negeri-negeri lain adalah Terengganu, Sabah dan Sarawak.


Photobucket