BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Friday, November 6, 2009

NIZAR | ZAMBRY : DR AZIZ BARI BIADAB - KETUA DPP PUSAT

Aziz Bari biadab, mahu guling Presiden PAS — Nasrudin Hassan Tantawi

NOV 6 — Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.

Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.
Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.

Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.

Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.

Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah ejen Umno sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro Umno.

Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum?

Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan.

Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan-kenyataan beliau. Saya berlapang dada. Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan.

Alhamdulillah, perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan-tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik. Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan. PAS, pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah.

Tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah. Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang beliau mahu?

Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti, mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak. Akhirnya beliau (Dr. Aziz Bari) dan puak-puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya.

Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini. Tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS. Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak-puaknya.

Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS. Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label. Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya.

Saya menyesal kerana hampir-hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau. Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka. Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadir berseminar nanti. Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS, beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum?

Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri, beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS. Realiti itu tiada masalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut. Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan, beliau mestilah tampil dengan hujah dan bukti yang kukuh.

Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah.
Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok, Dr Aziz Bari dapat hadir dan kemukakan hujjah serta bukti-bukti kukuh beliau. PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau.

Kelak, jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak-puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu, pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh ejen-ejen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah.

Sebaliknya, jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan, PAS janganlah teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prinsip perjuangan dan polisi parti. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak.

Kerana apabila PAS teguh dan bersatu, maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda-agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini. Marilah kita cantumkan semula pecahan-pecahan hati dan rasa dikalangan kita, agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah.

Biarlah orang lain bercakap, mengkritik, menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh ejen musuh.

diambil dari Malaysian Insider

Photobucket