BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Monday, September 28, 2009

KOMPLOT MANUSIA CELAKA AKAN MUNCUL DIBAGAN PINANG : ERA NAJIB ALTANTUYA

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini

Photobucket

MENTERI HANYA MUNCUL APABILA ADA PRK : ERA NAJIB ALTANTUYA

Bila sahaja ada pilihanraya kecil,maka rakyat jelata berpeluang untuk bertemu pak menteri atau mak menteri atau bini-bini menteri.

Maka beraneka macamlah program yang disusun oleh mereka-mereka yang berkepentingan, kononnya untuk memberi peluang kepada rakyat supaya dapat bertemu muka dan beramah mesra dengan pimpinan.

Maka peruntukan-peruntukan dan jabatan-jabatan akan dikerah untuk mengadakan program dikawasan-kawasan yang terlibat dengan pilihanraya,bagi mengambarkan bahawa kerajaan amat prihatin dengan kesusahan rakyat.

Sebut sahaja menteri mana semuanya akan hadir untuk bertemu rakyat dan rakyat pula akan diberikan bermacam sumbangan,bantuan atau apa sahaja yang kononnya akan mengembirakan rakyat.

Menteri turun ke kawasan-kawasan yang bakal diadakan pilihanraya atas nama jabatan, dengan mengunakan peruntukan jabatan dan harta kerajaan.Helikopter akan berlegar-legar turun naik untuk menghantar orang-orang kenamaan ini.

Apakah hanya sewaktu pilihanraya sahaja rakyat akan ditemui?, apakah semasa pilihanraya sahaja barulah rakyat akan berpeluang bertemu muka dengan orang-orang kenamaan ini?

Tahun ini kita telah menyaksikan cukup banyak pilihanraya kecil bermula dari Permatang Pauh, membawak ke Kuala Terengganu,kemudian ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai,terus ke Penanti dan kemudian ke Manek Urai kembali ke permatang Pasir dan terkini Bagan Pinang.

Boleh dikatakan kesemua pilihanraya kecil itu telah memberikan peluang kepada rakyat untuk bertemu muka dengan orang-orang kenamaan bermusim ini.Bermacam-macam janji projek yang telah ditaburkan untuk mengelabui mata pengundi.

Ada yang ditawarkan untuk dijadikan anak angkat,ada juga yang dijanjikan sebagai anak emas,tetapi apa yang pasti bila sahaja selesai pilihanraya,rakyat akan ditinggalkan tanpa dipedulikan lagi dan lebih parah sekiranya mereka ini kalah didalam pilihanraya tersebut,kawasan itu akan terus menjadi anak tiri yang tidak akan lagi dipedulikan.

Mana-mana yang ada rumah sewa dan telah menyewakannya kepada petugas-petugas kebulur,akan menjerit memekik kerana sewa rumah tidak dibayar sebagaimana yang dijanjikan.

Boleh dikatakan setiap kali lepas pilihanraya,maka akan adalah tuan-tuan rumah yang membuat tuntutan supaya hutang sewarumah yang dijanjikan dipenuhi oleh broker-broker yang mengmbil kesempatan untuk menyediakan prasarana kepada petugas-petugas mereka.

Inilah yang sering berlaku kerana ianya telah dididik dan diasuh untuk bersikap seperti itu.

Semua peruntukan tidak sahaja mengunakan peruntukan daripada parti,tetapi juga disapu dari peruntukan kerajaan yang mana parti tidak langsung berhak untuk mengunakannya. Segala kemudahan jabatan akan digunakan oleh mereka-mereka ini tanpa rasa bersalah kerana mereka menganggap bahawa kerajaan adalah milik mereka.

Masa akan menentukan bahawa kerajaan yang zalim dan mengabaikan rakyatnya akan dijatuhkan oleh kebangkitan rakyat.

Kita tunggu dan lihat,kerana masanya pasti akan tiba....................



Photobucket

Sunday, September 27, 2009

SIKAP IBRAHIM ALI DIKESALI : NIZAR | ZAMBRY

Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi.

"Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri.

"Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Ekoran desakan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini, Ibrahim mahu Menteri Besar Kelantan itu meletak jawatan dengan dakwaan gagal membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat di Pasir Mas telah meluahkan rasa kecewa kerana anggota parlimen yang mereka pilih telah menggadai prinsip perjuangan.

Ibrahim merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas telah dilucut keahlian seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum 2004. Manakala pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 sekali lagi beliau bertanding di tiket Bebas namun hilang deposit.

Berita dari Harakah Daily

Photobucket

KONSEP PEMISAHAN KUASA PERLU DIHAYATI : NIZAR | ZAMBRY

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu menggesa semua pihak supaya memahami dan menghayati konsep pemisahan kuasa (saparation of power) yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah Negara yang ‘tempang’ demokrasi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang di hantar melalui system pesanan ringkas kepada Buletinonline semalam.

Katanya, kenyataan tersebut merupakan maklumbalas rakyat jelata terhadap kenyataan ke bawah duli Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagaimana dilaporkan Bernama.

"Raja-raja pada setiap masa sepatutnya menunjukkan sikap non-partisan, agar institusi beraja terus dihrmati rakyat sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak agar faham kedudukan raja-raja sebagaimana yang pernah di titahkan oleh Sultan Perak baru-baru ini.

Berita dari Buletin Online

Photobucket

NIZAR | ZAMBRY : ULANG TAYANG UMNO PASTI BERKUBUR



Untuk yang kurang jelas dengan loghat Kelantan :

Tun Mahadhir kata UMNO akan berkubur

Saya sejak dari tahun 67 lagi nak kubur UMNO,tak mati-mati,jadi kalu tun mahadhir nak tolong kuburkan UMNO,tima kasih banyak la..

Dia UMNO ni,dia mesti mati,dia mesti mati,kalu hidup sekarang ni,hidup buat-buat,kerana UMNO tolak Islam guna kebangsaan,sekular kita panggil.Kalu UMNO berlawan sama-sama sekular tahan la,sama-sama sekular.Tapi kalu UMNO,parti mana berlawan dengan Islam,Islam jah yang ada hujah,kerana Islam tambat dunia ini dengan akhirat.Bukan PAS,Islam.Islam ni mari pada ALlah,bukan mari pada orang arab,bukan mari pada Nabi Muhammad,ALlah,tambat dunia ni dengan akhirat,selamat diakhirat terletak diatas usaha kita atas muka didunia.

Bangsa melayu,perjuangan bangsa melayu tidak boleh bawa keakhirat,kalu bangsa melayu boleh dibawa keakhirat,Nabi Muhamad ler pejuang arab,tapi Nabi Muhammad tidak pejuang arab,Nabi Muhammad pejuang Islam.

Jadi macammana kita sebagai umat Nabi Muhammad, tak pasal-pasal duk berjuang melayu.,tinggal Nabi Muhammad,akhirat seksok nak cari saper?nak cari orang melayu ke nak cari Nabi Muhammad?Akhirat kelak bangun pada kubur orang cari Nabi Muhammad,orang tak cari inggeris dah,orang tak cari orang melayu doh,orang cari Muhammad.Nak kena Muhammad macam mana duk atas muka dunia?

Memang begitu la,hok dia nak kata tuh kata la,Nabi Muhammad pun kena kata.isterinya yang begitu ‘bahirah naqiah’,Siti Aisyah pun dituduh berzina,tuh kaedah manusia,orang tak dok modal,dia nak jawab tak leh,dia kenen peribadi je la,macam budak-budak nak bergocoh,dia kalah dia lari tapi dia jelir,jelir tuh tak dak apa pun tapi nak lepas ko round.

UMNO jugak,boleh jadi MCA pun kata begitu jugak,kalu MCA merintah negeri ni dia buat masjid jugak.serupa jah tak dok apa,dia nak kata tuh kata la tapi hujah tak dok.


Photobucket

NIZAR | ZAMBRY : PEMUDA PAKATAN DIGESA TURUN KE BAGAN PINANGTURUN

Pakatan Rakyat mula memalu gendang perang diDUN Bagan Pinang lebih awal dari UMNO.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin.





Photobucket

Friday, September 25, 2009

NIZAR | ZAMBRY : PIHAK KE3 SEBAR SEMULA VIDEO SOI LEK

KUANTAN, 25 Sept — Ahli MCA diminta tidak terganggu dengan kemunculan semula video seks Chua Soi Lek dalam edaran awam yang dipercayai didalangi pihak ketiga yang sengaja mahu melihat MCA berhadapan dengan risiko berantakan dan mahu menimbulkan kemarahan penyokong Chua Soi Lek terhadap Ong Tee Kiat, begitulah pesan Dato’ Ti Lian Ker, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang selama tiga penggal ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyebaran semula DVD ini sambil menghargai tindakan terdahulu Soi Lek yang telah melepaskan semua jawatannya secara bermaruah. Bagi beliau, tidak perlulah lagi untuk memalukannya secara berterusan kerana jelas beliau sudah menerima hukumannya. Isu DVD tersebut adalah perkara malang masa lalu MCA dan akui Ti, MCA sekarang berhadapan dengan konflik kepimpinan kerananya.

Ini terbukti dengan keputusan Majlis Presiden MCA memecat Soi Lek berdasarkan rekomendasi Lembaga Disiplin telah dibatalkan dan diganti dengan hukuman gantung keahlian selama empat tahun oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. Jelas Ti, inilah hasil dari parti yang telah retak kesatuannya dek kerana pandangan dan pendekatan yang berbeza.

Maka, bagi Ti, EGM yang dipanggil oleh parti merupakan satu keperluan wajib buat MCA sekarang, bukan bertujuan untuk memenangkan mana-mana pihak atau untuk menyingsing lengan baju beradu siapa kuat, tetapi membawa satu hasrat mulia menyatukan semula parti sejajar dengan kehendak demokrasi. EGM bakal menjadi wadah terbaik buat para perwakilan untuk menggunakan kuasa mereka dalam menentukan kompas kepimpinan parti pada masa hadapan dan menstabilkan semula parti.

Ti tegas dalam dakwaannya bahawa kemunculan semula DVD seks Soi Lek merupakan satu lagi siri tindakan tangan-tangan ghaib yang berusaha mahu membakar emosi, kemarahan dan kebencian di kalangan ahli bagi memalukan Soi Lek, tetapi dalam masa yang sama meletakkan kesalahan di bahu kepimpinan MCA sekarang. Ti malah menyedari yang wujudnya kesungguhan dari pihak ketiga ini, yang juga dari dalam parti, yang berniat mahu mengeksploitasi keadaan ini lalu mengakibatkan kemusnahan personaliti dan kredibiliti yang maksimum terhadap Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek.

Senario sebegini jika diterima oleh ahli MCA yang sedang marah boleh sahaja mengakibatkan kemusnahan kekal kepada parti. Pada masa itu, ujar Ti, bawalah siapa sahaja, yang sehebat mana sekalipun untuk memimpin parti, ia hanya akan menjadi kerja sia-sia.Ti percaya bahawa pihak ketiga ini mahu mengawal kepimpinan MCA untuk motif dan agenda peribadi mereka, mereka berniat mahu menguasai kepimpinan MCA seperti mereka lakukan pada masa lalu. Ketidaksepakatan dalam MCA kebelakangan ini memberi peluang kepada pihak ini untuk bertindak “sambil menyelam minum air.”

Ti mengingatkan perwakilan yang akan hadir untuk EGM nanti supaya berhati-hati dengan tangan-tangan ghaib ini. Parti harus berani untuk terus bergerak ke hadapan dalam kerangka perjuangan lebih besar dari terperangkap dengan kenangan sejarah lalu. Untuk ini, nyata Ti, parti sangat-sangat memerlukan mandat baru dan kekuatan tambahan bagi membolehkan kepimpinan sedia ada meneruskan apa sahaja tindakan yang telah diambil.

Ti turut mengingatkan bahawa semakin hampir dengan tarikh EGM, semakin banyak onar yang akan diperbuat pihak ketiga ini dalam usaha memprovokasi emosi dan sentimen para perwakilan, maka rasionaliti, kewarasan dan kematanganlah yang perlu bagi menghadapinya.
Ti menyeru kepada semua perwakilan EGM MCA nanti, yang di tangan merekalah masa hadapan MCA dipertaruhkan supaya terus kekal tenang dan bersikap bijaksana serta teliti dalam melaksanakan hak mereka ketika mengundi dalam EGM yang telah ditetapkan pada 10 Oktober 2009. Pinta Ti, biarlah parti menjadi semakin kuat, bukan sebaliknya, demi perjuangan parti yang lebih besar dan panjang serta untuk agenda yang belum selesai.

[Hampir setiap komponen BN menghadapi masalah dalaman kronik dan hanya menunggu masa untuk berkubur,MCA juga tidak terkecuali,EGM yang bakal diadakan tidak akan dapat untuk menyelesaikan masalah dalaman kronik ini]

flag

PKFZ : Bekas Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama)

Bekas Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 malam dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 66 tahun.Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.

Katanya mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.

"Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung," katanya.

Rosnita berkata kesemua adik-beradiknya sempat menemui Allahyarham sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir kerana masih berada di rumah itu sempena Aidilfitri.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak iaitu Roslina, 37, Rosnita, Mohd Rizal, 32, dan Rosazreen, 25, serta empat cucu.

Allahyarham, yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, menjadi Menteri Besar Pahang selama kira-kira tiga tahun bermula 19 Julai 1978 hingga 7 Nov 1981.

BERNAMA

flag

Monday, September 14, 2009

SEKITAR PERSIAPAN IFTAR PAS CAWANGAN

Kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dilakukan oleh ahli-ahli PAS Cawangan dan Masyarakat setempat.
Sementara menunggu ketibaan lembu (bukan kepala lembu) yang akan ditumbangkan.

Lembu sedang disembelih oleh mereka-mereka yang cukup cekap dan pakar.

Masa untuk menyiang daging lembu (kepala belum ada orang minta untuk buat perarakan)




Telah hampir sedia untuk dimasak,mengikut perancangan lepas dzohor akan digulai.


flag

Sunday, September 13, 2009

HUKUMAN SEBAT KARTIKA LEPAS RAYA - JAIP

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah JAIP, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.

Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.

“Masyarakat tidak memahami antara sebat syarie iaitu lebih kepada mendidik dan sebat sivil yang selalu dihukum ke atas pesalah yang amat menyakitkan dan bagi kes Kartika, dia dihukum dengan hukuman sebat syarie,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Rasm Uthmani dan buku Menuju Gerbang Akhirat di sini, Khamis.

Berita dari BERNAMA

flag

Saturday, September 12, 2009

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

PAS mahu Suruhanjaya Diraja, tolak pasukan petugas khas

Posted on Friday, September 11 @ 02:00:00

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi menyelesaikan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana pihak Kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif bagi menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan. Diakhir tugas mereka, pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya.

Paling penting, pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Sidek ini tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri. Dalam kes ini, salah seorang yang dilibatkan dalam siasatan adalah Menteri iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor dari Umno) yang juga pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Selain itu, turut terlibat adalah Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB dan bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merangkap Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB. Timbalan CEO KDSB pula adalah Haji Faizal Abdullah yang sekarang ini adalah Bendahari Umno Selangor.

Penglibatan orang-orang politik ini kesemuanya melibatkan ahli komponen BN yang menerajui Kabinet sekarang. Maka tidak mustahil akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh Pasukan Khas ini nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan Wakil NGO yang berkaitan.

Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini. Rakyat pastinya ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam Projek ini dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


flag

Friday, September 11, 2009

MAJLIS BERBUKA


PAS Cawangan Jaya Gading akan menganjurkan Majlis berbuka (iftar)

Pada : 13hb Sept. 2009 (Ahad)

Bertempat di : Markas PAS Cawangan Jaya Gading


flag

Wednesday, September 9, 2009

TAWARAN NAJIB HANYA AJAK-AJAK AYAM

KUANTAN, Sept 9 — Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini dalam majlis berbuka puasa di MRSM Kuala Krai telah mengumumkan buat kesekian kalinya yang Umno sanggup berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, kata-kata Najib ini tidak lebih sekadar menanam tebu di bibir mulut. Bunyinya baik, ideanya bagus, tapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sudah tidak dipercayai lagi.

Walaupun mengakui yang rundingan adalah sesuatu yang baik, namun rundingan itu juga jelas Nasrudin mestilah untuk tujuan yang baik.

Kebetulan atau tidak, tambah Nasrudin, akuan Najib tentang kesanggupan Umno untuk berunding dengan PAS itu muncul selepas sah satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Ia nyata satu umpan politik dari Najib bagi menggambarkan yang Umno suka berbuat baik dan perdamaian, semua cakap-cakap ini akan kabur dan hilang sebaik sahaja tamatnya pilihanraya, apalagi jika kemenangan memihak kepada BN, ulas Nasrudin panjang-lebar.

Nasrudin dalam kenyataannya yakin bahawa Umno dan BN hari ini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, maka sebab itu lagu “rundingan” ini dinyanyikan kembali.

Pilihanraya kecil yang berterusan dengan rekod kekalahan berturutan memaksa Najib mencari kaedah “stop loss.” Istilah suci mesti digunakan apatah lagi Umno mutakhir ini telah begitu terpalit dengan politik perkauman yang sempit lagi jijik.

Nasrudin menganggap rundingan yang dicadang Najib itu bukan sahaja tidak ikhlas, bahkan tidak akan berjaya kerana rakyat kini sudah semakin bijak menilai permainan politik pemimpin mereka.

Walau bagaimanapun, tegas Nasrudin, PAS sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam secara amnya tidak pernah menolak idea rundingan, dialog, debat atau seumpamanya, dengan mana-mana pihak sekalipun, selagimana ia boleh membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan negara.

Jika benar ada kalangan Umno yang betul-betul ikhlas mahu berunding dengan PAS, Nasrudin mengatakan setakat mahu berunding atas sesuatu isu bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma, jika sudah bersedia untuk berunding dan berbincang, maka hentikanlah segala dayausaha menyakiti, mendera dan memfitnah PAS serta rakan-rakan, sama ada secara langsung, atau melalui jentera kerajaan yang dipimpinnya, atau melalui media-media yang dikuasainya. Kerana rundingan atau perbincangan harus bermula dengan suasana yang selesa.

Kalau ini tidak dilakukan, hanya ada satu pesan Nasrudin kepada Najib, “Jangan haraplah.”

Monday, September 7, 2009

AL FATIHAH - UST BAHRIN MOHAMED MENINGGAL

Satu SMS yang begitu mengejutkan aku baru sebentar tadi memaklumkan berkenaan kematian seorang yang sangat aku sayangi dan hurmati,bekas boss aku sewaktu bertugas sebagai Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuantan,Ust Bahrin bin Mohamed.

Beliau didapati pengsan sewaktu menghadiri usrah diMasjid Tengku Mahkota Peramu,Kuantan akibat seerangan jantung.Ahli usrah yang mendapati beliau pengsan dimeja usrah telah menghantar beliau ke Hospital dan didapati meninggal apabila tiba di HTAA.

Allahyarham adalah seorang yang amat istiqamah dengan perjuangan Islam terutama didalam harakah PAS.Jenazahnya masih lagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan masih lagi ditunggu untuk dituntut oleh keluarga dan sahabat-sahabat allahyarham.

Pengkebumian dijangka akan disempurnakan pada jam 9.00 pagi esok.Al Fatihah,semuga roh allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Thursday, September 3, 2009

Setiap rakyat Pahang tanggung RM3,370 hutang?

KUANTAN, 3 September - Malaysian Insider

Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Sebelum laporan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.
Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

Dalam pendedahannya, Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.
Bagi Azan, ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Azan tidak menjumpai alasan lain mengapa berlakunya sebegitu banyak tuntutan hutang terhadap Kerajaan Negeri Pahang, selain kerana masalah rasuah, kronisme, penyelewengan dana dan salahurus hasil negeri, sepanjang Pahang dikuasai oleh Umno dan BN.

Sementara kalangan pemimpin Umno dan BN mengumpul kekayaan dan mengagih laba dari kontrak demi kontrak yang diagih sesama sendiri, hak dan nasib rakyat Negeri Pahang diketepikan, keluh Azan.

Bila negeri mula menghadapi masalah, yang menjadi mangsa adalah rakyat, rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

PAS Pahang serah deklarasi 5 perkara kepada Muhyidin - Harakah Daily

TEMERLOH, 2 Sept: PAS negeri Pahang akan menyerahkan lima deklarasi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menuntut kerajaan memartabatkan semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata lima deklarasi bahasa yang telah diperolehi hasil Kovensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa anjuran PAS Pahang, di Jerantut, baru-baru ini menuntut kepada pemerhatian serius kerajaan yang memerintah.

"Sekretariat kami telah menghubungi pihak kementerian dan memberi penetapan tarikh 3 September (besok) bersamaan hari Khamis untuk bertemu menteri pada pukul 11 pagi di pejabatnya di Putra Jaya. Pihak kami berharap Tan Sri Mahyuddin akan bersedia untuk bertemu dan menerimanya," katanya.

Tambah Hasanuddin penyerahan deklarasi oleh PAS Pahang itu nanti akan membuktikan betapa bersungguhnya PAS Pahang untuk terlibat secara aktif membantu rakyat dalam menyelesaikan kemelut yang menjadi kegelisahan rakyat selama ini.

"Selain dari angka 3 juta pelajar jadi korban akibat pengamalan dasar PPSMI sebagaimana yang didedahkan Mahyuddin, kami juga menuntut supaya bahasa Malaysia itu sendiri hendaklah menjadi bahasa pembudayaan negara.

"Kami melihat pembudayaan bahasa amat penting bagi memperkukuhkan jati diri bangsa. Bahasa juga boleh berperanan membentuk perpaduan nasional," katanya.

Wednesday, September 2, 2009

Nik Aziz sokong parti satukan semua kaum

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini.

“Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam.

“Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada tapi kalau nak rombak juga boleh syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam.

Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat.

“Sekiranya tak nak terima Pas parti baru yang ditubuhkan itu boleh menerima semua parti tidak kira daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

“Tetapi kalau boleh terima Pas lagi baik tak payah kita rombak,” katanya. Beliau berkata, Pas juga bersedia menerima penyertaan ahli bukan Islam yang ingin menyokong parti itu.

“Kami buat Pas. Melayu nak duduk situ boleh, Cina nak duduk situ boleh, semua sekali boleh. Waktu Allahyarham Zulkifli Mohamad, sudah lama bersungut, Pas ini kena terima ahli-ahli yang bukan Islam . Sekadar nak sokong tak ada apa,” katanya. - Sinar Harian

Tuesday, September 1, 2009

Pelajar tergamam terima bayi misteri

Seorang pelajar perempuan tergamam apabila didatangi seorang wanita yang memintanya menjaga seorang bayi berusia beberapa hari di Kampung Sungai Karang Darat di Kuantan, dua hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ACP T Narenasagaran berkata, dalam kejadian 3.30 petang itu, pelajar berusia 18 tahun berkenaan berada bersendirian di rumah sepupunya sementara menunggu saudaranya itu pulang dari tempat kerja.

Beliau berkata, pelajar tersebut kemudian didatangi seorang wanita yang mendukung seorang bayi dalam bungkusan kain lampin lalu bertindak meletakkan bayi tersebut di atas tangga rumah itu.

"Wanita berkenaan kemudian meminta pelajar tersebut menjaga anaknya sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Pelajar terbabit yang tergamam dengan kejadian tersebut hanya membiarkan bayi itu di atas tangga rumah sehingga sepupunya pulang sebelum menghantar bayi berkenaan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, katanya.

Polis sedang mengesan ibu bayi terbabit.

NIZAR LAWAN ZAMBRY : RAJA KATAK MEMANG DAH SEWEL.

Oleh: dewa

"Ibrahim Ali meneruskan sokongan padunya yang tidak berbelah bagi kepada bagi kepada UMNO apabila mengambil pendekatan mengutuk MB Selangor dan membela tindakan provokasi perkauman mereka yang membawa kepala lembu tersebut. Katanya, ini tidak salah kerana kepala lembu tersebut dibawa kepada MB Selangor yang melayu, bukan India. Inilah yang jadi bila orang dah taksub sangat dengan UMNO. Mari lihat 3 ayat fitnah yang digunakan oleh manusia amfibia dua alam ini:

1. ''Tidak ada sentimen parti di kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak.

Ini ayat fitnah pertama. Sesiapa yang melihat youtube tentulah menyedari bahawa mereka yang berdemo tersebut memang ahli-ahli UMNO sebagaimana dinyatakan oleh penduduk di sana.

2. ''Pihak kerajaan negeri Selangor tidak duduk meminta pandangan penduduk sebelum membuat keputusan.."

Ini satu lagi fitnah besar sempena Ramadhan. Kerajaan negeri bukan sahaja buat perbincangan dan penjelasan malah telah dan masih mendapatkan pandangan dari penduduk di sana.

3. "malah kepala lembu (yang dibawa) bukan dituju kepada orang Hindu tetapi Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan anggota Exco (kerajaan negeri) yang bukan India".
Ini satu ayat putar belit dari manusia yang suka berkhianat. Bolehkah orang India memijak-mijak Quran pula di hadapan Lim Guan Eng atau Koh Tsu Koon dengan alasan Quran bukannya dipijak didepan seorang Muslim? Ayat bodoh dari manusia bodoh ini menunjukkan kedangkalan akalnya.

Ibrahim Ali ini memang manusia kepala angin. KAdang-kadang dia akan tunjuk racist dengan menzahirkan kebenciannya yang membuak-buak kepada Cina khususnya DAP. Lepas tu dia akan meluahkan kasih sayangnya kepada UMNO yang sama-sama Melayu. Lepas tu dia akan memaki hamun dan mencerca PAS yang rata-rata ahlinya Melayu kerana tidak ikhlas memperjuangkan Islam.

Ibrahim Ali, next election kita tengok apa jadi dekat kau.

Tak sedar dia dikutip oleh Tok Guru waktu dihina-hina oleh UMNO. Dasar UMNO tak kenang budi!

PAS mohon Agong jangan sambung khidmat Musa

KUALA LUMPUR, 1 Sept: PAS memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini

Naib Presidennya Dato' Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut.

"Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.

Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.

Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.

"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.

Dipetik dari Harakah Daily