BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Tuesday, December 29, 2009

BUKAN TAKSUB PADA LOGO BULAN

Pas tidak taksub logo bulan

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Menurutnya, hubungan Pas dan parti lain dalam PR semakin baik sehingga Nik Azizi bersedia menggunakan logo DAP.

”Kita lihat bagaimana parti Islam Ikhwanul Muslimin menggunakan lambang parti sosialis untuk bertanding selepas parti itu diharamkan, ia jelas menggambarkan pimpinan Islam tidak taksub kepada lambang.

”Apa yang penting perjuangan menegakkan hukum Islam diteruskan dan penerangan dibuat agar orang bukan Islam memahami apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadat haji semalam.

Zainuddin berkata, pimpinan UMNO yang berfahaman ‘politik suku agama suku’ tidak faham perjuangan Islam sebenar lalu apa saja yang dilakukan Pas dibantah.

Katanya, ahli Pas dididik untuk berjuang dalam jangka masa panjang kerana ianya dituntut dalam Islam, berbeza dengan pimpinan UMNO yang berjuang untuk tempoh tertentu.

”Mereka berjuang untuk tempoh singkat yang menyebabkan pelbagai salah laku dikesan termasuk kes kehilangan enjin jet,” katanya.

Zainuddin berkata, orang Islam perlu mempelajari sesuatu daripada peristiwa Perjanjian Hudabiyah yang berlaku bulan Zulhijah, tahun ke enam hijrah.

Perjanjian itu katanya, sebagai pengiktirafan daripada kafir Quraisy kepada kerajaan Islam yang dibentuk Rasulullah SAW di Madinah walaupun sebelum itu Rasulullah menerima tentangan.

”Walaupun perjanjian itu nampak seperti berat sebelah sehingga sahabat mempersoalkan tindakan Rasulullah namun kebijaksanaan Rasulullah akhirnya terbukti.

”Pas kini diterima sebagai parti Islam dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada saf perjuangan Islam di negara ini,” katanya.

Sinar Harian

Photobucket

PAHANG SASARAN PAKATAN RAKYAT

Pesuruhjaya tegaskan Pahang sasaran Pakatan

JERANTUT: Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pahang merupakan salah satu negeri yang menjadi sasaran pakatan Rakyat untuk diambil alih pentadbirannya daripada Kerajaan Umno/BN kerana kelemahan, ketidaktelusan dan kebangkrapan ekonomi negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob sekarang.

Naib Presiden PAS itu berkata, tempoh menunggu PAS telah hampir tamat, malah tahap kepercayaan masyarakat di negeri Pahang telah mencapai tahap maksimum sehingga kelemahan kerajaan Umno/BN tidak boleh dimaafkan lagi. Oleh itu, pimpinan dan masyarakat perlu memberi sokongan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Pakatan yang diterajui PAS untuk membersihkan keadaan serta memberi manfaat dan kebajikan kepada penduduk bumi yang kaya sumbernya ini.

"Rakyat Pahang perlu mencontohi kepimpinan Pas Negeri Kelantan yang telah berjaya mengekalkan pemerintahannya dengan penuh beramanah, kepimpinan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ust Azizan yang menjadi kerajaan contoh dan amanah serta Kerajaan Rakyat Perak pimpinan Dato' Seri Ir. Nizar yang telah memberi gambaran positif terhadap kemampuan dan kepimpinan Pas dalam mentadbir negeri," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kompleks Imam Assyafie (Kias), Temin pada Ahad.

Tuan Ibrahim dalam pada itu turut mempertegaskan agar semua pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan meningkatkan daya usaha, komitmen dan gerak kerja dalam merealisasikan impian PAS Pusat agar PAS bersama Pakatan berjaya mengambilalih kerajaan Pahang selepas PRU13 nanti.

Sidang Online

Photobucket

Saturday, December 26, 2009

SERANGAN VIRUS DIDALAM PERJUANGAN ISLAM

Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan IslamUSTAZ FATHI YAKAN

( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )

Disediakan oleh :

Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Muqaddimah

Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.

Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.

Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.

Mengenal Virus Merbahaya

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya.

Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.

Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.

Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).

Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW.

Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.

Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Kesimpulan

Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.

Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan…..

Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan

Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan…..

Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…..

oleh Perjuangan Tanpa Nokhtah

diambil dari blog Dewan Ulama PAS Pahang

Photobucket

Friday, December 25, 2009

LAGI PROJEK UNTUK KRONI PUAK KEBULUR

KUALA TERENGGANU - Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) telah menerima surat perlantikan daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membina empangan dan lain-lain bagi Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang bernilai RM49.5 juta

Ia adalah projek kali kedua jutaan ringgit yang diperolehi oleh AZRB pada tahun ini.

Pada 10 Ogos lalu, AZRB juga telah dilantik sebagai kontraktor membina Universiti Darul Iman, Besut, bernilai RM255.13 juta.


Pada 1 Disember, 2008, AZRB telah mendapat kontrak dari Kementerian Kerja Raya untuk membina Kompleks Pakar Bersalin di Hospital Kuala Terengganu.

Pada Ogos tahun 2008, AZRB telah menyiapkan pembinaan stadium tertutup di kompleks sukan Gong Badak bernilai RM94 juta.

Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah AZRB adalah ahli Umno iaitu Dato’ Ismail @ Mansor bin Said (Gambar kanan) yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kemaman, menang pada pilihanraya umum tahun 1978.

Pada tahun 1999 beliau bertanding di peringkat DUN Batu Rakit dan kalah kepada Dato’ Abu Bakar Chik

Buletin Online

Photobucket

Thursday, December 17, 2009

KEKELIARUAN MENYAMBUT MUHARAM

Empat Kekeliruan Menyambut Muharam

Oleh Dr. Ahmad Zain An-Najah, M.A

Bulan Muharam adalah bulan yang muliah. Namun demikian, tak banyak kaum Muslim yang tau bagaimana memperlakukannya. Bahkan lebih banyak salah memahaminya. Ada beberapa pelajaran yang bisa kita ambil dalam masalah Bulan Muharam.

Pertama, Bulan Muharram Adalah Bulan Yang Mulia

Bulan Muharram adalah bulan yang mulia, hal itu dikarenakan beberapa hal:

1. Bulan ini dinamakan Allah dengan “ Syahrullah “, yaitu bulan Allah. Penisbatan sesuatu kepada Allah mengandung makna yang mulia, seperti “ Baitullah “ ( rumah Allah ), “Saifullah” ( pedang Allah ), “ Jundullah” ( tentara Allah) dan lain-lainnya. Dan ini juga menunjukkan bahwa bulan tersebut mempunyai keutamaan khusus yang tidak dimilili oleh bulan-bulan yang lain.

2. Bulan ini termasuk salah satu dari empat bulan yang dijadikan Allah sebagi bulan haram, sebagaimana firman Allah swt :

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan lanit dan bumi, diantaranya terdapat empat bulan haram.” (Q.S. at Taubah :36).

Dalam hadis Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaiman bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Dzulqo’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada Tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Bulan ini dijadikan awal bulan dari Tahun Hijriyah, sebagaimana yang telah disepakati oleh para sahabat pada masa khalifah Umar bin Khattab ra. Tahun Hijriyah ini dijadikan momentum atas peristiwa hijrah nabi Muhammad saw.

Kedua, Pada Bulan ini Disunnahkan Untuk Berpuasa

Bulan Muharram adalah bulan yang disunnahkan di dalamnya untuk berpuasa, bahkan merupakan puasa yang paling utama sesudah puasa pada bulan Ramadhan, sebagaimana yang tersebut dalam hadist Hurairah ra, di atas. Hadist di atas menunjukkan bahwa Rasulullah saw menganjurkan kaum Muslimin untuk melakukan puasa sebanyak-banyaknya pada bulan Muharram. Tetapi tidak dianjurkan puasa satu bulan penuh, hal itu berdasarkan hadist Aisyah ra, bahwasanya ia berkata : “Saya tidak pernah melihat sama sekali Rasulullah saw berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat beliau berpuasa paling banyak pada suatu bulan, kecuali bulan Sya’ban. “( HR Muslim )

Pertanyaan yang muncul adalah bagaimana Rasulullah saw menyebutkan bahwa bulan Muharram adalah bulan yang paling mulia sesudah Ramadhan, padahal beliau sendiri lebih banyak melakukan puasa pada bulan Sya’ban dan bukan pada bulan Muharram ? Jawabannya : Para ulama memberikan beberapa alasan, diantaranya bahwa Rasulullah saw belum mengetahui keutamaan bulan Muharram kecuali pada detik-detik terakhir kehidupan beliau, sehingga belum sempat untuk berpuasa sebanyak-banyaknya, atau mungkin adanya udzur syar’I yang menghalangi beliau untuk memperbanyak puasa pada bulan tersebut, seperti banyak melakukan perjalan jauh (safar) atau udzur-udzur yang lain.

Puasa bulan Muharram ini berdasarkan hadist di atas adalah puasa yang paling utama dalam sesudah Ramadhan dalam satu bulan. Sedangkan puasa Arafah adalah puasa yang paling utama sesudah Ramadhan bila dilihat dari sisi hari.

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل )

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, yaitu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (HR. Muslim)

Ketiga, Bulan Muharram terhadap Hari Asyura’

Hari Asyura’ artinya hari kesepuluh dari bulan Muharram. Pada hari itu dianjurkan untuk berpuasa, sebagaimana yang tersebut di dalam hadist Ibnu Abbas ra berkata : “ Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’, maka beliau bertanya : “Hari apa ini?”. Mereka menjawab :“Ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, oleh karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“ . Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa.”(HR Bukhari dan Muslim)

Bagaimana cara berpuasa pada hari Asyura ? Menurut keterangan para ulama dan berdasarkan beberapa hadist, maka puasa Asyura bisa dilakukan dengan empat pilihan : berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram, atau berpuasa pada tanggal 10 dan 11 Muharram atau berpuasa pada tanggal 9,10, dan 11 Muharram, atau berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, tetapi yang terakhir ini, sebagian ulama memakruhkannya, karena menyerupai puasanya orang-orang Yahudi.

Cara berpuasa di atas berdasarkan hadist Ibnu Abbas ra, bahwasanya ia berkata : Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan memerintahkan kaum Muslimin berpuasa, para shahabat berkata : “Wahai Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah pun bersabda :”Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.“ (H.R. Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadist Ibnu Abbas ra, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda : “Puasalah pada hari Asyura’, dan berbuatlah sesuatu yang berbeda dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ ( HR Ahmad dan Ibnu Khuzaimah ) Dalam riwayat Ibnu Abbas lainnya disebutkan : “Berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya.“

Apa keutamaan puasa pada hari Asyura’ ini ? Keutamaannya adalah barang siapa yang puasa dengan ikhlas pada hari Asyura’ tersebut, niscaya Allah swt akan menghapus dosa-dosanya yang telah dikerjakan selama satu tahun sebelumnya, sebagaimana yang tersebut di dalam hadist Abu Qatadah ra, bahwasanya seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa ‘Asyura’, maka Rasulullah saw menjawab : “ Saya berharap dari Allah swt agar menghapus dosa-dosa selama satu tahun sebelumnya. “ ( HR Muslim )

Dosa-dosa yang dihapus disini adalah dosa-dosa kecil saja. Adapun dosa-dosa besar, maka seorang Muslim harus bertaubat dengan taubat nasuha, jika ingin diampuni oleh Allah swt.

Adapun hikmah puasa Asyura’ adalah sebagai bentuk kesyukuran atas selamatnya nabi Musa as dan pengikutnya serta tenggelamnya Fir’aun dan bala tentaranya, sebagaimana yang tersebut dalam hadist Ibnu Abbas di atas.

Keempat, Kekeliruan dalam menghadapi Bulan Muharram

Di dalam menghadapi Tahun Baru Hijriyah, sebagian kaum Muslimin mengerjakan beberapa amalan yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah saw, maka hendaknya kekeliruan tersebut bisa dihindarkan dari kita. Diantara kekeliruan tersebut adalah :

1. Menjadikan tanggal 1 bulan Muharram sebagai hari raya kaum Muslimin, mereka merayakannya dengan cara saling berkunjung satu dengan yang lainnya, atau saling memberikan hadiah satu dengan yang lainnya, bahkan sebagian dari mereka mengadakan sholat tahajud dan doa’-do’a khusus pada malam tahun baru. Padahal dalam Islam hari raya hanya ada dua, yaitu hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha. Hal itu sesuai dengan hadist Anas bin Malik ra, bahwasanya ia berkata : “Rasulullah saw datang ke kota Madinah, pada waktu itu penduduk Madinah merayakan dua hari tertentu, maka Rasulullah saw bertanya: Dua hari ini apa ? Mereka menjawab: “Ini adalah dua hari, dimana kami pernah merayakannya pada masa Jahiliyah. Maka Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya Allah swt telah menggantikannya dengan yan lebih baik: yaitu hari raya Idul Adha dan hari raya Idul Fitri. (HR Ahmad, Abu Daud dan Nasai )

Begitu juga, merayakan tahun baru adalah kebiasaan orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka kaum Muslimin diperintahkan untuk menjauhi dari kebiasaan tersebut, sebagaimana yang terdapat dalam hadist Abu Musa Al Asy’ari bahwasanya ia berkata : “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan mereka menjadikannya sebagai hari raya.” Dalam riwayat Al-Nasai dan Ibnu Hibban, Rasulullah bersabda, “Bedalah dengan Yahudi dan berpuasalah kalian pada hari Asyura.”

2. Menjadikan tanggal 10 Muharram sebagi hari berkabung, sebagaimana yang dilakukan oleh kelompok Syi’ah Rafidhah. Mereka meratapi kematian Husen bin Ali yang terbunuh di Karbela. Bahkan sejak Syah Ismail Safawi menguasai wilayah Iran, dia telah mengumumkan bahwa hari berkabung nasional berlaku di seluruh wilayah kekuasaannya pada tanggal 10 hari pertama bulan Muharram. Ritual meratapai kematian Husen ini dilakukan dengan memukul tangan-tangan mereka ke dada, bahkan tidak sedikit dari mereka yang menyabet badan mereka dengan pisau dan pedang hingga keluar darahnya, dan sebagian yang lain melukai badan mereka dengan rantai.

3. Menjadikan malam 1 Muharram untuk memburu berkah dengan berbondong-bondong menuju kota Solo dan menyaksikan ritual kirab dan pelepasan kerbau bule, yang kemudian mereka berebut mengambil kotorannya, yang menurut keyakinan mereka bisa menyebabkan larisnya dagangan dan membawa berkah di dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari perbuatan syirik dan bid’ah dan menunjukkan kita kepada jalan yang lurus.

http://www.hidayatullah.com


Photobucket

Monday, December 14, 2009

BUBAR DUN PERAK UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT

Bubar Dun Perak tetap jalan terbaik - Nizar

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: "Saya mengalu-alukan sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis di Perak tapi bagi saya jalan terbaik masih lagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)."

Demikian ditegaskan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu memberi fokus untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbulkan isu yang sama.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pakatan Rakyat Perak sudah lama mahu menyelesaikan krisis di negeri itu supaya negeri terus membangun dan menarik pelabur asing dengan mencadangkan pembubaran Dun .

Namun Zambry sendiri tidak menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda, yng berpunca Dari Umno BN sendiri.

"Saya cukup mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Zambry kalau beliau benar-benar ikhlas kerana itulah yang kami utarakan 10 bulan yang lepas.kami mahukan krisis selesai dan pelabur asing datang tanpa ragu-ragu.

"Sudah tentu kami alukan sebarang tindakan untuk selesaikan krisis Perak dengan dibubarkan DUN kerana itulah yang paling adil dan memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan.Kalau tak dibubarkan DUN,krisis tidak akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku "Perak Daruk Kartun" di Pejabat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa, Pusat Bandar Taman Melawati, dekat sini, petang semalam. (Gambar)

Nizar turut menyifatkan harapan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk melihat krisis di Perak selesai hanyalah kenyataan retorik semata-mata.

Sebaliknya Nizar berkata, kenyataan Menteri Besar Umno BN Perak itu mempamerkan kebimbangannya kerana menyedari sebenarnya rakyat dan undang-undang tidak menyebelahinya.

"Kenyataan itu berbentuk retorik yang mempamerkan rasa kebimbangan beliau dan rasa cuak beliau.Beliau mengeluarkan kenyataan itu kerana merasakan rakyat dan undang-undang tidak bersamanya.

"Kenyataan itu sekadar untuk menyedapkan rasa dan menolak realiti atau perbuatan beliau yang mahu lari dari kenyataan,"katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Diminta mengulas mengenai permintaan Zambry agar ekonomi negeri distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu, Nizar berkata, perkara itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi pelabur asing tidak yakin dengan kestabilan politik negeri itu.

"Kita memang memberikan fokus untuk meningkatkan apa sahaja transaksi dan juga pertumbuhan ekonomi yang cemerlang.Tetapi kita sahaja (yang berusaha) tanpa ada penglibatan pihak swasta, pihak luar samaada dalam dan luar negeri Perak, atau dalam dan luar negara.

"Mereka mahukan satu keyakinan dan kestabilan politik dan ekonomi. Selagi perkara ini tak terjamin mereka tidak akan datang. Jadi kalau kita warwarkan, itu hanya retorik. Kita mahu fokus dalam ekonomi, sedangkan hakikatnya apa yang sedang berlaku tidak memberikan ruang untuk percambahan aktiviti ekonomi ini," tegasnya.

Tunggu Mahkamah

Beliau juga berkata, Pakatan di Perak akan terus menunggu keputusan yang adil dari mahkamah biarpun memakan masa yang lama.

"Apabila sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, maka kita kena tunggu keputusan mahkamah. Siapalah kita untuk memaksa hakim-hakim untuk membuat keputusan yang cepat. Kami akan tetap tunggu keputusan mahkamah,"katanya.

Namun ujarnya, semakin lambat mahkamah membuat keputusan berhubung kedudukan Menteri Besar yang sah itu, semakin negatif persepsi rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

"Lebih lama mahkamah tangguh untuk buat keputusan, lebih menderita rakyat dan lebih negatif persepsi rakyat terhadap institusi kehakiman.

"Pandangan terhadap 1Malaysia Najib juga akan negatif kerana rakyat merasakan mereka tidak didahukan apabila permintaan untuk dibubarkan DUN Perak tidak dihiraukan," katanya.

Zambry dilaporkan sebagai berkata, ramai rakyat Perak berasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan mereka mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya mahu membetulkan tanggapan.

Harakah Daily

Photobucket

Sunday, December 13, 2009

SUK TERENGGANU DIPECAT?

Oleh Abdullah Ngah

Seorang kawan bertanya, dah dengar dah? Apa dia? Katanya lagi, saya dengar SUK kena pecat. Ham..siapa yang pecat, kata Dr Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal semacam terkejut besar.

Memang tak munasabah cerita Datuk Mukhtar Nong dipecat, kerana Datuk Ahmad Said masih di tanah suci. Mungkin cerita SUK kena pecat itu hanya cerita sensasi sahaja disebalik cerita yang Ahmad Said akan dipecat oleh perdana menteri apabila pulang ke tanah air nanti.

Cerita ini juga tidak munasabah, kerana Ahmad Said adalah menteri besar yang dilantik oleh Sultan, bukan dilantik oleh UMNO.

Sekalipun cerita Ahmad Said akan dipecat ada asasnya juga suatu yang sangat rumit, kecuali bertindak nekad memecat keahlian UMNO macam Tun Mahathir Mohamad pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

Jadi cerita SUK Terengganu dipecat hanya boleh didengar, tapi pakai jangan miskipun ada sesetangah berkata, Mukhtar Nong orang Datuk Seri Idris Jusoh.

Cerita pecat memecat ini suatu yang lazim berlaku dalam kerajaan Terengganu. Semasa Idris Jusoh jadi menteri besar dahulu ramai pegawai kanan kerajaan dipecat.

SUK Datuk Muhatar Abdullah juga dipecat, kerana dikatakan enggan memberi kerjasama dalam bajet tambahan sebanyak RM 8 juta.
Datuk Tengku Hassan Omar, walaupun di minta bersara awal, ia jelas dipecat. Demikian juga Datuk Engku Mohammad Engku Abdul Rahman yang di jeruk dalam bilik sejuk, juga di pecat.

Jadi, tidak mustahil Mukhtar Nong yang pernah mengeluarkan perkililing bahawa pegawai kanan kerajaan tidak dibenarkan keluar hatta di majlis kenduri kahwin.

Kerajaan negeri Terengganu melalui pekeliling sekali kali tidak membenar pegawai kanan keluar/ hadir di majlis majlis perkahwinan, sedangkan Menteri Besar mengarah pegawai kana supaya turun padang tujuan mejayakan segala program yang dilaksanakan.

Arahan Mukhtar Nong dilihat sebagai bercanggah dengan apa yang dikehendaki oleh Ahmad Said. Maka tidak musthail cerita SUK Terengganu dipecat.

Tanya Dr Alias, siapa penggantinya? Kata kawan penulis itu, kalau tak salah saya Datuk Razak Ismail, pengarah tanah dan galian.

Ini pun tidak munasabah, kerana Datuk Mazlan Ngah lebih kanana berbanding Razak Ismail.

Penulis sebut itu bukan criteria kerajaan yang di perintah oleh UMNO. Soal kanan bukan boleh jadi ukuran, kerana Mukhtar Nong sendiri bukan kanan pun. Beliau dilantik oleh Idris Jusoh atas sebab Muhatar Abdullah terpaksa dipecat dan penggantinya Mukhtar Nong bukan Mazlan Ngah.

dari Tranungkite

Photobucket

Saturday, December 12, 2009

PEGAWAI BUMIPUTERA PEMBELOT?

Oleh: HAMZAH ABDULLAH

MEMBACA pendedahan terkini yang dibuat oleh Hassnar Ebrahim melalui Sabahkini.net dan pendedahan beberapa siri terdahulu, khususnya berkaitan kerakusan sebilangan taukeh-taukeh bangsat bermata sepet; yang pemimpin mereka menindas dan membunuh umat Islam Uighur di Xinjang; merampas tanah-tanah milik Anak Negeri secara licik dengan mengumpan longgokan wang ringgit kepada pegawai Mahkamah Anak Negeri dan juga Jabatan Tanah dan Ukur; memang boleh membuatkan darah kita mendidih.
Apa tidaknya, pihak yang sepatutnya bertindak melaksanakan tugas penguatkuasaan secara professional dan berintegriti, sebaliknya hanya gemar menangkap dan menghumban pemilik sah tanah NT ke dalam lokap dengan membiarkan penjenayah dan perompak bertaraf taukeh yang bermata sepet lepas bebas.

Siapa boleh bersabar dengan senario sebegini? Bagi saya, hanya mereka yang sudah mati hatinya sanggup berdiam membiarkan hak-hak mereka dirompak di siang hari di hadapan mata mereka sendiri! Akhirnya tanah air tergadai dan lambat laun Sabah akan menjadi Singapura ke-2!

Saya memandang tinggi kesungguhan Hassnar dan rakan-rakan beliau menggali bahan bukti dan mengemukakan fakta dalam bentuk dokumen tentang penipuan yang dilakukan oleh taukeh-taukeh dari keturunan ‘Anak Negeri PALSU’ ini merampas hak-hak dan warisan Anak Negeri.

Saya bertegas menyatakan bahawa segala fakta dan bukti yang dikemukakan oleh Hassnar tidak dapat ditangkis atau diketepikan begitu sahaja oleh mana-mana pihak.

Justeru, pihak yang didakwa melakukan kecurangan seperti keluarga Cina dari klan KWAN yang membuat pengakuan palsu yang datuk dan bapanya keturunan Anak Negeri, seharusnya diheret ke mahkamah, didakwa, dan jika sabit kesalahan hendaklah dihumban kedalam penjara!

Ayuh!, kalau YB Datuk Ibrahim Ali, yang menjadi Presiden PERKASA, bersungguh-sungguh mahu mempertahankan hak dan warisan orang Melayu/ pribumi, dapatkan semua bukti-bukti tersebut dari sahabat seperjuangan beliau sewaktu sepengajian di ITM Shah Alam dan sama seperjuangan dahulu, iaitu Hassnar sendiri.

Ayuh buktikan bahawa YB Datuk Ibrahim Ali memang serius dan bukan mahu cari publisiti murahan dengan agenda tertentu dalam mengemudi PERKASA!

Penafian hak kepada Hassnar untuk mengambil geran yang telah dibeli oleh beliau sebagaimana dilakukan oleh Hj. Dahlan Tengah hanya mendedahkan satu fakta iaitu maruah pegawai-pegawai Melayu/Islam boleh dibeli dengan wang ringgit oleh taukeh-taukeh Cina.

Saya pernah tegaskan di dalam kenyataan akhbar saya beberapa waktu yang lalu, letaklah pegawai Melayu di peringkat mana dan pada jawatan apa sekalipun Ketua Menteri, Menteri, Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya selagi iman tidak lekat di hati mereka, selagi itulah penyakit rasuah terus membuas dan nafsu mereka tidak pernah merasa puas sehinggalah sampai satu ketika jasad mereka dikambus dalam tanah; maka itulah penghujung kepuasan nafsu serakah mereka! Yalah...apabila jasad sudah masuk dalam kubur, nafsu apa lagi yang mahu diruntuni?

Sikap segelintir pegawai Melayu/ pribumi yang bertugas di Jabatan Tanah dan Ukur yang maruah mereka boleh dibeli dengan wang ringgit oleh taukeh-taukeh Cina ini turut menular di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sandakan.

Seorang pegawai Melayu bernama Rasidah Asdari telah bersekongkol dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Sandakan berketurunan Cina, Alan Chua, dalam kes melibatkan tanah bergeran NT 073067508.

Hanya dengan sehelai surat dari firma peguam Cina, mereka sekelip mata meletakkan nilai surat tersebut setaraf dengan PERINTAH MAHKAMAH dan merampas geran tanah tersebut yang telah dikeluarkan oleh JTU sendiri setelah semua prosedur yang ditetapkan dipatuhi oleh pemilik asalnya, Ali Abdullah.

Walhal ia hanya sekeping surat yang tidak perlu dipatuhi selagi mana tiada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Rasidah Asdari dan Alan Chua bersekongkol merampas geran tanah tersebut untuk melindungi perbuatan penjenayah yang konon memiliki Sijil Anak Negeri dari keluarga Ang.

Kesemua adik beradik Ang ini kononnya memiliki Sijil Anak Negeri lalu mereka dikategorikan sebagai Bumiputera, sama seperti keluarga KWAN. Adik beradik Ang ini telah menghalau ramai para pemilik tanah pribumi di Koyah, Kinabatangan, yang mana kononnya tanah-tanah ini telah dibeli oleh mereka. Lagi sekali senario menghalau para penduduk pribumi ini turut disokong dengan bantuan pihak keselematan.

Saya suka menasihatkan pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang meletakkan nilai harga diri mereka setaraf jumlah wang yang boleh disogokkan untuk memenuhi cita-cita taukeh-taukeh Cina dari keturunan Anak Negeri PALSU merampas tanah-tanah NT, supaya menyesal SEKARANG diatas perbuatan keji anda.

Sesal dahulu amat bermanfaat, sesal kemudian dibimbangi menatijahkan musibah kepada diri anda dan ahli keluarga anda. Kalau anda menganiaya mana-mana manusia pada hari ini, ALLAH akan ciptakan manusia lain untuk menganiaya anda pada masa lain selaras dengan janji Allah dalam Hukum Karma atau Kisas.

Wang yang anda perolehi melalui jalan SOGOKAN itu tidak membawa keberkatan kepada diri anda dan ahli keluarga anda. Sebab itu, berapa juta pun yang anda perolehi melalui jalan salah, anda pasti merasa tidak puas dan tidak pernah merasa cukup, jauh daripada mensyukuri nikmat Allah yang seadanya yang anda perolehi melalui jalan sah.

Sabah Kini

Photobucket

Thursday, December 10, 2009

PAS PAHANG SUMBANG RM20 RIBU UNTUK PALESTIN

RM20 ribu untuk Palestin

Sebanyak RM20 ribu diserahkan kepada wakil Palestin Ismail Abdul Latif sempena ceramah umum di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, 8 Disember lalu.

RM10 ribu merupakan sumbangan daripada Badan Perhubungan PAS Pahang manakala selebihnya daripada PAS Kawasan-Kawasan, Dun-Dun dan individu.

Sumbnagan diserahkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan penymbang sendiri.

Ahli Parlimen Khan Yunis, Palestin Ismail Abdul Latif dalam rangka lawatan ke Malaysia bagi mengumpul dana kemanusiaan Palestin dan sebelum ini telah bertemu dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada malam tersebut juga, selain Ismail dan Tuan Ibrahin, turut berceramah ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Laman Sidang Online

Photobucket

Wednesday, December 9, 2009

PANGGIL SIDANG DUN KHAS BETULKAN BAJET - SPEAKER PAHANG

Panggil sidang DUN khas betulkan bajet — Speaker Pahang

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Dis 9 — Kerajaan negeri Pahang perlu memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas jika perlu untuk mengatasi masalah teknikal menyebabkan Bajet 2010 yang diluluskan bulan lalu didakwa tidak sah.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin mengakui akan kesan undang-undang yang mungkin timbul akibat daripada kesilapan tersebut.

“Kalau ini benar, tidak ada gaji untuk kakitangan kerajaan negeri tahun hadapan,” katanya.

Wan Mohamad Razali yang terkejut dengan perkembangan itu memberitahu beliau belum dimaklumkan tentang hal tersebut oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuk Pegawai Kewangan Negeri.

"Jika ia memang satu keperluan, maka sidang DUN khas patut dipanggil," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Wan Mohamad Razali menjelaskan beliau akan terlebih dahulu berjumpa dan berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Kata beliau, “saya akan berjumpa dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Negeri untuk berbincang dan mendapat penerangan lebih lanjut.”

Semalam, The Malaysian Insider juga cuba menghubungi Pegawai Kewangan Negeri tetapi gagal kerana menghadiri beberapa mesyuarat penting.

Hari ini adalah mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga Timbalan Pengerusi II Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang telah mendedahkan bahawa Bajet 2010 negeri ini yang dibentangkan pertengahan November lalu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob didapati tidak sah kerana menggunakan tarikh semakan yang salah iaitu 2009.

Azan juga mendesak supaya satu sidang DUN khas dipanggil bagi membetulkannya dan membolehkan bajet tersebut dilaksanakan pada tahun hadapan.

Di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui yang kesilapan dalam Bajet 2010 Pahang itu adalah sesuatu yang besar dan ia perlu dibentangkan semula.

Tambah beliau, tidak ada mana-mana peruntukan yang membenarkan pembetulan dilakukan di luar dewan.

Malaysian Insider

Photobucket

Friday, December 4, 2009

500 AHLI UMNO UGUT KELUAR PARTI

RANTAU PANJANG, 4 Dis: Krisis Umno Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.

Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.

Difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dijangka keluar Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.

“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.

“Peluang untuk ahli mencalon tokoh-tokoh lain yang bersesuaian untuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita sudah tidak ada lagi ketika itu,” katanya.

Mohd Zin bekas Adun Bukit Tuku digantung jawatannya oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun kerana dikatakan menaja calon bebas di Dun Gual Periok pada pilihan raya umum 2008.

Wan Yaakob berkata, mereka yang memegang jawatan di Rantau Panjang sekarang seolah-olah dilantik Umno Pusat tanpa memberi peluang kepada ahli dari 160 cawangan membuat pemilihan.

Konflik yang berlaku antara Mohd Zin dan Abdullah memuncak ketua bahagian sekarang dikatakan memecat PPM serta KPPM yang dilantik bekas ketua bahagian sebelum ini.

“Ini membuatkan kami rasa panas hati dan harus dicari jalan penyelesaian segera,” kata Wan Yaakob ketika ditemui di majlis sambutan hari raya korban di cawangan Umno Baroh Pial semalam.

Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.

Menurutnya juga kesemua mereka yang dipecat telah meminta jasa baik pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya bersama beberapa rakan telah berjumpa Datuk Pa dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein meminta mereka campur tangan selesaikan perkara ini segera.

“Tetapi sampai sekarang tak ada sebarang tindakan diambil. Ini membuatkan kami merasa tawar hati,” kata Wan Yaakob.

Beliau juga berkata perjumpaan di Baroh Pial itu sebagai asas permulaan untuk tindakan protes selanjutnya.

Menurutnya selepas itu mereka akan majlis serupa di Dun Meranti kemudian dikuti Dun Gual Periok.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuk Mohd Zin, bekas KPPM, Mohd Zin Che Ngah, Zahari Omar (bekas KPPM), Yakob Yunus (bekas PPM dan AJK bahagian), Fauzi Mat Jusoh (AJK bahagian), Wan Aminuddin (AJK bahagian) dan ketua puteri bahagian, Norhayati Mat.

Harakah Daily

Photobucket

Thursday, December 3, 2009

PROGRAM ANGKASAWAN DIPERSOAL LAGI

Program Angkasawan dipersoal lagi, cadang beli kapal angkasa

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Biarpun telah dijawab berulang kali, namun persoalan perbelanjaan dan keberkesanan Program Angkasawan Negara masih dipersoalkan lagi.

Di Dewan Rakyat hari ini Datuk Haji Ismail Haji Abd. Muttalib (BN-Maran) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan Kementerian dalam penglibatan Malaysia dengan Program Angkasa Lepas. Apakah yang telah terjadi dengan Program Angkasawan Negara sehingga hari ini, apakah ianya akan diteruskan atau sebaliknya.

Menterinya Datuk Dr Maximus Ongkili (BN-Kota Marudu) menjelaskan bahawa soalan tersebut telah dijawab beberapa kali malah semalam sahaja tidak kurang lima Ahli Parlimen bangkit menyentuh perkara yang sama.

Katanya peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program tersebut adalah sejumlah RM37 juta dan program kesedaran awam masih diteruskan sehingga kini bagi memberi pendidikan kepada kumpulan sasaran.

Kerajaan pada dasarnya akan diteruskan lagi namun tarikh dan peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut belum ditentukn lagi tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan pada masa itu.

Kemneterian katanya akan terus menjalankan program galakan dan latihan untuk angkasawan kedua Mejar Dr Faiz Khaleed dan kajian-kajian mikrograviti yang berkaitan.

Dalam soalan tambahan, Ismail mengemukakan cadangan supaya kerajaan membeli sebuah kapal angkasa bagi membuktikan kemampuan Malaysia yang dalam masa yang sama telah berjaya menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula membangkitkan persoalan sama ada Kerajaan hanya bergantung kepada pembelian 'off set' Sukhoi dari Rusia, untuk meneruskan dan membiayai program tersebut.

"Kerajaan telah menolak pemindahan teknologi dari Rusia sebaliknya bersetuju dengan tawaran projek menghantar angkasawan.

"Adakah nak tunggu tambahan beli Sukhoi baru nak teruskan program?

"Dan Apakah kerajaan tidak mempunyai perancangan masa depan dari sudut pembangunan untuk program ini" katanya.

Harakah Daily

Photobucket