BEZA UMNO DENGAN PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan,
mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi
pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan
rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang
menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan,
pendidikan dan lain-lain.

Jawatankuasa

Siaran Langsung Ceramah

Siaran Langsung WEB TV2 (P2P)

Prompt: If you cannot view program, please download and install play engine Download Now
P2P hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer sahaja
Sekiranya anda tidak dapat melihat siaran langsung, sila klik disini
 

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN

Sumbangan anda amat diperlukan untuk pembangunan Markas PAS Jaya Gading

No. Akaun May Bank : 5-562-2610487-2 Atas Nama 'PAS Cawangan Jaya Gading'

Selepas bank in sila SMS :

Nama<>Masa bank in<>Tarikh<>Jumlah

1) Abd. Rahim Deraman - 019-9456645 - Setiausaha

2) Ust Omar Ahmad - 019-9807343 - Bendahari


Terima Kasih diatas sumbangan anda.

RISALAH ' AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA '

Blog ini akan menyiarkan RISALAH 'AMAL MA'ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA'ALA' secara bersiri mulai esok.

Kitab yang bertulisan jawi lama telah siap diterjemahkan oleh Al Fadhil Ust Omar bin Ahmad, Bendahari PAS Cawangan Jaya Gading

اينيله رساله عمل معرفات مغاساكن الله تعالى
يغذ دنوكيلكن درفد كتاب تصوف دعن اختيار
اوليه همبا
عبدالرحمن صديق بنجارى
دان دسالين سمولا كايديسي رومي
اوليه همبا يع ضعيف
عمر بن أحمد

INILAH RISALAH
`AMAL MA`ARIFAT MENGESAKAN ALLAH TA`ALA

YANG DINUKILKAN DARIPADA
KITAB TASAUF DENGAN IKHTIAR

OLEH HAMBA
ABDUL RAHMAN SIDIQ BANJARI

DAN DISALIN SEMULA KE EDISI RUMI
OLEH
HAMBA YANG DAIF
OMAR BIN AHMAD

Friday, March 19, 2010

PROGRAM ORANG MUDA GENG KITE..MEMANG PONG JOM! PAKAT GI BELAKA


Photobucket

Monday, March 8, 2010

Perjuangan Umno Yang Sesat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,

merangkap Menteri Besar Kelantan.

22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Saturday, March 6, 2010

Awas ! "GST" 1Malaysia nak kena TIPU lagi nih.

Analisis Isu Oleh: mohdnoorawang

"Dalam kita membicara isu politik lompat, isu pemilihan MCA, isu penderaan kanak-kanak, isu pembunuhan dan jenayah berat dan lain-lain isu yang merwarnai bumi Malaysia.

Saolah-olah jenayah dera, ragut, bunuh sudah menjadi berita biasa. Kaum lelaki jadi pembunuh dan kaum perempuan pun jadi pembunuh. Hebat Malaysia boleh, 1 Malaysia.

Pada tahun 2011 kerajaan UMNO/BN akan melaksanakan "Cukai Perkhimatan dan Barangan" atau inggerinya "GST". Berapa ramaikah orang ramai yang tahu dan faham apa itu "GST"/"CPB". Apa kena-mengena dengan setiap rakyat Malaysia apabila kerajaan melaksanakan?. Apakah kesan "GST" kehidupan harian setiap individu?. Atau mungkin orang ramai tak ambil kisah atau tak ambil tahu kesan "GST".

Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) satu bentuk cukai mengantikan cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak 10 peratus hingga 5 peratus kepada barangan mewah bukan barangan keperluan utama. Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) bakal dilaksanakan pada pertengahan 2011 akan dikenakan semua barangan termasuk barang keperluan utama sebanyak 5 peratus hingga 4 peratus.

Contuh barangan keperluan harian ialah susu kanak, gula, beras, susu pekat, dan semua barangan dapur, minyak, bahan bakar, pakaian, semua harga pengangkutan udara, darat, laut. Harga dan kos akan meningkat dan orang ramai atau penguna akan dibebani dengan kenaikan harga.

Tiada badan atau NGO'S yang menyuarakan bagi menghalang Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dikaji semula atau tidak perlu dilaksanakan pada tahun 2011. Wakil rakyat atau ahli parlimen UMNO/BN tidak menyuarakan pandangan dan cadangan "GST". agarnya tidak dikenakan pada barangan keperluan harian.

Hanya parti politik PAS dan Pakatan rakyat serta individu yang peka menyuarakan pandangan agar Cukai Perhidmatan dan Barangan (GST) tidak dilaksanakan pada barangan keperluan harian. Hakikatnya orang ramai akan menikmati barangan dengan harga yang tinggi pada 2011. Sekali lagi rakyat diperbodohkan dengan slogan 1 Malaysia, Pengcapaian diutamakan.