BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Tuesday, November 24, 2009

KERAJAAN PAHANG GAGAL - BAJET TERUS DEFISIT

PAS dakwa tiada fokus punca bajet Pahang terus defisit

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, Nov 24 — Kerajaan Pahang baru-baru ini membentangkan Bajet 2010 yang memperlihatkan kedudukan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Sungguhpun bagi sesetengah penganalisis ekonomi, defisit sebanyak RM92,481,950 ini bukanlah masalah besar kerana ia cuma menggambarkan sumber pendapatan negeri yang tidak bertambah berbanding peningkatan perbelanjaan, namun bagi PAS Pahang ia membuktikan Barisan Nasional (BN) bukan pemerintah yang cekap.

“Kerajaan yang cekap seharusnya memastikan pendapatan negeri sentiasa selari dengan perbelanjaan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr. Hamzah Jaafar sambil menyifatkan perkembangan ini ekoran penjanaan ekonomi yang lemah dan tidak berdaya saing.

Selain defisit, bajet negeri kali ini juga telah menunjukkan pengurangan peruntukan dari RM925,270,000 buat tahun 2009 kepada RM814,365,760 bagi tahun hadapan.

Ini menurut Hamzah, sangat berbeza dengan ekonomi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, yang terus mempamerkan peningkatan memberangsangkan.

Hamzah yang ditemui selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini juga risau akan ketidakselesaan rakyat menerima bajet tahunan negeri yang terus defisit dan ditambah pula dengan peruntukan yang semakin berkurang.

Justeru beliau menegaskan rakyat yang bakal menerima kesan terbesar akibat pengurangan ini.
Bagi PAS Pahang, Hamzah menyeru rakyat negeri ini supaya celik akan kegagalan berpanjangan kerajaan Pahang di bawah teraju BN mengurus tadbir negeri dan ekonomi negeri yang sudah sampai ke kemuncaknya, maka kepimpinan semasa perlu ditukar pada pilihan raya umum akan datang.

Hamzah, bekas pensyarah Universiti Malaya, merasakan adalah sesuatu yang ganjil untuk sebuah negeri seperti Pahang berada dalam kedudukan kewangan setenat ini sedangkan Pahang mempunyai segala sumber kekayaan semula jadi.

Lebih menghairankan, mengapa kerajaan negeri juga kelihatan seakan sudah terperangkap dengan hutang dari syarikat-syarikat korporat dengan nilainya mencecah ratusan juta ringgit.
Walaupun Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini memberi alasan antara sebab kekurangan hasil negeri adalah akibat pewartaan 3.6 juta hektar tanah di negeri ini sebagai kawasan rizab untuk pelbagai perkara, Hamzah berpendapat ia cuma alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Hasil pemerhatiannya, Hamzah merumuskan permasalahan sebenar Kerajaan Negeri Pahang adalah tiadanya fokus asas arah perancangan ekonomi negeri.

Pahang yang luas dengan kekayaan sumbernya patut meletakkan keutamaan sumber bagi menjana hasil seperti pertanian, industri, pelancongan atau petrokimia.

Disebabkan faktor itu, pembangunan projek-projek seperti pembalakan dan komoditi sawit tidak hadir bersama pembangunan sektor hiliran.

“Pastinya ini sesuatu yang merugikan,” jelas beliau.

Selain fokus, pentadbiran kerajaan negeri turut berhadapan dengan masalah kelemahan penguatkuasaan yang serius. Statistik menunjukkan hasil cukai negeri yang dikutip biasanya hanya di bawah 70 peratus.

Hamzah menambah kerajaan negeri dilihat suka membazir dalam berbelanja, khususnya dalam penubuhan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak berakhir dengan kerugian.
Syarikat-syarikat ini sepatutnya ditutup untuk tidak terus menyulitkan keadaan kewangan negeri. Sikap membazir ini juga dibuktikan dengan penyelewengan seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Sudah pasti satu mekanisme baru perlu dicari untuk meminimumkan perbelanjaan negeri dan serentak dengan itu pendapatan negeri pula perlu diusaha untuk ditingkatkan supaya defisit boleh dihentikan dan peruntukan-peruntukan untuk kelestarian rakyat ditambah.

Untuk ini pemantauan perlu dilakukan seberkesan mungkin, katanya.
Oleh itu soal Hamzah: “Sejauh mana matlamat ini dapat dicapai?”

Malaysian Insider

Photobucket

Monday, November 23, 2009

ADIK PM DIDESAK JELASKAN SAHAM CIMB RM30 JUTA

Adik PM diminta perjelas miliki RM30 juta saham CiMB

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta.

Menurut Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.Manakala, Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan bahawa jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.Dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada tahun 2008 bernilai lebih RM1 juta.

Badrul yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Nazir-Azalina membuat penjelasan atas pemilikan saham CiMB secara misteri tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media antarabangsa melaporkan Presiden AS Barrack Obama sendiri sebelum ini menghubungi PM Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung berhubung kes terbabit.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Ianya sekaligus membolehkan AS serta beberapa negara yang anti kedua-dua kerajaan komunis tersebut bersikap dingin dengan Malaysia.Selagi Nazir-Azalina tidak menjelaskan tentang pemilikan saham CiMB yang misteri itu tegasnya, selagi itulah Najib tidak berupaya menjernihkan hubungan diplomat


Photobucket

Sunday, November 22, 2009

KEJOHANAN FUTSAL DPP PEKAN (PIALA UST FADHIL NOR)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ust Fadhil Nor Abdul Karim.

Kejohanan satu hari ini telah disertai oleh 32 pasukan dari sekitar Kawasan Parlimen Pekan dan diadakan di Dewan Serbaneka Chini Timur 2.

Piala Pusingan telah disumbangkan oleh Ust Fadhil Nor.

Inilah kejohanan pertama anjuran Dewan Pemuda,ianya berlangsung dalam suasana semangat kesukanan yang cukup tinggi,dimana tidak terdapat langsung insiden-insiden yang besar yang mencacatkan program tersebut,cuma sedikit rasa tidak puashati diatas keputusan pengadil,namun ianya tidaklah menimbulkan kekecohan dan diselesaikan dengan cukup berhemah oleh urusetia DPP.

Pemuda PAS Cawangan Jaya Gading pada mulanya bercadang untuk menghantar 2 pasukan tetapi oleh kerana sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya terpaksa menghantar satu pasukan sahaja untuk menyertai kejohanan tersebut.

Alhamdulillah Pemuda PAS Jaya Gading berjaya mendapat tempat ke-3 dan merangkul hadiah medal dan wang tunai sebanyak RM200.

Berikut adalah keputusan peringkat pusingan pertama,yang melibatkan pasukan Pemuda PAS Jaya Gading :

Jaya Gading 1 vs Tateh FC 1

Jaya Gading 2 vs Flizz 1

Jaya Gading 2 vs Ayo Q FC 1

Pemuda PAS Jaya Gading muncul juara bagi kumpulan 'E'

Pada peringkat pusingan kedua Pemuda PAS Jaya Gading menentang naib juara bagi kumpulan 'F' yang berkesudahan Jaya Gading menang dengan 3 - 0.

Pada peringkat suku akhir Pemuda PAS Jaya Gading telah menentang pasukan Sedap Sangat yang berkesudahan Jayang Gading menewaskan pasukan Sedap Sangat 3 - 1.

Namun Pemuda PAS Jaya Gading terpaksa akur dengan kekuatan pasukan dari Pekan,iaitu Takdir FC apabila tewas 2 - 4.




Ust Fadhil Nor Abdul Karim bergambar bersama dengan semua pasukan yang meang iaitu Johan,Naib Johan,tempat
ke-3 dan tempat
ke 4


Inilah Pasukan Takdir FC yang telah menjadi juara Kejohanan Futsal Piala Ust Fadhil sekaligus melayakkan mereka untuk mewakili Daerah Pekan diKejohanan Futsal DPP Negeri.
















Ini adalah pasukan Hiliran FC yang telah menjadi Naib Johan

Pasukan yang mendapat tempat Pertama dan kedua Takdir FC dan Hiliran FC

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal ini.

Photobucket

Saturday, November 21, 2009

AL FATIHAH : YDP CAMERON HIGHLAND MENINGGAL

YDP Cameron Highland meninggal dunia

PAS Pahang kehilangan seorang lagi tokoh apabila Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands Ustaz Ahmad bin Ludin, 63, kembali ke rahmatullah pada 20 November 2009 (Jumaat) lalu.

Menurut sumber PAS Kawasan, sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau sempat menyampaikan kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Lipis.

Apabila berjalan untuk mengambil wuduk, beliau tiba-tiba dikatakan rebah dan meninggal dunia ketika belumpun masuk waktu sembahyang.

Allahyarham dilahirkan pada 28 Mei 1946, meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan).

Berkelulusan Sijil Tinggi Agama Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

AJK Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) itu mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur pada tahun 2007.
PAS Pahang merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan.

PAS Pahang diwakili Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang tersebut. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.

Photobucket

Friday, November 20, 2009

NIZAR NEWS : BERSIH SEGERA DAFTAR PEMILIH PEKAN - PKR

PKR desak SPR bersihkan daftar pemilih Pekan

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Nov 20 — Suatu ketika dahulu, pernah dihebohkan akan wujudnya sebuah penempatan seakan kampung baru yang dihuni kebanyakannya oleh orang luar di Unit Peti Undi Sungai Miang dalam Parlimen Pekan.

Semakan terbaru terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai hingga 30 September 2009) yang dipamerkan bagi bahagian Parlimen Pekan memperlihatkan keganjilan.

Antaranya wujud ramai pengundi baru yang mendaftar sebagai pemilih di bahagian itu akhir-akhir ini.

Kebanyakan mereka dikesan mempunyai alamat asal negeri utara Semenanjung dengan kod negeri dalam kad pengenalan mereka adalah 02 iaitu merujuk kepada Kedah.

Kerusi Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan kerusi tradisi beliau sejak awal lagi.

Mengulas tentang ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Kamarul Hatta Mohamad Ali mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya segera membuat semakan dan pembersihan dalam senarai daftar pemilih.

Sungai Miang terus menimbulkan kecurigaan, apatah lagi dengan wujudnya kelompok masyarakat Myanmar dan Kemboja di situ yang jika dilihat seperti memperoleh keistimewaan untuk memiliki tanah dan mendirikan penempatan dalam waktu yang singkat — keistimewaan yang tidak pernah dirasai oleh penduduk tempatan sendiri.

Ini sejajar dengan penemuan Kamarul Hatta dalam semakannya yang mendapati wujud pemilih berdaftar yang mempunyai kod negeri kelahiran 71, negeri atau negara yang tidak diketahui.
Siasatan The Malaysian Insider mendapati yang kod negeri kelahiran 71 tidak wujud dalam senarai bagi negeri kelahiran seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sama ada untuk negeri-negeri dalam Malaysia atau untuk negara-negara luar.

Keadaan sebegini menimbulkan tanggapan, termasuk di kalangan penduduk tempatan sendiri bahawa ini adalah perancangan rapi dalam usaha menetapkan keputusan pilihan raya umum.
Perkara ini adalah serius dan pemindahan pengundi secara begini adalah tindakan haram, kata Kamarul Hatta.

Justeru tegas beliau, SPR perlu bertindak secepat mungkin membuat pemantauan dan penapisan sebelum kewibawaannya dipertikaikan.

Malaysian Insider

Photobucket

Thursday, November 19, 2009

NIZAR NEWS : RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA 3

Bahagian Pertama (Siri 2)
Syahdan jikalau sentiasa memusyahadahkan kaifiat yang tersebut itu hingga fanalah af`al Allah Ta`ala nescaya jadilah Ahli Tauhid yang sebenarnya dan memperoleh dua ni`mat syurga, seperti firman Allah Ta`ala:

Ertinya: Bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam Tuhannya. (Arrahman :46)

Maka syurga yang pertama itu iaitu syurga ma`arifat akan Allah Ta`ala didalam dunia dan syurga yang kedua iaitulah syurga ma`alum di akhirat yang lagi akan datang.

Dan lagi maqam tauhidul af`al ini maqam yang di bawah sekali daripada segala maqam “`Aarifiiin Billah” dan dengan dialah boleh sampai kepada maqam yang di atas dan maqam inilah mula-mula yang dianugerahkan Allah Ta`ala kepada orang yang “salik” (سالك) atau orang yang :Majzub” (مجذوب), dan erti orang salik iaitu orang yang sungguh-sungguh ijtihadnya berbuat `ibadat dengan riadhah dan mujahadah dan meng`amalkan segala wirid ijazah gurunya dengan tiada cedera. Dan erti majzub iaitu orang yang di ambil Allah Ta`ala dengan terkejut memperoleh ma`arifat tauhidul af`al dan tauhidul asmak dantauhidus sifat dan tauhiduzzat dengan tiada berbuat ibadat talkin guru dan ijazah masyayikh (مشايخ) dan erti `arif itu iaitu orang yang mengenal Allah Ta`ala dan mengenal hamba dan dapat membezakan Khaliq dan makhluq dan musyahadah akan yang tersebut itu. Wallaahu a`alamu bissawab wailaihil marji`u wal ma-ab.

Adapun kaifiat mengesakan Allah Ta`ala pada asmak iaitu bahawa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan `iktiqad yang putus bahawasanya Allah Ta`ala jua WAHDANIAH pada asmak ertinya esa pada segala nama, maka tiada sekali-kali didalam `alam ini mempunyai nama pada hakikatnya melainkan zat Allah Ta`ala . Adapun segala nama di dalam `alam ini sekeliannya mazhar ( مظهر) ertinya kenyataan asmak Allah Ta`ala kerana tiap-tiap asmak itu menuntut akan wujud musamma (مسمى) ertinya yang empunya nama, maka tiada yang maujud pada hakikatnya hanyalah Allah Ta`ala sendiriNya jua , dan wujud segala a`lam ini hanya khayal dan waham jua dengan nisbah kepada wujud Allah Ta`ala. Maka sebab itulah kembali segala asmak itu kepada yang maujud iaitu Allah Subhanahu Wata`ala, seperti firman Allah Ta`ala:
ertinya: Barang dimana ada kamu maka adalah di sana wujud Allah.( Barang kemana engkau hadapkan mukamu atau hatimu atau rohmu atau `akalmu adalah disana wujud Allah Yang Esa pada segala asmak), ( al Baqarah: 115. ) Dan firman Allah Ta`ala :
Ertinya : apa jua ketika yang berdoa` kamu akan Allah Ta`ala maka baginya beberapa nama yang baik. (al Israk :110).

Syahdan apabila tetap musyahadah akan wahdaniah Allah Ta`ala pada asmak , nescaya apabila engkau melihat seseorang murah, Allah Ta`ala jua yang bernama Arrahmaan dan apabila engkau lihat orang kaya Allah Ta`ala jua bernama Alghaniy dan apabila engkau lihat orang yang membunuh akan seseorang Allah Ta`ala jua bernama Almumaiyit. Maka kiaskan olehmu akan yang lainnya , hasilnya terhimpun sekelian asmak itu pada dua isim, pertama, Jaame`i ertinya menghimpunkan, iaitu menghimpunkan sekelian mazhar pada asmak Allah Ta`ala iaitu “SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH”
(شهود الكثرة فى الوحدة) ertinya pandang yang banyak pada yang satu. Muradnya sekelian `alam ini daripada Allah Ta`ala tiada daripada yyang lainnya. Kedua Maani` (مانع) ertinya ,menegahkan, iaitu tertegah sekelian mazhar daripada mempunyai asmak. Muradnya daripada Allah Ta`ala jua terbitnya sekelian `alam ini dan tertegah daripada lainnya iaitu “SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH” (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu pada yang banyak . ( Permulaannya daripada Allah Ta`ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allah Ta`ala) seperti fiman Allah Ta`ala :

Ertinya: dan bagi Allah Ta`ala jua permulaan segala pekerjaan dan kepadaNya dikembalikan mereka itu.
Syahdan maqam inilah maqam yang kedua daripada maqam `Aarifiin dan dengan dialah boleh sampai kepada maqam yang di atasnya yang dianugerahkan Allah Ta`ala akan orang yang “Saalik” (سالك) atau “Majzub” (مجذوب). Wallhu a`alamu bissawab wailaihil marji`u wal ma-ab.

Ikuti siri-siri terdahulu :
Photobucket

Wednesday, November 18, 2009

NIZAR MB SAH : AHMAD SAID DIDESAK LETAK JAWATAN

Indeks rasuah merudum : Ahmad Said didesak letak jawatan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 18 Nov: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.

Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini.


"Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28," katanya.

Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

"Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Bagi beliau, punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.

Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low mengedarkan CPI dalam satu sidang medianya.

Dalam sidang media itu, dia memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.


Photobucket

NIZAR NEWS : RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

INILAH RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

Bahagian Pertama (Siri Pertama)

Adapun syari`at ertinya kenyataan ya`ani barang yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala daripada segala hukum amar dan nahi dan lainnya , maka ta`alok ia pada anggota .

Adapun Thariqat , ertinya jalan, ya`ani jalan yang menyempurnakan syari`at seperti taubat dan zuhud dan tawakkal dan sabar dan redha dan sidik dan muhibbah dan zikrulmaut dan lainnya daripada segala perangai yang terpuji, maka ia ta`alok pada hati dan nyata pada anggota.

Adapun Haqiqat, ertinya, `iktiqad yang sebenarnya yang wajib dipercayakan sama ada uluhiat atau nubuwiyat atau sam`iyat iaitu taa`lok pada perbutan hati.
Adapun Ma`arifat, ertinya pengenalan yang sempurna kepada Allah Ta`ala iaitu ta`alok pada sirr hati , maka ertinya mengnal itu – iaitu mengenal wahdaniah Allah Ta`ala pada af`al dan pada asmak dan pada sifat dan pada zat dengan `itiqad yang yakin sekira-kira tetap pada `itiqadnya, tiada yang memperbuat sekelian ka-inat melainkankan Allah Ta`ala . Dan tiada yang maujud didalam ka-inat hanya Allah Ta`ala.

Adapun segala perbuatan mukmin dan asmaknya dan sifatnya dan wujudnya tiada mempunyai wujud haqiqi yang sebenarnya.

Syahdan, bermula kaifiat mengesakan Allah Ta`ala pada af`al , iaitu bahawa enkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan `itiqad yang putus bahawasanya sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam, sama ada perbuatan yang baik ,seperti iman, dan ta`at atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan ma`asiat dan samaada dirinya atau perbuatan lainnya dan sama ada perbuatan mubasyiroh atau perbuatan tuwallid, maka erti perbuatan mubasyiroh itu iaitu yang beserta dengan usaha hamba, seperti gerak kalam pada tangan orang yang menyurat , dan erti perbuata tuwallid itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyiroh , seperti jadi huruf yang disurat oleh yang menyurat.

Maka apabila tetap pada pemandangan mata hatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku didalam `alam ini semuanya perbuatan Allah Ta`ala dengan hakkul yakin baharulah engkau mendapat ma`arifat wahdaniat af`al dan fana sekelian af`al makhlok, maka ketika itu lepaslah engkau daripada syirik khafi dan `ujub dan riyak dan sam`ah dan lainnya , dan jadi engkau daripada ahli tauhid yang sebenar lagi maufakat ma`arifat engkau dengan Quran dan hadis dan ijma`a `ulamak, seperti firman Allah Ta`ala :
Ertinya : Bermula Allah Ta`ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. (Assaaffaat ayat 96)

Dan lagi firman Allah Ta`ala :

Ertinya: Katakan olehMu hai Muhammad ,segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala maka betapakah bagi mereka itu kaum tiada hampir faham mereka itu akan perkataan.
( Annisak: 78).
Sabda Nabi s.a.w.

لا تتحرك ذرة إلا بإ ذ ن الله

Ertinya : Tiada bergerak di dalam `alam ini suatu zarrah jua pun melainkan dengan izin Allah Ta`ala.

Dan lagi kata Saidi `Umar ibnul Fariddh r.a.:

ولو خطرت لى فى سواك إرادة على خاطر سهوا قضيت برد تى

Ertinya: Jikalau terlintas dalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku jikalau dengan lupa sekalipun nescaya aku hukumkan diriku itu murtad. Maka nyatalah dengan yang tersebut itu bahawasanya ma`arrifat Ahli Sunnah wal jama`ah , makhlok ini tiada sekali-kali mempunyai perbuatan , barang perbuatan ada ia hanya yang berlaku dalam `alam ini semuanya af`al Allah Ta`ala maka ketika itu tetaplah Allah Ta`ala wahdaniat pada af`al , mustahil padaNya ( كم متصل ) Kam muttasil pada af`al dan ( كم منفصل ) kam munfasil pada af`al melainkan yang ada pada makhlok ini usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya dan keduanya itulah ta`alok hukum syarak. Maka barangsiapa mengusahakan amar Allah Ta`aala maka dibalas dengan syurga dan barangsiapa mengusahakan nahi Allah Ta`ala maka dibalas dengan neraka. Maka jangan sekali-kali engkau melampaui syari`at Muhammadiah, jikalau engkau melampaui akan yang demikian itu jadi kafir zindik engkau, seperti kata Sultan aulia Abdul Kadir Jailani:

كل حقيقة لا تؤيد ها الشريعة فهى زنديق

Ertinya: Tiap-tiap hakikat yangn tiada meneguhi akan dia oleh syari`at maka iaitu zindik.
Dan seperti kata Sayyidi Al Thaa-ifah al Saufiah Imam Junid al Baghdadi:

من تفقه بغير تصوف فقد تفسق ومن تصوف بغير تفقه فقد تزندق ومن جمع بينهما فقد تحقق.

Ertinya: Barang siapa mengetahui `ilmu feqah (syari`at) dengan tiada mengetahui `ilmu tasauf (hakikat) maka sesungguhnya orang itu faasiq, dan barangsiapa mengetahui `ilmu tasauf dengan tiada mengetahui `ilmu feqah maka sesungguhnya orang itu zindiq dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya (fiqah dab tasauf) maka sesungguhnya orang itu tahqiq yang sebenarnya. Dan seperti kata `ulamak tasauf:

الشريعة بلا حقيقة عا طلة والحقيقة بلا شريعة باطلة.

Ertinya: Bermula syari`at dengan tiada haqiqat itu hampa dan haqiqat dengan tiada syari`at itu batal.

Maka hendaklah engkau berpegang dengan adab yang sempurna serta ma`arifat dan haqiqat yang tersebut itu, maka jangan engkau sandarkan segala kejahatan itu kepada Allah Ta`ala atau menghinakan Allah Ta`ala seperti dikata Allah Ta`ala jua yang menjadikan zina atau Dia yang menjadikan anjing dan babi. Maka iaitu haram dan terkadang membawa kepada kufur jikalau ada terkandung di dalamnya meringan-ringankan syari`at. Maka wajib atasmu meng`amalkan adab yang dimafhum daripada firman Allah Ta`ala:

Ertinya: Dan barang yang mengenai akan dikau daripada kebajikan maka iaitu daripada Allah Ta`ala dan barang yang mengenai akan dikau daripada kejahatan maka iaitu daripada usaha dirimu. (Annisak:79)

Maka nyatalah daripada yang demikian itu tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada Allah Ta`ala melainkan pada maqam ta`allim (تعلم) jua. Dan lagi wajib atasmu memeliharakan diri daripada tergelicir pada kaum yang sesat pada mengiktiqadkan perbuatan hamba seperti Kaum Qadariah dan Kaun Jabariah dan lainnya.

Maka Kaum Qadariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba jadi daripada kudrat hamba yang baharu dan memberi bekas padanya. Dan Kaum Jabariah itu iaitu orang yang mengiktiqadkan segala perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala sendirinya dan hamba tiada sekali-kali masuk usaha ikhtiar padanya, hanya adalah hamba seperti bulu yang di terbangkan oleh angin. Dan wajib atasmu berpegang dengan Mazhab Ahlissunnah wal jama`ah, iaitu mengiktiqadkan sekelian perbuatan hamba semuanya daripada Allah Ta`ala seperti yang telah lalu serta bagi hamba usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas keduanya. Dan yang di atasnya Mazhab Ahli Kasyaf iaitu orang yang dianugerahi Allah Ta`ala terbuka dinding ka inat, maka memandang mereka itu akan fa`il haqiqi yang sebenarnya dengan pandangan ma`arifat dan zuq wijdan (وجدا ).
bersambung.......................

Photobucket

Tuesday, November 17, 2009

NIZAR NEWS : INILAH RISALAH `AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Bahagian Pertama

Pengenalan

الحمد لله رب العا لمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا

محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Alhamdu lillaahi Rabbil `Aalamin, wassolaatu wassalaamu `alaa asyrafil mursaliin Saiyidina Muhammad wa `alaa aalihii wasohbihi ajma`iin.

Adapun kemudian daripada itu maka berkata hamba yang daif lagi amat hina iaitu Abdul Rahman Sidik Banjari:

Manakala hamba bersangatan puas dan jemu melihat dan mendengar didalam berpuluh-puluh tahun keadaan ghalib manusia di Tanah Jawi kita ini masing-masing menuntut ilmu penghabisan dan ilmu kesempurnaan diri dan ilmu perpegangan ketika sakaratal maut yang sehabis tinggi, manakala ditakrirkan oleh `ULAMA` YANG HAK ahli sunnah wal jama`ah akan jalan makrifat ahli tasauf yang sebenarnya yang berasal daripada Al Quran dan Hadis dan ijma` `ulama` maka tiba-tiba jadi ringan kepada mereka itu.

Sesetengah mereka itu berkata belum lagi sampai kepada ilmu yang sebenarnya dan masih kulit, belum isinya dan setengah mereka itu mendakwa `ulamak menyembunyikan ilmu yang sebenar, dan yang diajarkan `ulamak itu emas muda bukannya emas perada, hingga berbagai-bagai perkataan mereka itu dan mereka itu pun sentiasa beredar dikeliling segala negeri kita ini mencari-cari i`ilmu yang sebenarnya, hingga bertemu mereka dengan”DLALLA MUDLILLI” ( ضل مضل ) ertinya : orang-orang yang sesat lagi menyesatkan orang. Pada hal ia mengaku mempunyai ilmu yang sebenar, yang tidak ada pada `ulamak lain dan ia merupakan dirinya `ulamak yang hak.

Maka menuntutlah mereka itu kepadanya `ilmu rahsia yang halus-halus dengan segala syarat bagi mendapatkan ilmu itu. Sesetengahnya dengan syarat kain putih dan tikar putih dan dengan katan dan ayam dan wang yang tertentu dan barang sebagainya.. Maka diajarkannya oleh guru-guru palsu itu. Sesetengahnya Allah Ta`ala ada didalam diri kita dan sesetengahnya dengan satu dua kalimah seperti “THAQQULLAAH”(طقواالله) yang apabila mendengar bengkarung atau cicak nescaya masuk syurga. Dan sesetengahnya pula apabila hampir sakaratilmaut datang kepadanya malaikat yang empat dan Nabi Muhammad dan Allah Ta`ala dan ada nur yang terdiri kelangit yang diperpegangi , dan sesetengahnya pula apabila memakai ilmunya sampai ke mertabat “TAWASSU`” (توسع) ertinya: keluasan dan kelapangan, sembahyang jadi, tak sembahyang jadi, dan tak wajib menuntut ilmu agama yang lainnya daripada “Amar” (suruh) dan :Naahi: (tegah) dan ikalau mahu sembahyang pun tiada wajib qasad, t`aradl t`aayin, hanya musyahadah wujud Allah T`a`ala atau fana di dalam Nur Muhammad hingga beberapa bagai yang amat banyak yang didapati daripada pengajaran guru-guru yang palsu yang DLALLA MUDLILLI dan ia Khalifah Dajjal bagi menyesatkan orang yang Islam sekeliannya.
اللهم احفظ وارحم أمة محمد صلى الله عليه وسام من تلك البدع المنكرة المكرة Hai! Tuhanku, peliharakan dan kasihankan olehMu umat Nabi Muhammad s.a.w. daripada beberapa bid`ah yang mungkar lagi yang mengkafirkan itu.

Syahdan maka dengan beberapa sebab yang tersebut itu terlintas pada hati memperbuat RISALAH INI pada menyatakan ma`arifat Ahlullah yang sebenarnya yang mempunyai asal daripada Quran dan hadis dan ijma` ulamak. Maka setengahnya daripada tertibnya , bermula ma`arifat `ulamak mengikut ma`arifat Imam-imam yang empat dan mereka itu mengikut m`arifat aulia dan mereka itu mengikut sahabat Nabi s.a.w. dan mereka itu mengikut ma`arifat Nabi Muhammad s.a.w.maka ma`arifat Nabi kita bersamaan dengan ma`arifat anbia dan mursalin yang dahulu-dahulu dan bersamaan dengan ma`arifat ahli langit hingga ke atas. Tetapi hamba dahulukan pada risalah ini pada menyatakan Syari`at dan Thariqat dan Haqiqat yang simpan, kemudian daripada itu baharulah hamba menyatakan amal ma`arifat dengan ikhtisar jua yang hamba dapat mafhum daripada kitab tasauf. Wassalam.

Bahagian Pertaman

Siri Pertama akan menyusul esok.............
Photobucket

ERA NAJIB ALTANTUYA : BERSIH DIBAWAH NAJIB UMPAMA MIMPI

Keinginan melihat 'bersih' dibawah Najib umpama mimpi

Membaca blog YB Wee Choo Keong yang dalam perbahasan belanjawan di Parlimen secara jelas membangkitkan nama setiausaha politik, Perdana Menteri Malaysia.

Nama ini dikaitkan dalam ucapan Wee sebagai MR Political Toll yang dikatakan mengutip keuntungan dengan menggunakan kedudukan sebagai setiausaha politik Menteri Kewangan.

Beliau dikaitakan dengan agihan projek dan tender DBKL juga. Ucapan Wee ini perlu diberikan perhatian khusus.

Dalam rang undang - undang kewujudan SPRM tidak memerlukan laporan rasmi, jika SPRM masih bernyawa sudah tentu pembongkaran seserius ini perlu diambil perhatian. Namun cheGuBard yakin SPRM telah lama mati menjadi bangkai.Nama setiausaha Najib ini bukan kali pertama terkait dengan rasuah. sila klik sini

Berikut ialah contoh aduan mengenai rasuah politik yang melibatkan setiausaha Najib ini. Siasatan dijalankan dan berdasarkan beberapa maklumat dalaman sah memang boleh disabitkan, namun mungkin oleh kerana dia setiausaha Najib maka ia 'kebal'.....Nampaknya untuk melihat 'bersih' dibawah Najib ia umpama mimpi yang tidak akan kunjung tiba....

Che Gu Bard

Photobucket

NIZAR : TARIK MINAT PENGUNDI MUDA - AMK

AMK Selangor Kemuka Cadangan Tarik Minat Pengundi Muda

Angkatan Muda Keadilan( AMK) Selangor mengemukakan cadangan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi memperkasakan lagi kedudukan parti itu di Selangor.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut dalam Konvensyen PKR Selangor semalam berkata penekanan perlu diberikan kepada generasi muda sebagai golongan yang memainkan peranan penting dalam PRU12 lalu.

Ini berikutan statistik menunjukkan kuasa politik generasi muda ini menunjukkan peningkatan dengan jumlah yang sangat signifikan.

Menurutnya, mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat,cekap, telus dan bebas rasuah serta penyelewengan dapat membantu menarik minat generasi muda ini untuk terus menyokong dan mengundi parti ini dalam pilihanraya akan datang (PRU13).

"Kerajaan perlu mengurangkan karenah biokrasi yang tidak perlu dalam pentadbiran dan keduanya pihak berkuasa tempatan perlu efektif dan pantas menyelesaikan sebarang isu dan permasalahan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Menggilap Harapan Rakyat dari Perspektif Anak Muda sempena Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Selangor di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, menurutnya memperkasa kualiti hidup rakyat juga perlu dengan memberi tumpuan lebih kepada isu pekerja.

Dalam pembentangan itu juga, Mohd Ezli turut menekankan beberapa faktor yang menjadi asas perubahan generasi muda menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lalu.

Faktor tersebut menurutnya ialah berkaitan isu rasuah, ketelusan, karenah birokrasi dan institusi-institusi penting kerajaan yang menjadi perkakas politik dan berat sebelah.

"Faktor keperibadian dan imej pemimpin serta politik UMNO/Barisan Nasional yang bersifat angkuh kepada rakyat, terlibat dengan pelbagai skandal salahlaku dan penyelewangan wang rakyat,tidak mendengar suara rintihan rakyat dan menganggap bahawa kerajaan UMNO /Barisan Nasional sentiasa betul dan pandangan rakyat sentiasa ditolak dan tidak didengar dengan penuh empati",katanya.

Katanya imej ini telah membentuk perspektif negatif rakyat terhadap Barisan Nasional.
Pembentangan itu turut menekankan halatuju dan gerak kerja parti ini untuk PRU-13 dan misi menawan Putrajaya.

"Strategi politik untuk PRU-13 perlu dipelbagaikan dengan menggunakan segala kekuatan maksimum yang ada dan tidak menggunakan gaya dan strategi politik PRU-12 yang mungkin mudah dipatahkan oleh pihak lawan",katanya.

TV Selangor

Photobucket

Monday, November 16, 2009

NIZAR | ZAMBRY : 19 TAHUN PAS LULUS KPI DGN CEMERLANG - LIM KIT SIANG

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang

Oleh Md Zuharman

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Harakah Daily

Photobucket

ZAMBRY : AZMIN SAMAN VIGNESWARAN

Azmin Saman Vigneswaran

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pagi Isnin mengesahkan bahawa beliau telah memulakan prosiding undang-undang ke atas bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran kerana memfitnahnya.

Minggu lalu, Vigneswaran mendakwa beliau telah menerima satu dokumen yang ditinggalkan di kediamannya di Kota Kemuning yang mengandungi butiran-butiran mengenai pembelian saham-saham oleh Azmin serta isteri dan adik iparnya bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990an.

Vigneswaran kemudiannya telah memanggil satu sidang akhbar untuk mendedahkan butiran-butiran tersebut dan meminta Azmin menjelaskan bagaimanakah beliau memperolehi wang untuk membeli saham-saham tersebut.

Ini kerana pada waktu itu, Azmin masih berkhidmat dengan kerajaan sebagai setiausaha sulit kepada menteri kewangan.

“Rabu ini satu notis akan dikemukakan ke atas Vigneswaran kerana membuat dakwaan palsu ke atas saya yang merupakan satu fitnah dan pembohongan,” kata Azmin.

Azmin berkata, Vigneswaran gagal mendapatkan menjelasan berhubung kesahihan dokumen tersebut sebaik sahaja menerimanya.

“Sesiapa sahaja wajar memahami bahawa tindakan Vigneswaran itu adalah satu tindakan yang terdesak untuk menghidupkan semula nyawa politiknya tetapi malangnya beliau terlalu terdesak sehingga sanggup meletakkan dirinya di bawah sekali bagi mencari publisiti murahan,” kata Azmin ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Selangor.

dari M Star

Photobucket

NIZAR / ANWAE : PAHANG MOHON RM280 JUTA

Pahang mohon RM280 juta ganti kawasan tadahan air

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Nov 16 — Dalam pembentangan Bajet 2010 negeri lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan negeri ada memohon daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM280 juta setahun sebagai balasan pengisytiharan kawasan tadahan air di negeri ini.

Setakat ini jelas Adnan, kerajaan persekutuan belum bersedia mempertimbangkannya tetapi beliau akan cuba mengusulkannya lagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Beliau amat berharap kesanggupan kerajaan negeri mengorbankan sejumlah kawasan yang luas untuk diisytiharkan sebagai kawasan tadahan air dapat diambil pehatian serius oleh kepimpinan Najib.
Kerajaan Pahang setakat ini telah mewartakan 972,839 hektar kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

Adnan menambah, jika seluruh kawasan ini dihapuskan, bukan sahaja Pahang yang bakal terjejas bekalan airnya, malah ia turut membabitkan Selangor, Negri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak kerana paras air sungai utama di negeri-negeri tersebut berpunca dari kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

Kenyataan Adnan ini sebahagiannya adalah untuk menghapuskan persepsi bahawa Pahang adalah negeri dengan aset tanah yang luas.

Adnan mendedahkan seluas 3.6 juta hektar tanah di Pahang telah diisytiharkan sebagai tanah rizab, selain untuk kawasan tadahan air juga untuk rizab Taman Negara, hidupan liar dan laut serta sungai.

Dalam pembentangan Bajet 2010 sempena persidangan ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 itu juga, Adnan mengumumkan strategi bajet kali ini adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Bajet 2010 Pahang adalah belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut, dengan jumlah defisitnya sebanyak RM92.48 juta, ia menurun berbanding RM98.61 untuk tahun ini.

The Malaysian Insider

Photobucket

Sunday, November 15, 2009

NIZAR / ZAMBRY : RAKYAT TETAP SOKONG TOK GURU

Rakyat tetap sokong Tok Guru

SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.

Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.

“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.

“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.

“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian berkata, kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Abdul Aziz di taja, disambut baik oleh Mursyidul Am Pas berkenaan.

“Kalau pemimpin lain, sudah tentu takut dan sogok macam-macam pada SPRM tetapi tidak pada beliau, inilah menyebabkan imej dan kredibiliti Nik Abdul Aziz terus bersih,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku pada Nik Abdul Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.

“Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru, saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok Guru ini, beliau mampu mengendalikan semuanya dengan baik,” :katanya.

Sinar Harian

Photobucket

Saturday, November 14, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : PAHANG BENTANG BAJET DEFISIT 12 TAHUN BERTURUT-TURUT

Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.

Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.

”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.

Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.

Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.

Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.

:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.

“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

dari Laman Sidang Online

diambil dari Sidang Online

Photobucket

NIZAR / NAJIB : PAS SABAH PERSOAL KREADIBILITI SUK

PAS PERSOAL KREDIBILITI SKN

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

KETUA Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu mempersoalkan kredibiliti Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman apabila melantik pegawai Skil hakiki S 44 sebagai Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri, sedangkan kelayakan pegawai tersebut diragui.

“Adalah keterlaluan jika Kerajaan Negeri melantik pegawai rendah sebagai Ketua Jabatan, seolah-olah tidak ada pegawai yang berkelayakan. Bayangkan pegawai ini hanya berskel S44 tetapi memangku jawatan S48 dan menanggung kerja Skel S54,” tegas Lahirul yang merahsiakan nama dan Ketua Jabatan berkenaan.

Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman mungkin terlepas pandang atau terdapat campurtangan politik sehingga pegawai junior dilantik memangku dan menanggung kerja jawatan kanan sedangkan ramai yang berkelayakan di jabatan berkenaan.

Kecenderungan Kerajaan Negeri Sabah melantik pegawai junior ini sebagai Ketua Jabatan memberikan impak yang begitu ketara kepada operasi dan sistem penyampaian jabatan yang amat penting ini sehingga Jabatan yang sering dikaitkan dengan rasuah ini terus dibelenggu masalah yang serupa.

“Kita kesal kerana Ketua jabatan tersebut gemar mengadakan lawatan ke luar daerah, namun tidak ke pejabat jabatan di daerah berkenaan, sebaliknya banyak menghabiskan masa di rumah urut atau melakukan kegiatan maksiat secara terbuka,” ujar Lahirul yang mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuntutan TNT yang dikemukakan Ketua Jabatan berkenaan kerana dipercayai sebagai tuntutan palsu.

Photobucket

NIZAR NEWS : MAJLIS IHTIFAL PASTI ALHIDAYAH JAYA GADING

PROGRAM IHTIFAL PASTI AL HIDAYAH
JAYA GADING

PASTI Al Hidayah Jaya Gading alhamdulillah telah sempurna mengadakan Majlis Ihtifalnya pada hari ini dengan dirasmikan oleh Ust Fadhil Nor bin Ab karim,Penyelaras PASTI Negeri merangkap Ketua DPP Kawasan Pekan.

Majlis yang diadakan secara sederhana namun meriah ini telah menonjolkan bakat-bakat anak-anak pelajar PASTI hasil dari didikkan berlandaskan kefahaman dan hafalan keislaman.

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan nasyid,hafalan hadith dan pantun yang cukup untuk mencuit hati hadirin akan betapa pintarnya para pelajar PASTI.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada semua pelajar PASTI 6,5 dan 4 tahun telah diempurnakan oleh Ust Fadhil Nor.

Hadiah untuk kategori kebersihan dan kedatangan juga turut diberikan.

Pemenang bagi kategori kebersihan adalah :
  • Pelajar 6 tahun - Adik Siti Khadijah bt Ramli
  • Pelajar 5 tahun - Adik Nurul Najihah bt Mat Teni
  • Pelajar 4 tahun - Adik Muhammad Azfar bin Mazlan
Manakala untuk kategori kehadiran dimenangi oleh :
  • Pelajar 6 tahun - Adik Muhammad Farhan bin Khairudin
  • Pelajar 5 tahun - Adik Che Muhammad Adam Adha bin Che Amran
  • Pelajar 4 tahun - Adik Aida Mawaddah bt Zol Kefely


Antara hasil yang amat membanggakan bagi PASTI Al Hidayah ialah kejayaan pelajar-
pelajarnya didalam menguasai pembacaan Al Quraan.Antara pelajar yang cukup memberansangkan pencapaiannya didalam bacaan Al Quraan adalah Adik Durrah bt Khairul Azmi (Gambar kiri) yang telah pun khatam Al Quran didalam usianya baru 5 tahun.

Ini adalah meerupakan kejayaan yang amat memberangsangkan dan tentu sahaja PASTI Al Hidayah amat berbangga dengan Adik Durrah yang juga telah mampu menguasai bacaan jawi dengan baik.Adik Durrah adalah merupakan anak kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Maran,Ust Khairul Azmi Al Mukry yang juga merupakan Mudir Pondok Tahfiz Darul Fikri.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan untuk semua tetamu dan pelajar-pelajar.




Photobucket

Friday, November 13, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KELANTAN NAK ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Kelantan mahu royalti, bukan wang ihsan

KUALA LUMPUR – Isu minyak di Kelantan terus menjadi hangat apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), terutama Pas, terus mendesak Kerajaan Pusat menyerahkan royalti, bukannya wang ihsan kepada negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Pusat mesti patuh kepada undang-undang negara dan mendakwa Akta Petroleum Negara 1974 jelas menyebut negeri-negeri akan menerima lima peratus royalti hasil daripada segala aktiviti petroleum di negeri-negeri tersebut.

Menurutnya, keengganan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mematuhi undang-undang dalam perkara itu jelas membuktikan tujuannya menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kita akan membangkitkan isu minyak ini pada sesi pembentangan bajet nanti. Sikap sesetengah pemimpin BN yang mahu membawa perkara ini ke mahkamah membuktikan mereka besar kepala," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ditanya apakah tindakan Pas jika Kerajaan Pusat terus enggan membayar royalti kepada Kelantan, Salahuddin berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu. Kita akan ikut prosedur dan akan terus cuba berunding dengan Kerajaan Pusat. Tindakan mahkamah adalah jalan terakhir,” katanya.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa Kerajaan Pusat bersikap berat sebelah dalam isu royalti minyak di negeri Terengganu pada tahun 1999.

“Bagaimanapun, apabila Terengganu ditawan semula oleh BN pada Pilihan Raya Umum 2004, wang ihsan ditukar semula kepada wang royalti. Ini bukti betapa tidak adilnya Kerajaan Pusat,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, keengganan Kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan jelas melanggar peraturan negara.

“Kerajaan yang sombong dan tidak adil serta melanggar undang-undang adalah amat tidak baik kepada pelabur asing. Mereka akan berfikir (dua kali) sebelum melabur dalam negara ini,” katanya.

Dewan Pemuda Pas Kelantan juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengenai isu pembayaran royalti.

Ia membuat tiga tuntutan daripada Perdana Menteri, iaitu menarik balik pengumuman Kerajaan Pusat membayar wang ihsan kepada Kelantan, membuat pengumuman akan membayar wang royalti dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas penafian hak terhadap wang royalti selama ini.

Isu minyak Kelantan timbul apabila negeri yang diperintah Pas sejak 1990 itu menuntut wang royalti daripada aktiviti petroleum di Blok Cakerawala yang bermula sejak 2005.

Pada akhir 2007, dianggarkan 8.5 trilion kaki padu petroleum dan gas daripada 22 kawasan telah dijumpai di kawasan perairan Kelantan yang terletak dalam Teluk Thailand.

Dalam laporan Jabatan Statistik 2009, negeri Kelantan disenaraikan antara empat negeri yang mempunyai aktiviti petroleum. Negeri-negeri lain adalah Terengganu, Sabah dan Sarawak.


Photobucket

Thursday, November 12, 2009

IHTIFAL PASTI AL HIDAYAH


IHTIFAL PASTI AL HIDAYAH

JAYA GADING


TARIKH : 14/11/2009 (Sabtu)


TEMPAT : MARKAS PAS JAYA GADING


MASA : 8.00 AM


PERASMIAN : UST FADHIL NOR ABDUL KARIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Pekan





Photobucket

Wednesday, November 11, 2009

NIZAR NEWS : SERTAI PAS BARU DAPAT JADI TIMB EXCO - HUSAM

Husam jelaskan kekeliruan berita Adun pembangkang jadi timbalan Exco

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.

“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.Malah katanya, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco dengan Menteri Besar (nada seloroh).

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun.

Oleh itu, kata Husam, peluang yang dimaksudkan tersebut apabila mereka menyertai PAS, biar pun perkataan itu tidak disebut secara terus terang ketika menggulung perbahasan.

Katanya, peluang yang dimaksudkan tersebut tidak ada sekarang kalau mereka masih lagi Adun Barisan Nasional tanpa menyertai PAS.

diambil dari Harakah Daily

Photobucket

Saturday, November 7, 2009

NAJIB PERBODOHKAN PERDANA MENTERI TERDAHULU

Najib perbodoh PM lalu dan balas dendam dengan rakyat Kelantan

Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan. Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.
Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan :
  • “Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”.

Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu.

Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan:

“..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”.

Kesimpulannya ialah :

1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan.

2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.

3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi.

Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

disiarkan oleh Detik Daily
Photobucket

Friday, November 6, 2009

NIZAR | ZAMBRY : DR AZIZ BARI BIADAB - KETUA DPP PUSAT

Aziz Bari biadab, mahu guling Presiden PAS — Nasrudin Hassan Tantawi

NOV 6 — Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.

Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.
Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.

Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.

Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.

Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah ejen Umno sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro Umno.

Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum?

Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan.

Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan-kenyataan beliau. Saya berlapang dada. Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan.

Alhamdulillah, perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan-tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik. Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan. PAS, pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah.

Tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah. Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang beliau mahu?

Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti, mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak. Akhirnya beliau (Dr. Aziz Bari) dan puak-puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya.

Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini. Tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS. Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak-puaknya.

Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS. Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label. Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya.

Saya menyesal kerana hampir-hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau. Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka. Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadir berseminar nanti. Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS, beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum?

Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri, beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS. Realiti itu tiada masalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut. Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan, beliau mestilah tampil dengan hujah dan bukti yang kukuh.

Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah.
Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok, Dr Aziz Bari dapat hadir dan kemukakan hujjah serta bukti-bukti kukuh beliau. PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau.

Kelak, jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak-puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu, pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh ejen-ejen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah.

Sebaliknya, jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan, PAS janganlah teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prinsip perjuangan dan polisi parti. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak.

Kerana apabila PAS teguh dan bersatu, maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda-agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini. Marilah kita cantumkan semula pecahan-pecahan hati dan rasa dikalangan kita, agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah.

Biarlah orang lain bercakap, mengkritik, menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh ejen musuh.

diambil dari Malaysian Insider

Photobucket

Thursday, November 5, 2009

NIZAR : SIDANG AKHBAR ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KELANTAN










Photobucket

Wednesday, November 4, 2009

NIZAR | ZAMBRY : MENGAPA MELAYU SUKAR LAKUKAN PERUBAHAN POLITIK?

ANTARA fakta penting yang terhasil dari pilihan raya umum ke- 12 ialah betapa pengundi Melayu secara umumnya masih bersama Umno/BN. Perubahan undi (swing) di kalangan pengundi Melayu hanya, secara purata, 5% berbanding pengundi Cina (30%) dan pengundi India (60%).

Pengundi Melayu yang berubah (iaitu menyokong Pakatan Rakyat) adalah pengundi Melayu yang berada di bandar dan pinggir bandar. Mereka terdedah dengan perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) yang membolehkan mereka akses kepada media alternatif bagi mendapat maklumat politik.

Pengundi Melayu di kampung-kampung tradisional yang akses mereka kepada ICT adalah rendah sekaligus tidak mendapat maklumat alternatif politik, maka fahamlah kita kenapa mereka masih mendokong ‘status-quo’ iaitu Umno/BN. Aspek perbandaran (urbanisasi) dan pendedahan kepada finomena ICT membuktikan bahawa budaya politik Melayu bukan sesuatu yang statik malah ia bersifat dinamik.

Pengundi Melayu juga merupakan ‘teras’ kepada politik Malaysia, dalam ertikata untuk menguasai politik Malaysia, sesuatu parti yang bertanding perlu terlebih dahulu menguasai undi orang Melayu. Beberapa pilihan raya kecil yang diadakan setakat ini memperlihatkan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat menurun.

Dalam kes yang unik seperti pilihan raya kecil Bagan Pinang sokongan pengundi Melayu kepada PAS menurun sekitar 14% berbanding pilihan raya umum 2008. Ini amat difahami kerana pengundi Melayu adalah secara umumnya lebih ‘koservatif’ dan sekaligus ‘stabil’ berbanding undi bukan Melayu (khususnya Cina) yang lebih ‘rasional’ dan sekaligus bersifat ‘anjal’.

Selain pengundi Melayu dari kampung-kampung tradisional, keputusan pilihan raya umum ke-12 memperlihatkan betapa kuatnya pengaruh Umno/BN di kalangan pengundi-pengundi Melayu yang berada di rancangan-rancangan FELDA yang telah menyumbang sekitar 40 kerusi parlimen kepada Umno/BN. Ini ada kaitan dengan hakikat betapa kuat dan ketatnya nilai organisasi (FELDA) mencengkam pergerakan peneroka.

Harga kelapa sawit yang tinggi turut menyumbang kepada kestabilan sokongan politik di kalangan penoroka kepada Umno/BN. Walaubagaimana pun, sokongan politik yang kuat di kalangan penghuni FELDA terhadap Umno/BN bukanlah sesuatu yang bersifat kekal kerana faktor ini boleh berubah dan hadhirnya faktor ‘generasi kedua’ dan ‘generasi ketiga’ di kalangan peneroka FELDA memperlihatkan hakikat bahawa peneroka FELDA pun mempunyai dinamika untuk berubah.

Berlatarbelakangkan realiti politik di atas, tulisan ini coba menganalisis secara umum sifat budaya politik Melayu dan kaitannya dengan finomena perubahan politik khususnya dalam konteks politik Malaysia.

Budaya politik sesebuah komuniti perlu difahamai kerana budaya politiklah yang mempengaruhi pembinaan pandangan dunia atau tasawwur politik ahli komuniti berkenaan. Tasawwur politik seterusnya mempengaruhi tindakan politik; dan dalam konteks perbincangan kita melalui peti undi.

Dengan memahami secara mendalam apa itu budaya politik Melayu, maka PAS dapat mengemukakan beberapa pendekatan dan program (strategi) yang selari dengan kahendak budaya politik Melayu; dan ini sekaligus dapat menarik ‘hati dan pemikiran’ pengundi Melayu bagi menyokong perjuangan PAS khususnya semasa pilihan raya.

Definisi budaya politik

Secara mudah, budaya politik dapat didefinisikan sebagai satu himpunan nilai, sentimen dan ilmu yang bersifat asas yang menyumbang kepada rupa bentuk (form) dan isi (substance) terhadap proses politik. Proses politik terpenting ialah pilihan raya itu sendiri.

Secara lebih lanjut, nilai, sentimen dan ilmu yang dimiliki oleh sesaorang individu membentuk ‘pandangan dunia’ (world-view) atau tassawur tentang politik. Pemahaman individu tentang politik akan membentuk sikap beliau terhadap politik. Akhirnya, sikap politik ini akan mempengaruhi tindakan politik individu berkenaan.

Dalam kerangka budaya politik ini (mengikut penulis paling autoritatif dalam bidang ini iaitu Almond dan Verba) terdapat tiga bentuk pengundi/warganegara. Pertama, pengundi yang bersifat parochial atau mempunyai pandangan yang sempit.

Kelompok pengundi ini mempunayi kesedaran yang rendah terhadap peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kedua, pengundi yang boleh dikelompok sebagai subject. Kumpulan ini sedar mengenai peranan kerajaan tetapi tidak bersedia untuk berbeza pendapat dengan kerajaan. Ketiga, pengundi yang boleh dikategori sebagai participant.

Pengundi kategori ini bergerak cergas, malah kadang-kadang berbeza pandangan dengan pihak kerajaan, dalam mempengaruhi perjalanan kerajaan dan mereka turut terlibat dengan perubahan yang berlaku. Ini bermakna mereka bersedia untuk menerima perubahan politik dan bersedia untuk menanggung risiko perubahan tersebut. Sekiranya dalam sesebuah masyarakat sebahagian besar dari anggotanya adalah terdiri dari kelompok participant maka lebih senang untuk menjana perubahan politik.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lepas, sebahagian besar dari pengundi India dan Cina dapat dikategorikan sebagai participant dan pengundi Melayu tergolong dalam kategori sama ada subject atau parochial.

Budaya politik Melayu tradisional

Dari segi analisis akademik satu persoalan penting yang selalu dikemukakan ialah sejauhmanakah masih relevannya budaya politik Melayu tradisional dalam konteks politik Melayu moden. Ia sekaligus merujuk kepada factor feudalisme dan persoalan pergantungan politik.

Karya Melayu klasik seperti Sejarah Melayu (SM) memberi gambaran yang agak baik dan tepat mengenai sifat budaya politik Melayu tradisional. Peranan Sultan begitu menonjol yang mentadbir negeri-negeri tertentu.

Sultan mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah jajahan takluknya dan ke atas rakyat yang mendiaminya. Dalam mentadbir negerinya Sultan biasanya dibantu oleh golongan pembesar yang menjawat jawatan seperti Bendahara, Temenggung dan sebagainya. Legitimasi dan kehebatan para Sultan kadang-kadang diperkukuhkan dengan elemen magis dan mitos.

Mereka dikatakan memiliki kuasa luar biasa yang terangkum dalam konsep daulat. Atas hakikat memiliki kuasa dan sifat-sifat istimewa inilah menyebabkan rakyat mematuhi Sultan secara total. Dari gambaran yang ringkas ini memperlihatkan kepada kita betapa sistem politik feudalisme telah mempersiapkan persekitaran yang berbaja bagi wujudnya finomena politik pergantungan atau kepatuhan secara yang agak menyeluruh.

Apakah benar bahawa di bawah sistem politik feudalisme penguasaan pihak aristokrat begitu menyeluruh sifatnya? Apakah pembesar dan rakyat biasa tidak ada ruang langsung untuk menyuarakan sikap dan pandangan yang berbeza?

Sejarah Melayu memperlihatkan kepada kita hakikat bahawa di samping adanya pembesar seperti Hang Tuah yang patuh kepada Sultan, kita juga diperkenalkan dengan pembesar seperti Hang Jebat yang menentang keputusan Sultan. Kajian oleh penulis seperti Gullick, seorang pengkaji yang autoritatif dalam bidang ini, menonjolkan beberapa fakta yang menarik.

Gullick dalam tulisannya yang berjudul Indigenous Political Systems of Western Malaya yang pertama kali diterbitkan dalam tahun 1958, mengkaji sistem politik feudal atau tradisional Melayu di negeri-negeri Melayu Pantai Barat Semenanjung Malaysia (Malaya) pada abad yang ke lapan belas iaitu sebelum pemerintahan Inggeris.

Kajian Gullick mendapati, disebabkan faktor komunikasi, ada segelintir pembesar yang tidak menyerahkan cukai yang dipungut kepada Sultan. Pembesar-pembesar ini juga mempunyai daerah pentadbiran yang bersifat autonomi.

Perkara yang sama berlaku di kalangan rakyat. Rakyat memprotes tindak-tanduk pembesar yang dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil dengan cara berpindah dan membuka penempatan baru. Ini adalah satu perkara yang senang dilakukan kerana tanah yang belum diterokai dan dimiliki pada masa itu adalah luas.

Rumusan yang dapat dikemukakan berdasarkan kepada perbincangan ringkas di atas ialah sistem feudalisme yang sepatutnya melahirkan finomena pergantungan politik bukanlah sesuatu yang bersifat menyeluruh, total atau monolithic. Ada ruang-ruang di mana pembesar boleh membebaskan diri mereka dari cengkaman istana. Begitu juga dengan rakyat.

Salah satu kaedah bagi menghindar dari terjebak dengan politik pergantungan ialah dengan berdikari terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi.

Bersedianya rakyat untuk berdikari dalam kehidupan mereka mempunyai implikasi politik jangka panjang yang penting. Kecenderungan untuk merantau adalah merupakan salah satu manifestasi dari kehidupan yang berdikari. Ini berlaku kepada masyarakat Kelantan yang suka merantau ke pelbagai ceruk rantau bagi mencari rezeki.

Masyarakat yang berdikari adalah juga merupakan masyarakat yang berani mengambil risiko dalam hidupnya. Dari segi personaliti, anggota masyarakat ini amat individualistik sifatnya; tetapi sekiranya asas budayanya tercabar mereka boleh berubah kepada yang bersifat kolektif.
Personaliti individualistik-kolektif sepertimana yang dimiliki oleh anggota masyarakat Kelantan, yang merantau dan berdikari, telah membentuk budaya politik mereka yang bersifat, memimjam kata-kata Professor Roff, self-determining.

Ini bererti mereka tidak ragu-ragu untuk merubah bentuk kehidupan mereka, termasuk kehidupan politik mereka. Mereka bersedia untuk menukarkan kerajaan yang mereka lihat ‘melakukan dosa’ terhadap masyarakat awam. Maka berlakulah pertukaran pemerintahan yang bersilih-ganti antara PAS dan UMNO di Kelantan.

Bertahannya pemerintahan PAS di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Ab. Aziz kerana rakyat awam melihat kerajaan pimpinan tidak melakukan ‘dosa-dosa besar’ yang mewajarkan ianya diganti dengan Umno.

Budaya politik melayu moden

Apa yang menarik berhubung dengan peranan unsur feudalisme dalam politik Melayu moden ialah pandangan yang dikemukakan oleh Chandra Muzaffar. Chandra Muzaffar dalam tulisannya berjudul “The Protector?” berhujah bahawa selepas Malaya mencapai kemerdekaan, elemen feudalisme dalam masyarakat Melayu yang dulunya adalah milik golongan Raja/Sultan sekarang telah dipindahkan kepada Umno.

Pihak Raja/Sultan hanya mempunyai kuasa simbolis yang terangkum dalam idea ‘Raja Berperlembagaan’. Dalam hal ini, pihak golongan aristokrat merasakan hak mereka ‘dirampas’ oleh Umno. Seperti anggota masyarakat Malaysia lain, mereka juga tidak begitu gembira dengan finomena ‘dominasi Umno’.

Mereka mempunyai pengalaman yang pahit apabila bertarung dengan Dr. Mahathir, pada ketika ini menjawat jawatan Presiden Umno. Atas hakikat ini, secara umumnya, pihak istana juga turut bergembira dengan keputusan pilihan raya umum ke 12 yang baru lalu yang telah menamatkan ‘dominasi Umno’ dalam politik Malaysia.

Menangnya calon-calon Menteri Besar pilihan pihak istana dalam kes Perlis dan Terengganu membenarkan hujah ini.

Besar kemungkinan disebabkan masih wujudnya elemen feudalisme baru (neo-feudalism) dalam bentuk parti (Umno) yang menyebabkan masyarakat Melayu tidak mendokong satu ideologi politik yang radikal. Sejarah pemerintahan kolonial Inggeris mempunyai saham yang tersendiri kenapa budaya politik Melayu tidak yang bersifat radikal berbanding budaya politik masyarakat Melayu di Indonesia.

Pemerintahan kolonial Belanda di Indonesia menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan masyarakat tempatan; sebaliknya pihak Inggeris di Malaya lebih mirip untuk menggunakan pendekatan diplomasi.

Hakikat budaya politik Melayu moden tidak berkecenderungan untuk bersifat radikal dibuktikan oleh kajian M.G.Swift ke atas masyarakat Melayu tani di Jelebu, Negeri Sembilan,dalam tahun 1960-an. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa orang Melayu tidak akan melakukan perubahan yang radikal (radical change).

Dalam kes amuk ia lebih bersifat emosional dan tidak rasional. Berdepan dengan finomena eksploitasi dalam hubungan sosial harian, apa yang berlaku pada masyarakat Melayu Jelebu ialah ‘kesedaran sinis’ (cynical awareness) bukan ‘kesedaran radikal’ (radical awareness).

Perkara yang sama juga dibuktikan oleh kajian Scott dalam tahun 1980-an di sebuah kampung di Kedah. Hasil kajian diterbitkan dibawah tajuk Weapons of the Weak. Dalam kes masyarakat kampong di Kedah yang dikaji oleh Scott, mereka menggunakan ‘kesedaran sinis’ sebagai senjata untuk mengkritik golongan yang mengeksploitasi mereka.

Misalnya, mereka menceritakan tentang keburukan pimpinan yang menindas mereka, yang terdiri dari orang yang kaya di kampung tersebut, dengan menggunakan bahasa yang ‘sinis’. Mereka lakukan ini biasanya di tempat-tempat awam seperti kedai-kedai kopi. Dari satu segi mereka telah berjaya menyedarkan masyarakat kampung tentang keburukan kelompok yang mengeksploitasi mereka.

Kesedaran ini bukan dicapai dengan serangan lisan secara keras dan langsung tetapi dengan secara lembut dan tidak langsung (secara ‘sinis’). Dalam hal ini mereka telah bertindak sebagai opinion leaders dalam masyarakat mereka.

Dari segi strategi politik, pendekatan ini adalah satu pendekatan yang berkesan terutamanya bagi menyakin dan menarik perhatian pengundi atas pagar. Umno telah menggunakan strategi ini secara berkesan di pilihan raya kecil Manek Urai.

Mereka menyediakan pimpinan pendapat (opinion leaders) dan menempatkan mereka di lokasi-lokasi strategik seperti kedai kopi dan gerai-gerai nasi lemak. Mereka secara sinis bercerita mengenai kelemahan PAS kepada pengunjung kedai kopi dan gerai-gerai nasi lemak.

Walau apa pun tafsiran kita terhadap tindak-tanduk petugas Umno, ia memperlihatkan bahawa mereka faham apa itu budaya politik Melayu dan mereka mengemukakan pendekatan yang sesuai dalam usaha mereka untuk menarik sokongan.

Masyarakat Melayu yang masih terikat dengan budaya feudalisme baru, turut menjadikan budi sebagai teras kepada budayanya. Dikatakan bahawa budi sebagai teras budaya tidak ada pada bangsa Cina dan India.

Secara mudah berbudi dapat ditafsirkan sebagai sesuatu pertolongan dari sesaorang kepada sesaorang yang lain tanpa dipinta. Yang mendasari perbuatan ini ialah keikhlasan tindakan atau dilihat sebagai sesuatu yang ikhlas. Umno dalam pilihan raya kecil Manek Urai menggunakan pendekatan ini secara berkesan.

Di antara modus operandi yang digunakan ialah di mana seorang penyokong Umno yang tidak dikenali datang ke Manek Urai (besar kemungkinan beliau orang Kelantan yang bermastautin di Lembah Klang), dengan kereta yang tersergam indah, singgah tepi jalan untuk membeli durian. Kebetulan musim pilihan raya kecil Manek Urai adalah musim durian gugur.

Pemandu kereta yang penuh bergaya terus ke gerai durian. Mak Cik, tuan punyai gerai, adalah juga seorang pengundi. Selepas tawar-menawar, tuan kereta memilih satu biji durian dengan harga katakan RM 5, terus dibuka untuk dimakan.

Selepas menikmati durian tersebut, beliau mengeluarkan wang bernilai RM50 untuk membayar harga durian. Disebabkan tuan gerai baru saja membuka gerainya, maka beliau tidak mempunyai duit yang cukup untuk memulangkan lebihan wang tersebut (RM 45).

Dalam keadaan ‘tertekan’ tersebut maka berkatalah tuan punya kereta: “Tak apalah kalau Mak Cik tak ada duit. Mak Cik boleh simpan bakinya (RM 45). Cuma satu saja ambo (saya) nak benar-benar mintak tolong dari Mak Cik iaitu tolonglah sokong Umno/BN”.

Beginilah budi dieksploitasi secara halus bagi tujuan politik. Ini berlaku dalam komuniti Melayu luar bandar.

Kesedaran ke arah perubahan politik sesuatu kelompok masyarakat biasanya dikaitkan dengan faktor perbandaran atau urbanisasi. Keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini membenarkan hakikat ini. Masyarakat Melayu di bandar terutamanya mereka yang terdiri dari kelas menengah telah bertindak untuk mengundi pembangkang.

Contoh yang paling jelas dalam hal ini ialah menangnya calon pembangkang (PKR) bagi kawasan parlimen Kuantan. Faktor migrasi luarbandar ke bandar dan faktor perbandaran itu sendiri adalah faktor-faktor penting yang merubah sifat budaya politik Melayu.

Harus ada satu mekanisme khas bagi mengukur tahap perbandaran dalam satu-satu lokaliti. Perlu ada satu pendekatan atau program khas bagi menangani finomena ini. Sebagai contoh, perlu ada program khas bagi mendekati pekerja-pekerja kilang, pekerja kedai makan dsbnya dalam usaha menarik sokongan mereka.

Telah disentuh secara ringkas sebelum ini bahawa orang Melayu secara umumnya tidak bersedia untuk mengambil risiko, terutamanya dalam menerima sesuatu perubahan yang baru diperkenalkan kepada mereka. Menolak perubahan (resistance to change), walau bagaimana pun, bukan budaya yang bersifat mutlak bagi masyarakat Melayu.

Kajian dalam bidang sosiologi pembangunan memperlihatkan kepada kita sesebuah masyarakat akan berubah sekiranya mereka sendiri melihat perubahan itu dan perubahan itu bersifat positif. Ini dikenali sebagai kesan dari persembahan secara praktikal pembaharuan yang ingin diperkenalkan (demonstration effects) Sebagai contoh, dalam kes tanam padi dua kali setahun.

Buat permulaannya, besar kemungkinan para petani akan sangsi terhadap pembaharuan tersebut; tetapi apabila dibuktikan ianya sesuatu yang praktikal dan mengungtungkan maka mereka menerima perubahan tersebut dengan cara yang baik. Dalam konteks Islam, ini merupakan satu bentuk dakwah-bil-hal yang lebih berkesan berbanding dakwah-bil-lisan.
Bertahannya PAS di Kelantan begitu lama kerana pentadbiran negeri melalui model Membangun Bersama Islam (MBI) telah mengadunkan kedua-dua pendekatan berikut secara yang sepadu. Kuliah-kuliah ilmu oleh Tuan Guru Menteri Besar pada pagi Jumaat boleh di lihat sebagai dakwah-bil-lisan sementara program-program yang dijalankan berdasarkan petunjuk Illahi seperti program kifaalah boleh difahami sebagai dakwah-bil-hal.

Kesimpulan

Makalah ringkas ini telah menganalisis sifat budaya politik Melayu yang tidak bersifat radikal dan kurang cenderung untuk mengambil risiko. Perlu difikir pendekatan dan program yang sesuai bagi menangani hakikat ini disamping memahami hakikat bahawa sebagai sebuah komuniti yang senantiasa terdedah kepada perubahan ( yang tidak mungkin dapat dibendung sepenuhnya), masyarakat Melayu akan turut berubah.

Dalam konteks ini salah satu angkubah yang mendorong perubahan ini ialah fenomena ‘perbandaran’ (urbanization). Dari sudut ini, budaya politik Melayu yang bersifat ‘konservatif’ dan sekaligus ‘stabil’ akan turut bersifat ‘dinamis’ dan bersedia untuk menerima perubahan.
Kerelevanan nilai-nilai Islam yang melangkaui sempadan bandar-luar bandar mampu digarap sebagai instrumen politik bagi memenangi hati dan minda pengundi Melayu, tak kira di mana mereka berada.

diambil dari Blog Dewan Ulama PAS Pahang

Photobucket