BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Thursday, July 29, 2010

PRU : TAFSIRAN MUHYIDDIN AGAK DANGKAL

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.

Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.

Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.

Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.

Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Photobucket

Monday, July 26, 2010

PERPADUAN MELAYU ATAU SELAMATKAN UMNO?

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.
Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah

Harakahdaily

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.
Photobucket

Monday, July 19, 2010

Melayu lebih mulia tanpa Umno

Nazri Abdullah - Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.
Photobucket

Friday, July 16, 2010

Rasionalisasi Subsidi Gula Dan Minyak

Malam tadi kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dan gula. Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit

Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api di pasaran mulai tengah malam ini. Seperti biasa, akan ada dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Satu pihak akan mempertahankan proses rasionalisasi ini, manakala satu pihak yang lain akan menggunakannya bagi memberikan satu lagi alasan mengapakah rakyat perlu mengundi pembangkang dalam PRU13 nanti.

Polemik ini akan berterusan, dan ia adalah sesuatu yang dijangkakan. Saya serahkan kepada kerajaan untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakyat dan menyakinkan mereka kepada keperluan proses rasionalisasi ini.

Proses meyakinkan rakyat bukanlah sesuatu yang mudah; apatah lagi sehingga sekarang masih ada sesetengah pemimpin kerajaan (sama ada pemimpin politik atau kakitangan awam) yang hidup mewah. Ini menjadikan rakyat sukar menyokong keperluan proses rasionalisasi subsidi. Hujah yang biasa dan akan selalu kita dengar ialah “rakyat diminta berkorban, sementara pemimpin terus hidup mewah.”

Atas sebab inilah maka saya mengatakan bahawa dalam proses komunikasi, perbuatan adalah lebih penting dari percakapan (actions speak louder than words). Selagi rakyat melihat pemimpin kerajaan hidup mewah, selama itulah mereka akan menjuihkan bibir kepada seruan menyokong proses rasionalisasi subsidi dan menuding jari kesalahan kepada kerajaan.

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar pengumuman rasionalisasi subsidi diikuti dengan tindakan pengurangan gaji dan kemudahan untuk anggota kabinet, kakitangan kanan GLC dan kakitangan pengurusan atas sektor awam.

Tindakan ini boleh sekurang-kurangnya menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara juga sedia mengorbankan sedikit kemudahan tatkala rakyat merasai beban itu. Dalam bahasa yang mudah, rakyat tidak memikul beban tersebut sendirian.

Saya tak fikir rakyat inginkan pemimpin politik hidup merempat. Namun, mereka juga tidak mahu pemimpin masih menunjukkan gaya hidup mewah tatkala kehidupan rakyat menjadi sukar akibat rasionalisasi subsidi ini.

Usah perlekehkan kemampuan intelek rakyat untuk memahami keperluan rasionalisasi subsidi ini. Cuma, pada masa yang sama, usah juga mengharapkan rakyat sendirian memikul beban tersebut

Photobucket

Saturday, July 10, 2010

MANA YANG SERABUT? - UST ZAHARUDDIN

Serabut sungguh kelihatan keadaan ilmuan agama rasmi kerajaan dalam hal ESQ. Ramai pula yang meminta ulasan saya. Sebenarnya saya telah mengulas berkenaan ESQ tahun lalu. BUKA SINI (http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95 ). Pun begitu, ulasan kontrusktif saya itu dilihat negatif oleh penyokong taksub ESQ. Sehingga ramai juga yang menyerang saya dek kerana terbuai emosi cintakan ESQ.

Ulasan saya itu diambil perhatian seketika oleh pihak ESQ di ketika mereka diserang oleh JAKIM. Apabila mereka berjaya mendapat tapak sokongan melalui Mufti Perak, Menteri dan lain-lain tokoh. Ada yang melaporkan kepada saya, bahawa cadangan dan teguran saya hampir semuanya dibakul sampahkan sahaja. Malah di ketika pengurusan ESQ cuba memperbaiki modul mereka dengan membuang mana-mana bahagian yang dikira boleh mendatangkan masalah, sebahagian penyokong ESQ membantah sehingga membuat petition rasmi. Contohnya, mereka tidak mahu 'joget dan lagu matahari' mereka ditiadakan, dan macam-macam lagi tuntutan mereka. Pengurusan berbelah bahagi. Akhirnya lagu matahari dan joget itu dilaporkan telah diendorse oleh seorang mufti yang kuat menyokong ESQ, katanya sesuai untuk anak muda. lalu cased is closed, no need to change. Begitu juga banyak lagi hal lain yang tidak lagi dalam ingatan saya.

Sejak dari itu, ESQ sudah saya abaikan dari perhatian, khususnya apabila mereka telah menubuhkan majlis penasihat Shariah sendiri. Bagi saya, urusan semua peserta ESQ dan pengurusan ESQ di hadapan Allah sudah dipindahkan kepada bahu lima orang penasihat Shariah itu. Jika masih sesat atau menyeleweng, mereka lima orang itulah yang akan menanggungnya dahulu.

HANGAT SEMULA

Kini, ESQ digugat lagi oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Saya kira mungkin ada baiknya juga, biar pihak ESQ lebih celik mata untuk menapis kandungan ESQ dengan lebih rapi. Perlu ingat, bukan hanya kandungan, tetapi juga implementasi. Kandungan betul boleh sahaja disampaikan dalam bentuk yang salah dan tidak menepati hukum Islam. Warta Mufti Wilayah itu juga mungkin boleh membuka peluang kepada pelbagai ilmuan dari pelbagai aliran untuk campur tangan, menyemak dan membetulkan apa yang sudah ada di dalam ESQ. Dari tinjauan saya di akhbar online hari ini dan semalam (9-10 Julai 2010), pelbagai pihak berkuasa agama mula berjanji melakukan semakan lagi terhadap ESQ.

Ada yang menggaru kepala bila membaca kenyataan ini (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070911483620100709114836/Article/) :-
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak bertentangan dgn ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. "

Lalu, mengapa Mufti Wilayah berbeza?

Tidak perlu dipelikkan, sejak dahulu pun Mufti negeri tidak semestinya sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, lihat sahaja jawatankuasa rasmi fatwa kerajaan Negeri Selangor tahun 1993 yang dipengerusikan oleh Al-Marhum Dato' Hj Ishak baharom berkenaan ASB (buka halaman 14). Pandangannya tidak sama dengan mufti yang lain. Buka di :
http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Keputusan/KeputusanFatwa1993/KoleksiKeputusanFatwa1993.pdf
Malah mufti Perlis lebih banyak berbeza pandangan dengan mufti-mufti lain sejak dari dahulu lagi. Itu kerana mereka berlainan ‘kem' (muda dan tua). Tetapi apa yang menarik dalam isu ASB dan ESQ kali ini, mufti yang berbeza pandangan adalah dari satu ‘kem', iaitu ‘kem kaum tua' dalam kata lain BOLEH DIKATAKAN IA IBARAT Mufti Wilayah vs Mufti Perak. Keduanya dari kem yang sama, malah juga dari aliran politik yang juga sama.

PERBEZAAN PANDANGAN MUFTI

Hal yang sama kini berlaku dalam bab ESQ, walau mufti-mufti lain bersetuju dengan ESQ, adalah menjadi hak Mufti Wilayah dan jawatankuasa fatwanya untuk berbeza pendapat. Cuma harapan saya semasa membaca warta itu adalah, hujah-hujah di sebalik pengharaman dan penyesatan itu mestilah kukuh, tepat, jitu dari hasil kajian teori dan lapangan. Justeru, saya mengharap penemuan baru yang jitu dan tepat akan disampaikan di dalam warta rasmi fatwa itu.

Malangnya, apabila saya membaca warta tersebut, sebahagian besar kandungan kelihatan ‘outdated', malah kelihatan ‘sebiji' dengan hujah yang disebar di blog esqsesat.blogspot, sebuah blog yang ‘tidak bernama, tidak berpunya atau yang berpemilik tapi agak penakut, bimbang disaman'. Sifat blog tersebut menjadikan isinya tidak berautoriti.

Jika begitulah kandungan warta rasmi Mufti, saya bimbang ia selepas ini akan menjatuhkan sedikit krebiliti mufti sahaja di mata masyarakat umum khusus mereka yang berpendidikan tinggi dan mampu menganalisa.

Apapun, pihak ESQ tidak boleh mendabik dada dengan sokongan ulama Indonesia dan senarai panjang mereka. Jika mereka ingin terus bertapak kukuh, mereka perlu memberi respon baik dan ilmiah kepada inti warta itu, bukan hanya sekadar menyatakan "kami ada penasihat Syariah", "kami ada senarai ulama Indonesia yang menyokong", "ulama singapura" dan sebagainya. Penasihat Syariah ESQ perlu bekerja kuat untuk menulis bahan ilmiah ini dengan bijak dan tidak hanya duduk berehat sekadar menunggu wartawan datang, membiarkan pengurusan ESQ kelam kabut menangani masalah ini.

KESIMPULAN

Apa-apa salah tapi masih boleh diperbetulkan, jangan terus diharamkan khususnya jika ia terbukti boleh membawa kebaikan. Lebih cantik jika dihantarkan surat rasmi amaran mungkin, atau dipanggil berdiskusi secara tertutup terlebih dahulu. Bukankah Islam mengarahkan musyawarah dengan kedua-dua pihak sebelum keputusan dijatuhkan. Jika semua itu telah dilakukan, maka tiada cadangan saya tadi relevan lagi.

Pihak ESQ pula, jangan hanya menghantar Pak Ary berdiskusi dengan ulama dalam hal ini. Pak Ary bukan berpendidikan rasmi bidang agama, lalu laras bahasa yang digunakan mungkin berbeza, menyukarkan perbincangan menyebabkan pak ulama tidak dapat menangkap maksud mereka. Oleh itu, pastikan bawa sekali penasihat Shariah mereka yang tahu serba serbi berkenaan ESQ secara total (teori dan praktikal serta hujah bagi semuanya), agar mereka boleh menjadi lisan ketika menerangkan kepada para ulama.

Terus terang saya katakan, ketika saya menyemak ESQ tahun lalu (iaitu pada Mei 2009), saya diberikan jawapan bertulis Pak Ary kepada JAKIM dan Majlis Fatwa (kurangpasti). Namun banyak jawapannya tidak kemas pabila dianalisa menurut piawan ‘Ulum Aqidah, Fiqh dan Usul Fiqh. Malah ia juga tidak akademik. Mungkin ia kemas dari kacamata ilmu motivasi dan falsafah tetapi ia sama sekali tidak memuaskan dari tiga perspektif ilmu di atas. Sebab itu, respon Pak Ary perlu ditransformkan oleh Penasihat Shariah ESQ sebelum diserahkan kepada JAKIM, Mufti Wilayah atau mana-mana pihak berkuasa agama.

Kemudian pada feb 2010, saya difahamkan jawapan baru selepas transformasi dan semakan oleh majlis Shariah ESQ telah dibuat, ia mengandungi jawapan rasmi terhadap dakwaan yang terdapat dalam warta Mufti Wilayah. Anda boleh baca di sini (http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/jawapan-kpd-isu2-yg-ditanyakan-oleh-alumni-esq_2.pdf ) . Adapun saya tidak boleh memberikan sebarang komen ke atas dokumen itu kerana tidak punyai masa dan minat untuk menelitinya. Harapan saya ia sudah berjaya ditransformasi oleh penasihat Shariah sehingga menepati laras tiga ilmu asas tadi.

Perbezaan pandangan ulama diakui sentiasa wujud maka fahamilah ini. Jika Wilayah berkeras dengan keputusan mereka, hormatilah hak mereka dan jangan dipaksa mereka mengubah warta mereka melalui pengaruh kuasa politik atau administrasi. Ia hanya akan menghancurkan tahap independent sesebuah badan berkuasa agama di dalam Negara kita. Bukankah sudah begitu system di dalam Negara kita?, setiap negeri diketuai oleh Sultan mereka, manakala urusan agama di Wilayah & Pulau Pinang diketuai oleh YDP Agung. Sebab itu ada negeri seperti Perlis yang berpendirian sedikit berbeza dengan negeri lain, itu juga hak mereka, jangan semudahnya menyesat dan mengutuk. Begitu juga sebaliknya.

Moga pembaca tidak terus keliru dengan perkembangan itu. Saya kira, selepas ini saya mungkin tidak akan mengulas apa-apa lagi berkenaan ESQ. Cukuplah ulasan panjang lebar tahun lepas dan ulasan ringkas ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Photobucket