BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Tuesday, November 24, 2009

KERAJAAN PAHANG GAGAL - BAJET TERUS DEFISIT

PAS dakwa tiada fokus punca bajet Pahang terus defisit

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, Nov 24 — Kerajaan Pahang baru-baru ini membentangkan Bajet 2010 yang memperlihatkan kedudukan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Sungguhpun bagi sesetengah penganalisis ekonomi, defisit sebanyak RM92,481,950 ini bukanlah masalah besar kerana ia cuma menggambarkan sumber pendapatan negeri yang tidak bertambah berbanding peningkatan perbelanjaan, namun bagi PAS Pahang ia membuktikan Barisan Nasional (BN) bukan pemerintah yang cekap.

“Kerajaan yang cekap seharusnya memastikan pendapatan negeri sentiasa selari dengan perbelanjaan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr. Hamzah Jaafar sambil menyifatkan perkembangan ini ekoran penjanaan ekonomi yang lemah dan tidak berdaya saing.

Selain defisit, bajet negeri kali ini juga telah menunjukkan pengurangan peruntukan dari RM925,270,000 buat tahun 2009 kepada RM814,365,760 bagi tahun hadapan.

Ini menurut Hamzah, sangat berbeza dengan ekonomi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, yang terus mempamerkan peningkatan memberangsangkan.

Hamzah yang ditemui selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini juga risau akan ketidakselesaan rakyat menerima bajet tahunan negeri yang terus defisit dan ditambah pula dengan peruntukan yang semakin berkurang.

Justeru beliau menegaskan rakyat yang bakal menerima kesan terbesar akibat pengurangan ini.
Bagi PAS Pahang, Hamzah menyeru rakyat negeri ini supaya celik akan kegagalan berpanjangan kerajaan Pahang di bawah teraju BN mengurus tadbir negeri dan ekonomi negeri yang sudah sampai ke kemuncaknya, maka kepimpinan semasa perlu ditukar pada pilihan raya umum akan datang.

Hamzah, bekas pensyarah Universiti Malaya, merasakan adalah sesuatu yang ganjil untuk sebuah negeri seperti Pahang berada dalam kedudukan kewangan setenat ini sedangkan Pahang mempunyai segala sumber kekayaan semula jadi.

Lebih menghairankan, mengapa kerajaan negeri juga kelihatan seakan sudah terperangkap dengan hutang dari syarikat-syarikat korporat dengan nilainya mencecah ratusan juta ringgit.
Walaupun Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini memberi alasan antara sebab kekurangan hasil negeri adalah akibat pewartaan 3.6 juta hektar tanah di negeri ini sebagai kawasan rizab untuk pelbagai perkara, Hamzah berpendapat ia cuma alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Hasil pemerhatiannya, Hamzah merumuskan permasalahan sebenar Kerajaan Negeri Pahang adalah tiadanya fokus asas arah perancangan ekonomi negeri.

Pahang yang luas dengan kekayaan sumbernya patut meletakkan keutamaan sumber bagi menjana hasil seperti pertanian, industri, pelancongan atau petrokimia.

Disebabkan faktor itu, pembangunan projek-projek seperti pembalakan dan komoditi sawit tidak hadir bersama pembangunan sektor hiliran.

“Pastinya ini sesuatu yang merugikan,” jelas beliau.

Selain fokus, pentadbiran kerajaan negeri turut berhadapan dengan masalah kelemahan penguatkuasaan yang serius. Statistik menunjukkan hasil cukai negeri yang dikutip biasanya hanya di bawah 70 peratus.

Hamzah menambah kerajaan negeri dilihat suka membazir dalam berbelanja, khususnya dalam penubuhan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak berakhir dengan kerugian.
Syarikat-syarikat ini sepatutnya ditutup untuk tidak terus menyulitkan keadaan kewangan negeri. Sikap membazir ini juga dibuktikan dengan penyelewengan seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Sudah pasti satu mekanisme baru perlu dicari untuk meminimumkan perbelanjaan negeri dan serentak dengan itu pendapatan negeri pula perlu diusaha untuk ditingkatkan supaya defisit boleh dihentikan dan peruntukan-peruntukan untuk kelestarian rakyat ditambah.

Untuk ini pemantauan perlu dilakukan seberkesan mungkin, katanya.
Oleh itu soal Hamzah: “Sejauh mana matlamat ini dapat dicapai?”

Malaysian Insider

Photobucket